Langkau ke kandungan utama

164. kasihnya anak...


anda ingat tak cerita trilogi seniman bujang lapok, lakonan allahyarham p. ramlee, wak ajis dan s shamsudin? tentu ingat dan ia menjadi all time favorite, kan? kl camtu tentu anda juga ingat kisah zaiton curi cincin emak dia, nak bg pd sudin utk gadai dan jdkan hantaran. ingat tak? alah... part yg adik dia cakap, '20 sen......" hehe!

kisah ni pun lebih kurang jugak. 
remeja perempuan ni baru ditangkap khalwat dengan bf dia. dia dijamin keluarga, keluar tapi bf kena tahan, mungkin sbb sengkek kut? 

nak tahu? sayang punyer pasal,, dia nak jamin bf dia keluar. x de duit so nak buat apa?
hah.... mak kaya gamaknya, lalu dicurinya barang kemas si ibu dan digadaikannya.... layanz!


Seorang remaja perempuan sanggup mencuri barang kemas milik ibunya semata-mata untuk membayar sejumlah wang jaminan teman lelakinya yang ditahan kerana ditangkap berkhalwat di sini baru-baru ini. Dalam kejadian pada 9 Oktober lalu, remaja berusia 17 tahun yang juga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini telah mencuri tiga utas gelang emas, satu utas rantai emas dan dua bentuk cincin milik ibunya yang kesemuanya bernilai hampir RM10,000.
Perkara itu disedari oleh ibu pelajar terbabit selepas mendapati kesemua barang kemas yang disimpan di bawah tilam di bilik tidur di rumahnya di Taman Wan Adnan, Kertih dekat sini telah hilang. Si ibu yang berusia 57 tahun itu mengesyaki kehilangan barang kemas itu adalah perbuatan anak gadisnya kerana hanya pelajar itu yang mengetahui tempat menyimpan barang kemas tersebut.
.........................
aku sedih. 
keruntuhan moral semakin berleluasa. remaja sanggup membelakangkan keluarga kerana cinta bodohnya! kasihan ibu yg melahirkan, bukan? 
tentu kecewa.....

Ulasan

  1. memang kecewa...
    sedih bila anak2 membelakangkan ibu dan bapa...
    apa nak jadi dengan remaja masa kini

    BalasPadam
  2. jadi hantu seed169, hehe...lawak je, k! ntah..kena balik ke pangkal jalan nampaknyer

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…