167. masa utk pemangsa

aku dah cakap, selalu aku cakap yg polis kat malaysia ni cekap. hari ni kamu buat jahat, insya-allah, esok lusa, tertangkaplah kamu!

satu kes rogol dan pembunuhan di teluk intan pd 17.10.2010 baru lalu, menggemparkan semua orang. tak kira siapa dia, india, cina atau melayu, kita sebagai manusia akan tetap bersimpati kpdnya yg bernasib malang. dan sejak itu polis mula membuat tangkapan dan sudah mula menahan reman. itulah, lepas buat jahat, jangan ingat boleh terlepas.


Polis setakat ini menahan lima lelaki termasuk dua remaja bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh dan rogol seorang pelajar berumur 16 tahun di Teluk Intan pada Sabtu lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifki Abdullah berkata, dua remaja berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan malam tadi, manakala tiga yang lain berusia 20an ditahan pada Ahad lalu. 


"Setakat ini, kita masih menyiasat kes itu bagi mencari bukti kukuh untuk mengesan dalang yang melakukan jenayah itu," katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini hari ini.



Beliau berkata, tiga daripada mereka ditahan reman sehingga 24 Oktober ini bagi membantu siasatan, manakala dua remaja itu masih disoal siasat sebelum tindakan lanjut diambil.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen