Langkau ke kandungan utama

181. habislah...

ikut kepala otak diorg aje. bukan nak bincang dulu dgn cendekiawan, ilmuwan, guru2, serta mereka yg rapat dgn dunia pendidikan. tidak! bila menteri, wow, powernyerr..terus cakap...

Sejarah subjek wajib lulus SPM 


tak ke diorang tau yg sejarah adalah antara subjek yg pelajar paling lemah dan paling x suka? budak aliran sains ke, kemanusiaan ke...sama aje. 

"Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM." kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
nnt ada org cakap, cikgu sofi...be positive! 
percayalah, aku bukan marah pd subjek tu. aku minat sejarah, yg tepat dan betul..hehe
aku geram ni sbb tak ada perbincangan, x ada survey, x ada maklumbalas pelajar, terus cakap mcm tu. 
ingat, buat dasar, ubah dasar, terutama berkaitan pendidikan perlu kpd perbincangan sbb ia melibatkan hala tuju hidup generasi masa dpn. kualiti generasi masa dpn bergantung kpd pendidikan masa kini. jgn anda nak glamour, anda menteri, org kena ikut cakap anda. kan ada org tua2 pesan, fikir sebelum bercakap... (eh, aku pun sama gak. dah fikir ke sblm tulis nih? hehe!)
kl iya pun nak mulakan apa2, mulakanlah drpd sekolah rendah. jgn terus tembak sekolah menengah! kesian budak2 spm 2013 tu. (termasuk anak akulah tu, si arif!)
adusss....

Ulasan

  1. betul-betul apa yg Sofi utarakan itu memang betul, Sejarah adalah mata pelajaran yang susah juga nak lulus terutama bagi pelajar yg memang tak minat dengan subjek Sejarah. Seeloknya bawalah berbincang dan cuba buat survey dulu barulah buat keputusan umpamanya bahasa Inggeris tiba-tiba sahaja semua mata pelajaran tukar ke bahasa Inggeris. Bagi pelajar yang pandai bahasa Inggeris memanglah tak ada masalah tetapi bagi yang lemah merana dibuatnya. Ada mata pelajaran boleh skor semasa BM tetapi bila tukar BI exam terus fail terutamanya kepada bangsa Melayu kita ni kebanyakannya lemah dallm BI. Kepada sesiapa yg sememang bijak dalam BI itulah adalah satu bonus untuk merekakan...tetapi bagi yg lemah walaupun sudah cuba berusaha belajar masih lemah lagi kesiankan...terutamanya bila hendak menghadapi exam. Stress dibuatnya.

    BalasPadam
  2. salam anor, terima kasih krn menyokong. kita cakap yg betul, kan. buat sst fikirkan rakyat, jgn ikut kepala sendiri aje! kan?

    BalasPadam
  3. Salam Sofi, agaknya bila pula ye versi cetak Cinta Ku Satu nak dikeluarkan dipasaran ye...lambat lagike? dah tak sabar nak baca apa kesudahan ceritanya. sorrylah kali ni banyak pula komennya ye...

    BalasPadam
  4. salam nir, hehe...
    manuskrip da hantar dah...
    tunggu feedback drpd penerbit...mungkin 2,3 bulan lg ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…