Langkau ke kandungan utama

161. bila hati dah tawar? cinta sudah berkubur?

bila rohaliza hilang, tentulah semua orang tertanya-tanya, dia ke mana? apa terjadi? dengan siapa dia sekarang? diculikkah?
macam-macam persoalan!

kemudian keluarganya menuduh si tunang menyembunyikan dan hari ini, si tunang pula menafikan dan membuat laporan polis.

Tunang Rozaliya Mat Lazim, 20, bakal pengantin yang hilang sejak 13 Oktober lalu, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, menafikan andaian pihak tertentu mendakwa dia terbabit dengan kehilangan tunangnya itu. Dia mendakwa baru tiba dari Johor, malam kelmarin, enggan mengulas mengenai kehilangan tunangnya itu atas nasihat keluarga dan menyerahkannya kepada polis menjalankan siasatan.

Katanya, pada hari kejadian, dia menerima satu SMS daripada Rozaliya pada jam 3.28 petang berbunyi ‘Awak cepat sikit. Masa nak g ambil duit ada dua orang macam ikut saya. Saya takut’.

“Sebelum kehilangannya, saya meninggalkan dia di kedai selepas membeli-belah kerana terpaksa pulang ke pejabat kerana ada urusan. Ketika itu saya masih bekerja dan jika ada yang beranggapan saya menyembunyikan Rozaliya, ia tidak benar sama sekali,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Perumahan Petugas Felda Neram, di sini, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan ibu Rozaliya, Sabariah Mansor, 42, sebagai berkata, dia mengesyaki ada tidak kena dalam perhubungan anaknya dan Mohd Helmi. Malah, wanita itu mendakwa Rozaliya pernah berhasrat memutuskan pertunangannya. Kedua-dua mereka mengikat pertunangan tahun lalu atas dasar cinta dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 12 November depan.

Bapa Mohd Helmi, Mohd Noor Juah, 53, turut menafikan anaknya membawa lari dan menyembunyikan Rozaliya.

“Anak saya bukan melarikan diri seperti didakwa sesetengah pihak, tetapi pulang ke kampung di Johor bertemu dengan keluarga. Ibu Rozaliya juga mendakwa anaknya dipercayai mengikut seorang lelaki bernama Amir menyebabkan Mohd Helmi mencari lelaki itu dikatakan tinggal di Batu Berendam, Melaka,” katanya.

Sementara itu, Mohd Helmi yang berasal dari Kampung Sebatu Pagoh, Muar, dan bekerja di Bandar Cheneh Baru, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan bersama keluarganya kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, polis merekodkan keterangan Mohd Helmi secara telus dan terperinci berikutan kes terbabit makin banyak menimbulkan keraguan.
...............................

bersabarlah! ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik kehilangannya. percayalah!

Ulasan

  1. Bila hati sudah tawar, bila cinta sudah berkubur apa pun sanggup dilakukan. Cinta dan sayang tanpa dibaja tidak mungkin sampai ke penghujungnya. Pasti akan putus di tengah jalan. Jangan biarkan masa memudarkan cinta kita.

    BalasPadam
  2. Bila hati sudah tawar, bila cinta sudah berkubur apa pun sanggup dilakukan. Cinta dan kasih sayang tanpa dibaja pasti akan berakhir. Putus di tengah jalan. Cepat atau lambat ia pasti datang.

    BalasPadam
  3. setuju sangat dengan pendapat ainul tu!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…