Follow Us @soratemplates

25.10.10

2. sesalan



tengok tak cerita lakonan sheila rusly dan fauzi nawawi semalam? sedih, kan? itu mungkin hanya suatu cereka...ilham penulis dan penerbit drama, namun jika ia tidak terjadi dalam dunia realiti, mana mungkin akal mampu mencoret naskah sedih sebegitu?
bukan sedikit lelaki yg berkahwin, pandai buat anak tetapi menganggap anak sebagai beban. hubungan anak dan ayah renggang kerana sikap panas baran si ayah. anak yg ingin bermanja hanya mampu tersenyum dari jauh, itupun dalam keadaan takut-takut. APABILA nafsu amarah beraja di hati, manusia hilang kewarasan dan pertimbangan hingga sanggup menjadi pendera kepada anak sendiri. Inilah hakikatnya yang berlaku dalam masyarakat hari ini.
apa jadi akhirnya?
aku tertarik kepada ayat2 ini!


Allah pinjamkan kepada kamu isteri dan anak-anak di dunia ini tapi kamu langsung tidak menghargai mereka. kamu herdik, kamu marah, kamu tengking, kamu pukul semuanya. kamu makan sedap-sedap di luar, di hotel mewah, anak-anak dan isteri kamu sendirian di rumah, makan apa yang ada. jadi, selayaknyalah Allah memanggil mereka pulang kerana kamu tidak menghargai mereka. menangislah! merintihlah! tak guna dah! SUDAH TERLAMBAT!
sofi: jangan terlambat mengucapkan sayang, ya!

thanx: kujie2.com, cikxxx.blogspot.com 

2 ulasan:

  1. betul...kadang2...bila ada di depan mata, tak tau nak menghargai. apabila telah hilang...baru nak menyesal...

    BalasPadam
  2. memang betul kan huda... kasih apakah agaknya yg begini?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.