Follow Us @soratemplates

20.10.10

162. tinggalkan aje dia!

belum apa2, belum tunang, belum nikah, belum kahwin... dia dah pandai naik tangan. inikah lelaki yang hendak dijadikan suami? tempat menumpang kasih? mintak ampun! tak kuingini lelaki ini memasuki hidupku. never!
haha...terlebih emo pulak! 



Seorang lelaki yang dipercayai cemburu telah bertindak menumbuk teman wanitanya sampai retak hidung wanita berkenaan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur malam tadi. Wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk menerima rawatan pada 8.30 pagi tadi sementara lelaki tersebut menyerah diri kepada polis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Nordin Mustapha berkata, sebelum itu berlaku pertengkaran antara remaja perempuan berumur 18 tahun itu dengan teman lelakinya yang berumur 24 tahun.
"Mangsa yang tinggal di Jengka 19 dekat Maran baru sahaja sampai dengan sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur pada 9 malam. Ketika bas berhenti di R&R Temerloh, mangsa menghubungi teman lelakinya dari Jengka 18 untuk mengambilnya di situ. Setelah teman lelakinya datang menjemputnya, berlaku satu pertelingkahan yang dipercayai berpunca daripada cemburu. Lelaki berkenaan yang naik berang telah bertindak menumbuk muka mangsa menyebabkan hidung mangsa retak sebelum teman lelakinya itu meninggalkannya di situ,” katanya kepada pemberita. — Bernama
bukan nak jadi firestone, nih, tp aku ingin nasihatkan anda yg sdg berkasih. jgn biarkan diri anda dijentik sebelum anda berkahwin. dia tidak punya hak untuk memukul anda!

3 ulasan:

  1. dah kawin pun jgn jentik ye...

    BalasPadam
  2. belum ada ikatan sah pun dah pandai jentik...
    kalau dah kawin boleh jentik tetapi ikutlah landasan yang telah ditetapkan oleh Islam...

    kalau lelaki macam ni baiklah ditinggalkan...jgn turutkan sangant cinta...nanti binasa badan...

    BalasPadam
  3. salam anonymous, betul jugak tu hehe and seed169, mmg betul inilah lelaki yg teruk tahu nak memukul jek, menci, kan!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.