apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.10.10

95. Kalau memilih suami

salam..
di zaman ini, memilih calon suami payah sekali, kengkawan. hendak mendapatkan calon suami yang berkualiti, maksud sofi! kenapa? sebab begitu ramainya lelaki dalam kategori 'hampeh' sekarang. tak percaya? cuba perhatikan di sekeliling anda. berapa ramai pasangan muda masa kini yang mana isterinya berkelulusan tinggi, bachelor itu, bachelor ini, ijazah itu, ijazah ini, ada yang dah punya master malah PhD pun... suami mereka pula? wah selalunya si isteri akan cakap...
"suami saya bisnesman..."

perkahwinan atas dasar cinta memang selalunya buta. dan mungkin kerana jodoh yang kuat, 2 insan yang tidak sekufu ini melayari istana dan cuba membahagiakan diri mereka. 

tidak mengapa jika kasih sayang itu berterusan sampai ke tua. malangnya, perempuan yang suka buat hal nanti. setelah agak lama menikah, dia akan mula menyedari bahawa selama ini hanya dia yang banyak berhabis. baru terasa owhhhhh, duit aku yang  digunakan untuk beli makanan, bayar duit pengasuh, duit rumah, duit kereta, malah duit poket suami pun duit aku gak...hmm, mulalah hendak mengungkit. mulalah hendak naik angin pus-pus...mulalah cakappun tak boleh nak hormat dah...aduh!!!!

kalau nak pilih isteri / suami  pilihlah yang berikut, mengikut turutan:- 

1. Rupa 
2. Keluarga 
3. Ugama 
4. Harta 

Yang pertama sebab kalau nak hidup lama, kenalah cari orang yang sedap mata memandang, tak semestinya cantik gile, handsome menawan… tapi kalau muka isteri/suami pun kita tak suka nak tengok, macam mana rumah tangga nak aman damai dan berkekalan…… nanti mula dia start pandang orang lain…. 

Yang keluarga tu, penting sebab itu adalah faktor yang menentukan cara dia dibesarkan…kalau keluarga kacau bilau, maka dibimbangi rumah tangga kita pun kacau bilau… kalau dari keluarga yang baik2, insyaallah, keluarga kita pun akan elok 

Yang ugama diletakkan di tempat ketiga sebab kita tak akan betul2 tau setinggi mana pengetahuan dan amalan dia. kena ingat, tugas suami ialah mendidik isteri.....… 

Yang keempat tu, kalau lelaki / perempuan tu berharta, itu boleh sedikit sebanyak membantu suami/ isteri untuk berjaya… bukan dengan niat nak pakai harta dia, tapi dia boleh bagi bantuan… lagi satu itu menunjukkan lelaki / perempuan tu seorang yang pandai dalam bab mengendalikan wang dan harta, dan boleh menolong suami/ isteri nya untuk berjaya 


Owhhh, patutlah....
Padanlah lelaki sekarang baru di pertemuan pertama dah sibuk tanya perempuan tu kerja apa, gaji berapa, simpanan berapa banyak, KWSP potong berapa sebulan dll 
hmm....

Tapi, antara empat itu, Nabi cakap pilihlah yang beragama, kan? tak kiralah kalau bakal suami tu hanya kerja kampung, klau akhlaknya mulia dan dia tidak bergantung hidup pada wang gaji bini dia, tak ada salahnya berkahwin dengan lelaki sebegini.

wallahualam.



2 ulasan:

  1. Kalau nak selamat, kenalah ikut cakap Nabi. Memang susah nak ikut, tu sebab penting kena suruh waris kita selidiki dalam-dalam dulu siapa bakal orang yang nak dijadikan suami. Jangan nak ikut rasa cinta sahaja. Sebabnya:
    1. Bila ilmu agama tinggi di dada, dia akan sedar tanggungjawab yang dipikulnya ke atas dirinya, dan keluarganya. Dia akan tahu halal dan haramnya. Maka rezeki yang di cari, insyaALlah akan berkat dan mencukupi walaupun nampak pada mata kasar hanya sedikit sahaja. Dia juga pasti akan memegang prinsip bahawa bekerjalah seolah-olah dia akan mati seribu tahun lagi dan dia akan beribadat seolah-olah dia akan mati sesaat sahaja lagi. dia juga pasti sedar, setiap saat pekerjaan yang dilakukan kerana Allah, pasti ada ganjarannya. Dan perlu diingat, rezeki kalau tak ada berkatnya, walau gaji 5 angka, sentiasa macam tak cukup, beri pulak makan ahli keluarga, tu yang anak tak menjadi manusia, rumahtangga porak peranda.
    2. Bila dia rajin beribadah, maka akan terlahir cahaya keikhlasan dan juga aura yang akan membuatkan sipemerhati tak puas-puas nak pandang lelaki tersebut walaupun dia dah lanjut usia dan tak termasuk dalam kategori hensem kalau tanpa aura tersebut...
    3. Bila dia seorang yang tinggi agamanya, walau dia dari keturunan mana pun, insyaAllah kita akan bahagia. Kerana kalau nak pandang keturunan, mungkin yang asal dari keluarga diraja tapi punya peribadi yang amat menjengkelkan. Kerana kalau nak pandang dari keturunan, mungkin juga seorang mualaf akan mempunyai pekerti yang terpuji.
    Wallahualam.

    BalasPadam
  2. salam, cukup panjang, detail dan menarik komen anda. hebat. terima kasih ya.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.