Langkau ke kandungan utama

160. aku minat dia. anda?

dia ni antara wanita-wanita yg pd pandangan mataku....tercantik pernah ku lihat dlm dunia. bg aku, dia ni mempunyai pakej yg cukup lengkap secara fizikal. gadis ini mmg amat bertuah dan aku amat mengkaguminya. mungkin sbb itu dlm beberapa karyaku, aku bayangkan heroinku mirip dia. tinggi, hidung mancung...hmm!


NAMA SEBENAR: Noraishah Abdul Aziz 
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur 
TARIKH LAHIR: 14 Mei 1971 
STATUS: Bujang 
KERJAYA: Model dan pelakon 


Nampaknya, Nasha masih lagi bermain berteka-teki sejauh manakah hubungannya dengan kekasih hati, Nur Iman Tang Abdullah yang heboh diperkatakan orang ketika ini? 

"Sebagai wanita siapalah saya untuk menjawab soalan bilakah kami akan berkahwin? Kenapa anda tidak bertanya soalan itu pada dia (Iman)? Saya percaya dia lebih sesuai untuk menjawab soalan itu kerana dia lelaki. Apapun, setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan itu saja yang saya boleh beritahu. Insya-Allah, saya akan kahwin juga kalau umur saya panjang dan Allah beri rezeki kepada saya," katanya.

Secara peribadi, Nasha berkata, bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti. Dia sedar itulah harga yang perlu dibayar apabila menjadi artis, "Bila sampai masanya nanti...saya akan berkongsi berita baik itu dengan anda semua, pihak media mahupun peminat kelak," katanya.


Nasha berkata, dia sanggup berkorban meninggalkan kerjaya peragaan jika calon suaminya memintanya untuk berbuat demikian.

"Saya percaya semua wanita akan membuat pengorbanan yang sama jika itu yang diminta suami masing-masing. Tapi, buat masa ini saya masih belum berkahwin dan biarlah saya fokus pada bidang peragaan diceburi terlebih dulu," ujarnya.



AKUI Nasha, sampai masanya dia beri tumpuan sepenuhnya pada karier peragaan yang cukup sebati dengan dirinya sejak dulu.

"Saya tidak melihat diri sudah terlambat untuk meneruskan bidang peragaan kerana masih mendapat kepercayaan dari pelbagai pihak di luar sana. 
Memang saya yang paling berusia dalam bidang ini kerana model berusia 20-an dan yang paling tua pun baru 30 dan 32 tahun di pentas peragaan sekarang. Saya akan teruskan bidang ini selagi masih diperlukan. Saya juga tidak berasa dipinggirkan kerana model yang jauh lebih muda ramai yang meminta tip peragaan dari saya mengenai bidang ini," katanya.

Ulasan

  1. hohohho..sy pun suka dia gak!!!

    BalasPadam
  2. saya pun antara peminat dia...
    saya suka watak dia dalam cite laila isabella...best sangat

    BalasPadam
  3. sume cite dia sy suke....
    comey.....

    BalasPadam
  4. salam seed169, suka, kan? dia lembut tu yg kak sofi minat tu
    greeny furlz..samalah kita

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…