apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.10.10

172. hebatnya dia

rajin, tekun dan sentiasa dahagakan kejayaan...sikap ini bukan dimiliki oleh semua orang. tapi bg lelaki ini, berbeza pula. sebab itu hari ini, Amani Williams-Hunt Abdullah, 57, menempa nama sebagai lelaki Orang Asli pertama dilantik sebagai peguam di negara ini.


Amani Williams-Hunt Abdullah ialah anak campuran Inggeris di sebelah bapanya, Peter Williams-Hunt, dan ibunya, Wak Draman (Orang Asli daripada suku kaum Semai di Tapah). Bapanya dulu ialah pengarah serta penasihat pertama Hal Ehwal Orang Asli kepada kerajaan ketika negara ditadbir oleh British.  

Pelantikan beliau dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani dan ucapan penerimaan masuk dibacakan oleh peguam Augustine Anthony.



Ketika ditemui pemberita, Amani Williams-Hunt yang menetap di Tambun di sini, berkata, beliau sudah lama menaruh minat terhadap kerjaya seorang pengamal undang-undang walaupun pernah berkhidmat di sektor perbankan sebelum berhenti pada 2006 setelah berkhidmat selama 26 tahun.



"Atas minat ini, pada 1998 saya mendaftar untuk mengikuti kursus undang-undang secara sambilan yang ditawarkan oleh Universiti Malaya. Selepas bertungkus lumus selama lima tahun, saya telah dianugerahkan Sarjana Muda Jurispruden (Eksternal) pada tahun 2003. Pada 2009, saya memperoleh Sijil Amalan Guaman dari Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia," 

Amani Williams-Hunt berharap penyertaannya dalam bidang perundangan dapat membantu masyarakat Orang Asli khususnya daripada segi pembangunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.