apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.10.10

158. bacalah amaran ini!

salam........

kawan2, di amerika, beberapa org guru telah dipecat kerana bermain cinta dengan pelajar mereka di facebook. mereka dikatakan tidak sewajarnya melakukan begitu. memanglah, kan! kalau dah hantar mesej berbaur seks, apa kes? 

hai, fb nampaknya memberi impak yg besar; positif atau negatif. 

Sekurang-kurangnya tiga orang guru di sekolah tinggi awam di New York telah dipecat dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini kerana mempunyai hubungan kurang sesuai dengan pelajar menerusi laman sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.


Chadwin Reynolds, 37, yang 'berkawan' dengan ramai pelajar perempuan, menurut akhbar New York Post, pernah menulis komen-komen berbaur seks di bawah beberapa gambar di Facebook. Menurut satu suruhanjaya siasatan khas sekolah-sekolah di New York, Reynolds juga didakwa cuba memujuk seorang remaja agar keluar bersamanya dengan cara mendapatkan nombor telefon, menghantar bunga, gula-gula dan patung beruang.
Laurie Hirsch pula dipecat pada Mei lalu kerana menjalin hubungan dengan seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun. Dia meletakkan gambarnya bercium dengan pelajar terbabit yang menyebabkan siasatan dilakukan. Pelajar itu memberitahu dia telah melakukan hubungan seks sebanyak 10 kali di pangsapuri Hirsch pada tahun lalu. Rekod menunjukkan terdapat 2,700 panggilan telefon dibuat dalam tempoh enam bulan.
Stephen D'Andrilli juga didapati 'berkawan' dengan beberapa pelajar perempuan di Akademi Essex Street dan menghantar mesej-mesej yang tidak sepatutnya. D'Andrilli pernah menghantar mesej kepada seorang pelajarnya bahawa teman lelakinya itu tidak berhak memiliki perempuan yang secantiknya.
Seorang guru di sekolah tinggi La Guardia dikatakan memberi markah lebih kepada pelajar yang 'berkawan' dengannya di Facebook.
diaorg ni betullah, kan? x ingat mati!
ni, cikgu nak pesan kat cikgu2 lain, k... hati2 ya! 
jgn main api nnt bakar diri, 
jgn main tulis2 di fb, nnt polis cari. 
hehe.....




2 ulasan:

  1. bagi seorang cikgu...
    jagalah amanat yang diberikan...
    jangan salah guna kuasa sebagai seorang guru....
    guru ibarat ibubapa kedua bagi murid2..
    didiklah mereka dengan ajaran yang baik...
    jangan menodai kepercayaan yang telah diberikan

    BalasPadam
  2. sofi setuju sesangat dgn awak seed169. sokong!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.