apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.10.10

2 bencana serentak

indonesia dilanda 2 bencana serentak. di satu kawasan, gunung merapi sedang marah dan memuntahkan lavanya dgn garang. di satu kawasan yg lain, tsunami mengganas, menghasilkan ombak setinggi 3 m dan lebih. 
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam mengesahkan tiada laporan kematian atau kecederaan yang melibatkan rakyat Malaysia termasuk pelajar dalam kejadian gempa bumi dan letusan Gunung Merapi di Indonesia.

aku rasa, kalau aku pun ada anak ke, adik ke atau anak jiran ke di sana.... aku tentu susah hati lebih sikit drpd sekarang...

Kapal-kapal tentera laut yang sarat dengan ubat-ubatan dan makanan serta helikopter yang membawa pasukan penyelamat hari ini bergegas ke rangkaian pulau terpencil Indonesia yang dilanda tsunami setinggi tiga meter, menghanyutkan perkampungan dan meragut sekurang-kurangnya 282 nyawa. 
Beratus-ratus beg mayat telah dihantar ke lokasi kejadian, ketua unit gerakan bencana Kementerian Kesihatan, Mudjiarto.
Gempa bumi 7.7 skala Richter yang berlaku malam Isnin lalu pada kedalaman hanya 20 kilometer di bawah laut diikuti dengan sekurang-kurangnya 14 gegaran susulan dengan gempa terkuat pad 6.2 skala Richter.




Menurut kenyataan Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus memantau situasi terkini di Kepulauan Mentawai, Sumatera dan Jawa Tengah tempat berlakunya gempa bumi dan letupan gunung berapi tersebut. Kenyataan itu menyebut, Kementerian Luar telah menubuhkan Bilik Operasi untuk menerima sebarang pertanyaan mengenai tragedi berkenaan.
Jelasnya, orang ramai boleh memperoleh maklumat dengan menghubungi Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya menerusi talian 03-8889 2746 atau 03-8887 4570.
so, kl korang nak info yg lebih terperinci...telefon aje nombor tertera.
thanx: kosmo, utusan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.