Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya dulu bekerja sebagai angg...

168. wahai anak?

By Oktober 21, 2010


Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya dulu bekerja sebagai anggota polis  jadi dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah. dia mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya dan kini ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional. Suaminya meninggal dunia 10 tahun lalu.  dan sejak itu hidupnya.......



Wanita berusia 84 tahun dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya. Hanya dengan alasan ibu kuat makan, wanita tua yang lumpuh separuh badan itu dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.



Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.


“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga. Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya. 

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan. Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu. Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.
..............................
berderai air mata ini membaca artikel itu. sungguh menyayat hati. korang rasa, bagaimana pula perasaan ibu ini?


You Might Also Like

5 comments

  1. salam, rsa sdih sgt bca kisah hidup mkcik ni...
    minta pd tuhan agr saya n suma kita m'hargai org tua kita....klu kita bt cmtu, anak @ bkal anak kita akan bt jauh lbih bruk dr itu....
    nisa.T

    BalasPadam
  2. stiap p'buatan psti ada blsan....
    tk mustahil satu hr nnt anak mreka bt lbih truk dr 2....hrgai org tua kita....

    nisa .T

    BalasPadam
  3. sedih saya membacanya...
    betul ada pepatah mengatakan "seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi seorang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu"...

    Tapi ingatlah buat hamba yang bergelar anak...Allah itu maha adil...hari ni kita buat kat ibu esok atau lusa anak pula buat kat kita...

    renungkanlah....ia juga merupakan peringatan buat diri saya sendiri yang bergelar anak

    hargailah jasa seorang ibu...kasih ibu membawa ke syurga...

    BalasPadam
  4. salam seed169
    mmg tp dunia ini roda...tunggulah apa yg ank2 ni bakal terima. bukan kita berdoa tetapi itu janji Allah, kan?

    BalasPadam
  5. salam anonymous nisa T, sofi sokong. tiap perbuatan ada balasan

    salam anonymous, nisa T, hehe 2x.... jadilah kita anak yg baik

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.