apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.10.10

159. anak angkat, anak susuan

salam....
hidup di dunia ni bg pasangan yg sudah berkahwin, mmg selalu diuji. salah satu ujian terbesar ialah ketiadaan zuriat. sebahagian pasangan, diorang cool aje. kata depa, belum rezeki lagi. setengah pasangan lain, berusaha gigih berubat ke sana sini semata-mata kerana hendakkan anak. segala jenis ubat dimakan tak kiralah doktor yg syorkan atau ubat oleh pengamal tradisional, asalkan beranak. dan golongan ketiga ialah mereka yg tidak sabar2 nak anak jugak2, jadi mereka mengambil anak angkat.


bela anak angkat ni masa kecil tak ada masalah ketara. yg akan jd masalah ialah bila dah besar sikit, iaitu masalah aurat, terutama jika anak angkat itu ialah perempuan. jd, satu cara terbaik ialah menjadikan anak angkat sebagai anak susuan.


Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, seseorang bayi angkat perempuan yang diambil sebelum usia dua tahun dan sekurang-kurangnya telah disusukan sebanyak lima kali sehingga kenyang memang sudah dianggap sebahagian daripada keluarga ibu susuannya.

Ini bermakna hubungannya dengan bapa angkat dan adik-beradik lelaki (jika ada) sudah dianggap sebagai mahram.
Namun, hubungan tersebut menyelamatkan soal batasan aurat sahaja kerana anak angkat itu tidak mewarisi harta dari ibu susuannya kerana hak perwarisan Islam hanya sabit dengan tiga faktor iaitu nasab (hubungan kekeluargaan dan keturunan), perkahwinan (hubungan antara suami isteri) dan wala (hubungan antara hamba dan bekas tuannya), terang Mashitah.
Beliau menambah, suami kepada ibu susuan bayi itu tidak boleh menjadi wali kepada bayi susuan itu ketika dewasa nanti. Maka, hal nikah perlu menggunakan wali hakim atau bapa kandung bayi itu sendiri.
Jangan tak tahu, ramai anak dara yg sudah mengambil anak angkat terutama mereka yg tidak mahu berkahwin akibat frust bercinta suatu masa dahulu. dan mereka ini ada yg menyusukan, tahu? Menyusukan bayi oleh wanita yang belum melahirkan anak sudah diterima oleh masyarakat negara ini walaupun dalam sesetengah kes, wanita tersebut masih dara dan belum berkahwin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.