apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.10.10

187. tua-tua pun...kuat!




kenapa tersengih pulak tu? a'ah! jangan nak merapu. tajuk tu aku tulis tanpa niat apa2 hehe...lagipun, aku bukan nak bukak cerita ttg manusia. aku bercerita ttg barang dan aku nak korang tau yg barang antik tu mahal sbb masih power, tau!

FORD, Britain - Sebuah kenderaan penunda berusia 130 tahun yang menggunakan enjin stim merempuh dinding sebuah taman di sini. Pemandu kenderaan itu hilang kawalan di sebuah bukit menyebabkan ia terbabas dan melanggar dinding tersebut baru-baru ini.
Tiga orang yang menaiki kenderaan tersebut tidak cedera namun anggota-anggota bomba di lokasi kejadian pada mulanya berasa bimbang enjin stim itu akan meletup.
Semasa kejadian, kenderaan itu cuma selaju lapan kilometer sejam.
Kenderaan penunda itu mempunyai nama S Kavanagh dan kontraktor jalan Surrey. Ni gambar dia!
Semasa kejadian, kenderaan itu menarik sebuah karavan sebelum ia merempuh dinding pada pukul 9.30 pagi.
Kenderaan penunda itu yang diberi gelaran lokomotif jalan menjadi popular di Britain pada tahun 1850-an.
Ia kerap digunakan untuk mengangkut kenderaan berat dan bergerak pada kelajuan antara 4.8 kilometer sejam hingga 6.4 kilometer sejam. - Agensi
sumber: kosmo online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.