Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

masa bercinta semua manis belaka. indah segala-galanya. tak ada yg buruk. kentut pun wangi, kata org tua-tua. pasangan yg baru berkahwin aka...

107. wangi jadi busuk, penawar jadi racun, alahai

By Oktober 06, 2010

masa bercinta semua manis belaka. indah segala-galanya. tak ada yg buruk. kentut pun wangi, kata org tua-tua. pasangan yg baru berkahwin akan bertolak ansur dalam apa juga keadaan. rela berkorban segala-gala. jiwa dan raga. sikit2...'sayaaanggg    abang' atau 'saaaaayangg  sayang' hmmm!

bila dah ada satu anak, bukan dua, ya, satu aje...hai mulalah..buat perangai sikit. si lelaki akan sibuk sikit di pejabat. banyak kerja tetiba. balik penat dah nak tolong bancuh susu waktu malam hari pun x boleh. nak salin atau tukar lampin? hisy, itu kan kerja si isteri? 
yang si isteri pulak, anak sorang pun sibuk jugak. sampai nak tukar pakai lawa2 pun tak boleh. asyiklah berkain batik dengan t-shirt. dah tu, rambut tocang. muka penuh bedak sejuk. bau? mmm, bau anak dah..bau wangi 'enchanteur' dah tak ada. wakaka...

tapi, begitupun, anak akan makin bertambah walau hubungan menjadi semakin renggang. sehingga ke satu tahap, komunikasi antara suami isteri berkurang dan isteri yg tidak bekerja akan semkin kurang nampak suaminya di rumah sbb suami dah mula pandai sibuk main golf, hehe. bila dah susah nak balik ke rumah, banyaklah yang akan dijumpai di luar rumah, maka bermulalah episod cinta suami yang baru dan sudahnya akan meranalah si isteri bila suami main kayu dua, tiga, empat malah sepuluh pun. aduhai....


dan sekarang jalan mudahnya ialah BERCERAILAH!!!


suami dan isteri ini mula2nya akan berebut hak penjagaan anak2 dan selalunya selepas turun naik ke mahkamah, si isterilah yang akan mendapat hak itu dengan si suami disuruh membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak2. 


pada mula-mulanya, bayaran memanglah elok sesangat. ikut masa, cukup jumlahnya, tetapi lama-kelamaan...semuanya makin kuuureeeenggg. siapa nak pantau? pejabat ugama? kirim salam!


so di atas adalah sebahagian rentetan hidup msyarakat kita. dan di bawah pula kisah bekas isteri ac mizal tuntut harta, petikan utusan online, 4 okt. 


macam2, kan! baca ajelah, ya!

KAJANG 4 Okt. - Bekas isteri pengacara dan pelakon AC Mizal, Shafnie memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini bahawa dia mengetahui kekayaan sebenar artis tersebut bersumberkan media massa.


Menurut Shafnie Zainuddin, 34, bekas suaminya mempamerkan kekayaan yang dimilikinya termasuk beberapa buah kereta dan rumah mewah serta syarikat selain menjadi duta produk.



Dia memberitahu demikian ketika disoal balas oleh peguam syarie, Siti Aisyah Din yang mewakili AC Mizal dalam perbicaraan tuntutan untuk mengubah nafkah anak yang dikemukakannya di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah.


Ketika ditanya oleh Siti Aisyah, adakah dia bersetuju sekiranya aset tersebut bukannya kepunyaan pengacara tersebut sebaliknya milik orang lain, Shafnie dalam nada emosi menjawab:


''Saya tidak pasti, tetapi hanya orang kaya sahaja yang memiliki beberapa kereta mewah, rumah mewah dan perniagaan."


Siti Aisyah kemudiannya meminta Shafnie mengemukakan saksi bagi menyokong keterangannya mengenai kekayaan bekas suaminya itu.


Ibu kepada dua orang anak itu bagaimanapun menyatakan, dia tidak dapat berbuat demikian.
AC Mizal turut hadir ke mahkamah dengan ditemani oleh seorang rakannya.


Dalam permohonan tersebut, Shafnie yang diwakili peguam syarie, Mohd. Ridhwan Husin menuntut agar jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan.
Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa atau ansuran rumah (RM650).


Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000).


Shafnie dan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum disahkan bercerai pada 17 Oktober 2001.


Perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 12 Oktober ini.


Selain kes itu, mereka mempunyai satu lagi kes yang melibatkan isu tunggakan nafkah dua anak mereka yang berjumlah RM50,000 di mahkamah yang sama.


Nasib bekas pengacara Akademi Fantasia (AF) tersebut akan ditentukan pada 28 Oktober ini, sama ada dia wajar dihantar ke penjara bagi kesalahan tersebut. 
............
makkk, aiii, banyaknya tuntutan... uisyyy.... gunung kalau ditarahpun, lama-lama boleh gondol, kakkk..
tapi itulah, bila yang wangi dah jadi busuk, apabila penawar menjadi racun! tak ada keindahan lagi dah.
siapa yang menjadi mangsa pertikaian?
tentu sahaja anak-anak.
kasihan mereka.......

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.