Langkau ke kandungan utama

157. rela ternoda, sanggup berdosa.

bercinta adalah lumrah krn mmg Allah jadikan naluri manusia utk saling cinta-menyintai. kasih syg dan rasa dihargai memupuk cinta, walaupun ia cinta terlarang. 

seorg gadis jatuh cinta kpd seorg lelaki semasa mereka berchatting. (hehe...jgn marah...kisah cinta internet lg nih!) biasalah bila chat...mmg mesra wlpun x kenal. kl anda ada ym dan selalu chat, anda mesti faham, kan? so, gadis manis ini sukakan lelaki yg menjadi teman chat dia sbb bgnya lelaki ini sangat 'caring'! 
tu yg bahaya tu....caring is sharing. 
dan yg penting...lelaki ini mengaku masih bujang.

mereka terpisah jauh, sorang di utara, sorang di selatan tanah air. chat punya chat beralihlah ke telefon dan mulalah ber sms. cinta yg mula bersemi menyebabkan msg2 ingin berjumpa. di mana? di KL lah, mana lagi?
mmg bahagia krn lelaki idaman adalah spt yg digambarkan. hebat dan bergaya. maka semakin dalamlah rasa itu!
tetapi takdir menentukan, satu hari si gadis menelefon dan seorg wanita menjawab panggilannya dgn persekitaran suara anak2 bising berkumandang. tahulah dia bahawa lelaki ini sudah menipu dirinya. tarik diri?
sepatutnyalah! namun dia tidak melakukan begitu. bila dipujuk rayu, cairlah pulak.... maka jadilah dia perempuan simpanan lelaki itu. 

si lelaki memang licik. isteri tidak dilepaskan tetapi si gadis tadi digunakan bukan sahaja tubuhnya malah wang ringgit gadis itu membantunya menyara anak2. istilah gadis itu...berkorban demi cinta. 
kini gadis itu tertanya-tanya, bilakah lelaki itu ingin mengahwininya? sudah banyak yg diberi bilakah akan diganti? sudah banyak dikorbankan, bilakah akan dihargai? 

jangan salahkan cinta bila anda terjerumus dlm hidup penuh noda. salahkan diri krn tidak menggunakan akal. salahkan diri krn bodoh mengharap pd lelaki dayus dan durjana yg hanya bertujuan utk memperalatkan anda. 

bilakah akan berakhir cerita2 sebegini?

Ulasan

  1. jangan mudah percaya dengan cinta...
    cinta x salah kerana ia naluri yang suci yang Allah pinjamkan kepada umatnya...kita sebagai manusia harus berfikir yang baik buruknya...hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…