apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.10.10

98. kerana ingkar....

undang-undang Allah tidak mengenal siapa. lelaki atau wanita, jika bersalah, jika ingkar, terimalah padahnya. tidak seorang dapat melepaskan diri. tidak siapa boleh mempertikaikannya.
mungkin, kalau pentadbir undang-undang syarie di malaysia juga mampu mengikut hukum dan berani bertindak, tidaklah berleluasa bilangan mnusia jahil yang melakukan kesalahan demi kesalahan. mungkin juga anda perlu baca paparan di bawah, baru anda akan menyedari dan memahami erti zuhud, keadilan dan kepatuhan.

Dua wanita dirotan di Aceh



MURNI AMRIS (kiri) dirotan di sebuah masjid di Aceh Besar, Aceh semalam.


BANDA ACEH, Indonesia - Dua wanita dirotan di wilayah Aceh, Indonesia semalam kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan, kata seorang pegawai.
Ratusan orang berhimpun untuk melihat Murni Amris, 27, dirotan sebanyak tiga kali manakala Rukiah Abdullah, 22, menerima dua rotan di sebuah masjid di bandar Jantho, tenggara Banda Aceh.
"Dua wanita itu ditemui menjual nasi di sebuah gerai pada waktu tengahari semasa Ramadan. Undang-undang syariah melarang makanan dijual semasa bulan puasa dalam Ramadan," kata seorang ketua polis syariah, Marzuki Abdullah.
MURNI AMRIS dipimpin oleh seorang anggota polis sebelum dia dirotan semalam.

Murni memiliki sebuah gerai makanan manakala Rukiah menjual nasi.
Aceh yang terletak di utara Pulau Sumatera merupakan antara beberapa wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah.
Dalam bulan Ramadan, penganut Islam berpuasa dari awal pagi sehingga senja yang bermula pada Ogos dan berakhir awal September tahun ini.
Turut dirotan ialah Fakhruddun Harun sebanyak lapan kali di pekarangan sebuah masjid di Aceh Besar kerana kesalahan berjudi. - Agensi
...........................
kadang-kadang kita tidak mengerti mengapa mereka melakukannya. kadang-kadang kita tertanya-tanya, untuk apa? kadang-kadang kita tidak dapat menerima tetapi semua tentu ada hikmah tersembunyi untuk kita jadikan panduan.
sumber rujukan: kosmo online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.