apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.10.10

177. jaga2 bila bernazar, ya...

dia dan isterinya berkahwin dan selepas 20 tahun baru mendapat anak. terlalu gembira dengan berita isterinya mengandung, dia bernazar....
“Saya dan isteri mendapat Khalid selepas 20 tahun berkahwin melalui kehamilan yang rumit. Sekiranya dia anak lelaki, saya berjanji akan mengikat tali pertunangan untuknya ketika dia berusia lima tahun dan akan mengahwinkannya dengan perempuan pilihannya pada usianya mencecah 15 tahun,” kata Juma.
bayangkan masa berlalu dan tiba-tiba...
“Hari berlalu hinggalah Khalid terpikat dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditemuinya ketika lawatan keluarga ke bandar pinggir laut di Lattakia,” tambah Juma.
Khalid dikatakan merindui kekasihnya itu selepas pulang semula ke Homs. Dia juga enggan pergi ke kelas bimbingan kanak-kanak sekiranya Hala tidak pergi bersamanya.

“Khalid memberitahu saya dan ibunya dia mahu tinggal bersama Hala atau membawa gadis cilik itu ke rumah mereka di Homs. Bakal pengantin perempuan itu nampaknya memang sangat luhur,” kata Juma.
(kecik2 dah gatai, kan? hehe..)

“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan hinggalah isteri saya menelefon ibu Hala dan meminta pandangannya. Ibu Hala berkata, anaknya juga mengalami tanda-tanda kesepian dan mereka amat gembira jika anak mereka ditunangkan.”
maka kenangan lama menjelma...

“Detik itu saya teringat janji yang saya buat sebelum Khalid lahir dan memutuskan untuk membeli cincin untuk mereka. Kami pergi semula ke Lattakia dan meraikan pertunangan anak kami,” kata Juma lagi


Kisah mereka disiarkan laman web tempatan Syria, Akes Alser dan menjadi perbualan rakyat. Kedua-dua keluarga kanak-kanak itu yang menetap di Homs, kira-kira 180 kilometer di utara Damsyik turut menerima ucapan tahniah daripada orang ramai.

2 ulasan:

  1. ekekeke...
    kcik2 dlu xfhm pn bnda2 camni....
    siap main pukul2 lg dgn kwn2 laki prmpuan...
    huhuhuhu...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.