apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.10.10

174. ma, pa.. anak2 bukan mesin, ya?

salam.....................
musim peperiksaan sedang berlangsung. pmr baru shj berlalu. ada murid kata okey, ada yg kata bolehlah dan ada yg kata....."Susah, cikgu!"
dr jwpn2 itu kita tahu siapa yg belajar bersungguh-sungguh, siapa yg sekadar melepas batuk di tangga dan siapa pula yg tidak belajar langsung sebelumnya.
tetapi, jgn lupa, ada di antara mereka ini yg sudah bertungkus lumus malangnya semasa exam, semua ilmu hilang...jgn x percaya!

bila anak ambil periksa, siapa yg terlebih susah hatinya? mm, kitalah; emak dan ayahnya. mcm2 kita fikir, kan? boleh ke dia buat, akan dpt brp A, nak hantar ke mana lepas ni? harapan kita tinggi sehinggakan tanpa sedar, kita beri tekanan pd anak2. kesian mereka!

kdg2, kl anak sulung terlalu hebat, maka semua anak lain dipaksa menjadi sepertinya. kl kurang menyerlah aje, mulalah kita mengamuk, marah, mengherdik dan perbandingan itu tanpa sedar menyakitkan hati anak2. yg tabah, akan berusaha sebagaimana maunya ayah dan ibu. bagaimana dgn yg kurang menyerlah dan suka memberontak? ibu dan ayah akan menjadi 2 manusia paling dibenci ketika ini. so, kalau tak kuat ketahanan diri, mental, fizikal...anak2 inilah yg terjerumus ke lembah derita. hisap rokok, adalah satu contohnya.

ibu2 dan bapa2...
anak2 bukan mesin. mereka berjiwa. mereka punya hati dan perasaan. setiap seorang punyer keistimewaan tersendiri. pandang kelebihan dan perbaiki kelemahannya bersama-sama, bukan menghina.

harap kita dpt mendidik anak2 sesempurna mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.