Langkau ke kandungan utama

119. maafkan aku, kekasih...

telinganya dihujani seranah hampir setiap hari kini. kata-kata kesat diujarkan dari bibir seorang wanita bergelar isteri. namun dia tetap dia. tidak langsung mengendahkan kemarahan. dia tetap dia yang masih boleh berlembut, dia tetap dia yang sabar menghadapi perangai isteri yang melampau. 

mereka sudah berkahwin selama 3 tahun. perkahwinan mereka atas dasar cinta. dia benar-benar menyintai isterinya. dan dulu, ya, dia tahu bahawa dulu, isterinya juga sangat menyintainya. 

buah cinta yang disemai, memberikan mereka seorang anak lelaki yang comel, dinamakan azlan. azlan membesar dalam kasih sayangnya. namun sebagai ketua keluarga, tumpuannya lebih kepada kerja. dia perlu mencari duit untuk mereka. 

dalam kesibukannya, dia lalai memberikan nafkah batin kepada isteri. rupa-rupanya, bagi seorang isteri, itu amat penting. dalam diam, isterinya menemui seorang lelaki di laman chatting. lelaki baru yang bermulut manis, menggoda, dan prihatin terhadap isteri yang dahaga. 

di mata isteri, suami tak lagi menawan. tak ada yg istimewa walau duit suaminya banyak untuk dia. walau hidupnya mewah namun cintanya sudah beralih arah. 

dari berchatting, mereka bersua muka. ternyata, lelaki baru dalam hidupnya memang punya segala-gala. muda setahun dari si isteri tadi, berjawatan sebagai jurutera di sebuah syarikat gergasi, kereta Honda Accord lagi. wajahnya? tampan sekali. dan yang buat dia jadi lentok bila mendengar bicara lelaki itu yang penuh kelembutan. maka, cinta pertamapun berkuburlah!

Kerana sudah tidak tahan dengan sikap suami yang leka dengan dirinya, leka dalam menambah harta dunia, si isteri meminta cerai!!!

Ketika di mahkamah, si isteri begitu tetap dengan pendirian mahu bercerai. (tentulah nekad,, kan! dah ada yg sanggup menunggu, tak gitu? Tapi, suaminya cakap, dia tak mahu menceraikan isterinya. kalau berceraipun, biarlah bercerai mati, katanya. isteri dengan lantang membalas, bila awak tu nak mati? sekarang? esok? bila? suami masih mampu tersenyum. 

Mahkamah membuat keputusan agar pasangan tersebut mengambil masa untuk berbincang.  dengan kasar isterinya berkata, tak ada apa yang hendak saya katakan lagi.  dia ni dah tak mampu memberikan saya apa yang saya mahu, dia terus sahaja bercerita tentang semua keburukan suami di hadapan semua orang. tidak ada satupun yang disembunyikan. puas hatinya, kut!

Bila hakim meminta suami untuk menyenaraikan sifat-sifat isteri yang dibencinya, suami terdiam. lama dia berfikir sehingga hakim mengulangi permintaan. akhirnya dia memberitahu bahawa isterinya cukup sempurna di mata dan di dalam hatinya. tidak ada keburukan dan tiada kekurangan. si isteri terkedu! termalu!

Suatu hari suaminya tidak pulang selepas kerja. sehari, dua hari...sehingga seminggu. nafas lega dilepaskan kerana menyangka suami sudah mahu melepaskan dirinya. 

satu hari, dia didtangi seorang lelaki. saya peguam suami puan, kata lelaki itu. 

dia nak ceraikan saya, ya? 

dia dah tinggalkan puan. sila tanda tangan di sini. ini ialah buah tangan suami kepada puan dan anak puan. 

Si isteri melihat kertas yang diberi. Wasiat? tanya dia. peguam itu mengangguk. pantas isteri itu membaca, dengan debaran kencang dalam dada;

Isteriku, hari ini, hajatmu tercapai. kita sudah bercerai. ketika kau membaca surat ini, aku sudah 'pergi', dipanggil Tuhan kembali ke sisinya. maafkan aku menyembunyikan penyakitku dpd pengetahuanmu. maafkan aku mengumpul duit sehingga mengabaikanmu. maafkan aku kerana membuat kamu membenciku. 

jangan menangisi kesilapanmu mengherdik, memarahi, mencurangiku. aku sudah lama memaafkanmu. aku doakan kau bahagia dengannya. dan aku harap, kau dapat membesarkan azlan dengan dia menjadi papa yg jauh lebih baik dr diri ini. 

kini, sudah bertahun-tahun peristiwa itu berlalu. azlan sudahpun berkahwin. si isteri tadi? dia masih sendiri malah sejak dia membaca surat wasiat itu, dia telah berjanji kepada dirinya untuk   setia kepada bekas suami. dia ingin bersama lelaki itu di syurga nanti.. 

sesalan?

hanya isteri itu yang boleh menjawabnya. 

p.s:

hayati kata2 di bawah, ya! 

kata seorang gadis jelita, 
"lelaki kalau bercakap memang suka tak habiskan..." 
kata seorang pemuda tampan, 
"perempuan pula suka menghukum tanpa siasat!!"
thanx to pemilik blog, http://www.ahmedfauzan.co.cc


Ulasan

  1. Salam kak Sofi,

    Sedihhh.....Tapi biasalah tu kebanyakkan kita memang selalu tak reti nak menghargai sesuatu yang berada dihadapan mata, bila dah terlepas baru nak menyesal.

    Tapi apa pun dari cerita ni kita boleh muhasabah diri, yang baik di jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan...

    Sesuatu yang baik itu takkan datang berkali-kali dalam hidup, bila dah ada belajarlah menghargai...

    Dan bukan mudah untuk mendapat peluang kali kedua bila dah terlepas peluang pertama tadi...

    BalasPadam
  2. salam...

    epy elina, mmg sedih

    miz ruha, sofi nangis dah masa menaip,

    izah, mmg benar, kata org peluang hanya dtg sekli dlm hidup,nthlah...cuma rsanya kita mesti belajar menghargai seseorg atau sesuatu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…