Follow Us @soratemplates

21.10.10

165. dah jumpa dah....

kut iya pun dah tak suka, bincanglah dengan keluarga. putuskanlah pertunangan secara baik, berhemah dan beradat. yg pi lari ke KL tu buat apa? yg pi tulis sms palsu tu, buat apa jugak? heboh satu malaysia dah! nama keluarga jadi begini, nama keluarga tunang pun jadi begitu. adehhh...... kesiannya mereka!


Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.
Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’
..............................
kita yg membaca jadikanlah pengajaran. anak2, tolonglah! jangan conteng arang kat muka mak ayah. mak ayah pulak, jgn bela anak2 kl mereka bersalah... 
dan kepada semua yg terlibat, lupakanlah sengketa, binalah hidup baru. dunia ni luas lagi....

2 ulasan:

  1. fikir dulu sebelum bertindak...

    BalasPadam
  2. betul kak sofi sokong seed169...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.