Langkau ke kandungan utama

156. kurus punya pasal...

perempuan cukup takut dengan perkataan gemuk. terutama perempuan yg sudah bersuami. 
masa belum kahwin, tak kisah sangat. 
ni selalunya cerita selepas beberapa thn berumahtangga. 
bila suami mula cakap...."yang, abang nampak pipi sayang macam tembamlah" atau "yang, sayang janganlah pakai baju kebaya, dah tak comel...macam sarong nangka dah abang tengok!" 
uwaaaa.....


bila sudah ditegur begitu, mulalah mencari jamu atau pil atau ubat pelangsing badan. 
mulalah nak makan sikit atau mulalah tak makan malam. semuanya gara2 hendak kuruskan semula badan yang gemuk. 
ada yang berhabis duit beli segala macam seluar dalam, baju dalam infra merah tu. 
ada pelbagai jenama di pasaran. natasya, kroni mahupun beautiful. masa pakai, makkk... meleding bentuk badan! tegak semacam dah tak boleh nak bongkok hehe....gatal ke, lenguh ke, sakit ke...tahan! demi suami. 
hati semakin teruja bila tengok ziana zain. anak dah 4 kalau tak silap tapi badan masih menggiurkan... cantiknya...mahunya tidak? dah jd ejen slimworld, kan? 
hah mulalah berangan nak ke situ. hendak menjadi ahli dan menjalankan treatment demi treatment utk kurus. 
kalau ziana boleh, kita pun boleh! chaiyok!!!!
malang bagi seorang wanita cina di melaka ni...
dia dah berhabis berbelas ribu ringgit di sebuah pusat kecantikan yang memberitahu dirinya bahawa mereka boleh kuruskan dia selepas rawatan ketiga...hehe...
namun dirinya masih begitu. 
mengapa? badan dia banyak sangat lemak kut???
tapi yg bagusnya, perempuan ni tak berdiam diri. dia bawak kes ini ke mahkamah. iyalah mana aci, kan? duit dia dah habis kurusnya tidak! maka setelah segala bukti ke hape ke...maklum prosiding mahkamah.....
akhirnya... 
pusat pelangsingan badan terkemuka ini (BUKAN SLIM WORLD) dikehendaki membayar jeng, jeng, jeng......
ganti rugi berupa 10 kali rawatan membalut, 10 kali rawatan badan menggunakan mesin dan tiga kali rawatan muka secara percuma ke atas Ong Bing Hong, 46. jumlah semuanya 23 kali rawatan kecantikan  kerana wanita itu gagal mendapat bentuk badan sebagaimana yang dijanjikan.
tahniahlah! bertuah badan awak, Bing Hong.....

Ulasan

  1. memang beruntung...
    dapat gantirugi...dapat rawatan secara percuma...
    nak juga boleh...
    hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…