Langkau ke kandungan utama

169. cemburu


selamat hari jadi utk diri sendiri, hehe. usah diwar2kan. dah tua, kahkahkah....
okey nak cerita ttg sorg cikgu yg dicemburui oleh teman lelaki anak muridnya. bacalah:-


seorang remaja lelaki berusia 19 tahun sanggup melakukan ugutan bunuh dengan menghantar kelongsong peluru dan cuba membakar kediaman guru itu di Mentakab dekat sini dalam kejadian Isnin lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor, rumah yang menjadi pusat tuisyen itu adalah lokasi di mana teman wanitanya yang berusia 17 belajar dengan guru berkenaan yang juga berusia 19 tahun.
"Ketika kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, suspek dipercayai membakar tayar kereta yang dibawanya sehingga menyebabkan berlaku kebakaran kecil di bahagian tangga dan merosakkan suis elektrik utama rumah tersebut. Guru itu kemudian menghubungi bomba dan selepas kebakaran berjaya dipadamkan, dia nampak tulisan Cina yang ditulis pada kertas A4 yang diletakkan pada cermin keretanya. Tulisan yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu bermaksud: 
"Saya harap kamu masih hidup dan bernasib baik dapat jumpa keluarga kamu" dan satu lagi tulisan Cina yang ditulis melintang bermaksud'mati'," katanya kepada pemberita di sini semalam.
ermm, budak2 remaja sekarng makin biadap. salah sipa ya?

Ulasan

  1. cemburu itu tanda sayang...tetapi jangan sampai cemburu buta...nanti buruk padanya...

    BalasPadam
  2. mmg betul! sokong awak seed!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…