apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.10.10

175. laa...pistol bukan utk tembak org jahat je ke?

kl kita cakap, diorang ni salah guna kuasa, salah guna pistol, diaorang marah. tp tengoklah apa dah jadi pd seorg anggota polis ni! x boleh kawal perasaan marah ke? atau gian nak tembak orang? 
layanzz..


Gara-gara tidak berpuas hati kenderaan dinaiki dipotong kenderaan lain, seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan berkenaan hingga terkena punggung kiri seorang penumpangnya. 


Kejadian jam 1 tengah malam menyebabkan mangsa berusia 20 tahun dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan pesakit luar.


Difahamkan, ketika dalam perjalanan pulang, kenderaan mangsa memotong Perodua Kelisa dinaiki dua anggota polis di laluan sama. Sejurus kemudian kereta dinaiki anggota terbabit bertindak mengekori kenderaan mangsa bersama rakannya lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah Perodua Kancil itu sebelum terkena seorang penumpang hingga memaksa pemandunya memberhentikan kenderaan.



Selepas kedua-dua kenderaan berhenti, seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum kedua-dua kenderaan termasuk kenderaan mangsa beredar dari kawasan itu. Selepas kejadian itu, rakan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran. Berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan, Perodua Kelisa itu didapati milik seorang anggota polis. Berdasarkan maklumat, anggota polis berkenaan dan rakannya dikatakan datang ke bandar ini kerana terbabit dalam satu kes perbicaraan. Setakat ini, pihak polis mengenal pasti seorang daripada anggota terbabit berusia 28 tahun manakala seorang lagi belum dikenal pasti.


Tindakan disiplin akan diambil terhadap anggota terbabit. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
..........................
kan, dah? tak boleh ke bersabar sikit? nak marah aje tahunyerrr!!! hisy, kalau polis sendiri pun buat perangai menakutkan begini, pd siapa nak diharapkan lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.