Langkau ke kandungan utama

120. selamat pengantin baru ya sheikh...

Teringat aku pada suatu waktu dahulu. pada tarikh 08.08.88. wah, ramai perempuan terutama perempuan cina yang frust menungging dan terbalik masa tu. yg bukan cina pun ada yg menangis gak. iyalah, kan...waktu tu, hero kesayangan yg smart, yang handsome, yg lucu, macho...bla, bla, bla...melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya.
siapa? siapa lagi? chow yuen fatt, lerr...
u all kenal ke dia? kl yg seusiaku, pasti kenal kut? Dia nilah yg mempelopori cerita cina bersiri di TV3 yg baru mula beroperasi thn 86, kl x silap aku. ceritanya, man in the net...meletup. sejak tu nama chow yuen fatt ni bermain di bibir peminat di malaysia, termasuk aku kut..hehe!
pd 1997, ketika hong kong diserahkan oleh british kpd cina semula, chow yuen fatt di antara ramai artis cina yg memilih utk ke hollywood.
bg generasi baru, anna n the king, lakonan judy foster bersama chow yuen fatt adalah remake movie yg patut anda tontoni.

Selepas 22 tahun, tarikh keramat sebegitu datang lagi. 10.10.10,
hari ini, tarikh yg mana begitu ramai artis di malaysia saja, usah cerita ttg tempat lain, yg bertunang, nikah dan kahwin. Tarikh yang sangat cantik di pandangan mata. dan, sbb cantik sgt kut, tu yg tv3 nak buat live show nnt.
hmm, semua dah tahu kan? dia ni bukanlah artis tp doktor. sbb lawa sgt, pernah jd model iklan kat tv. makin femes bila dia terpilih menjadi angkasawan negara. semakin disayangi seluruh malaysia krn imejnya bersih dan baik dan hari ini dia nak kahwin hehe.
janganlah ada yg jeles ngan doktor harlina pulak. tu dah jodoh dr sheikh muzaffar. kita doakan kesejahteraan mereka. biarlah semoga cinta yg lama terjalin tidak berakhir dengan majlis perkahwinan mereka nanti. maksudku, agar jodoh mereka berpanjangan sampai ke akhir hayat. janganlah buat majlis bersar2an , masuk tv3 hari ini, tup-tup...thn depan dah masuk mahkamah syariah pulak! Tak mo, k!
SELAMAT PENGANTIN BARU YA SHEIKH!!!

Ulasan

  1. hohohho
    tlepas sudah jejaka malaya..
    smoga bhgia
    (:

    BalasPadam
  2. salam epy, tak pe...byk yg lain lg..kurang 1 je lelaki hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…