Follow Us @soratemplates

22.10.10

171. bukan pintaku...

aku terpaksa, itu kata dia. 
terpaksa jadi gro? logikkah? hati kecilku bertanya. 
namun, bila aku membaca coretan ttg dirinya....aku menginsafi diri. 
aku mengingatkan diriku supaya tidak cepat menghukum. 


SEKIRANYA punya pilihan, tidak mungkin dia memilih untuk menjadi pelayan di kelab malam buat lelaki yang dahagakan belaian ketika menyanyi atau menari di kelab, sebagai sandaran masa depannya. Namun dengan hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan empat anak yang terpaksa ditanggung, dia mengharapkan sesuap nasi buat mereka.


"Saya bertemu kakak angkat (Kak Syeeda) yang membawa saya ke pusat hiburan, sekali gus membalut luka yang sekian lama pedih," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Reena.

Lalu tanpa pengetahuan anak (tiga daripada anak ditinggalkan di kampung bersama ibu dan mentua), dia menjalani hidup di kota raya dengan seorang anak yang dijaga jiran. Apabila terpaksa pulang lewat, anaknya duduk di rumah jiran itu sambil menunggunya pulang lewat pagi. 



Dia rebah daripada seorang lelaki kepada lelaki lain, tetapi pekerjaan itu membolehkannya mengumpul wang agak lumayan, hampir RM50,000 sepanjang tempoh lima tahun. Dia juga bertambah ghairah untuk terus mengumpul wang sebanyak mungkin, bahkan sejak itu, hidupnya bersama anak-anak semakin berubah.

Reena juga dapat menghantar wang agak lumayan ke kampung terutama buat ibu dan keluarga mentua. Mereka juga tidak menyoal sumbernya apatah lagi dia berbohong menyatakan pekerjaannya sebagai setiausaha syarikat.

Sekarang, dia bukan lagi seorang GRO. Dia sudah insaf. kini dia sudah bersuami dan berniaga kecil-kecilan menjual tudung, baju, jubah dll. alhamdulillah. 

katanya........

Satu ketika, semakin hari dia merasakan wang hasil pendapatan GROnya dulu semakin susut krn digunakan suami, konon membantu perniagaan suami yang bermasalah ketika itu. atas nama pengorbanan, Reena akur dengan permintaan suaminya sehingga semua wang pendapatannya dulu habis dikikisnya.

"Benarlah kata orang, kalau tidak berkat begitulah jadinya."

Reena sudah menemui jalan kembali. dunia GRO sudah lama ditinggalkan. Kadang-kadang aku terfikir, mungkin mereka ini kini hidup lebih tenang dan bahagia kerana hati sudah dibersih dan diputihkan sepenuhnya. 
Sungguh, Allah berkuasa!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.