apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.10.10

180. lain dr yg lain

ha, dah baca ni nnt, jgn ada yg jumpa mak2 msg2 dan cakap.... ' mak, org nak kahwin!' hehe....
pasangan ini satu dlm banyak2. bukan semua org muda boleh jd mcm mereka. tak! susah woo! nak bahagi masa antara belajar, rumahtangga dan anak-anak. 
kpd pasangan muda ini, Siti Hajar Aiyshah Yunus, 22, dan suaminya, Muhammad Suffian A. Rahim, 25, yang menerima diploma masing-masing pada Majlis Penyampaian Ijazah dan Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi Graduan Program Kerjasama dan Program Eksekutif 2010, tahniah kuucapkan!
Mereka mengambil jurusan yang sama iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik dengan Siti Hajar memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.68 manakala suaminya, 3.21.
Lebih menarik, pasangan itu yang berkahwin pada 2007 ketika di tahun dua, turut dikurniakan dua anak, Aiyshah Humairah, 2, dan Muhammad Amzar Hamizan, empat bulan. 
tahniah sekali lg. smg berbahagia dan kekal rumahtangga ini hingga ke akhirnya.

2 ulasan:

  1. Cukup bangga dengan anak melayu berdua ni ,,Harap ramai remaja dan belia di luar tu ambil iktibar. Sesungghnya cita dan cinta boleh berjalan seiring. Insyallah ... kamu akan jadi org yang bertanggungjawanb,,,sama seperti mereka. Tapi pengorbanan juga adalah faktor mereka berjaya...Namum takwa mengatasi segala faktor sehingga mereka peroleh kejayaan cemerlang!!!

    BalasPadam
  2. salam nonymous,
    mmg...kalau semuanya dibuat krn Allah, kejayaan dunia, akhirat akan jd milik kita.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.