Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

cinta monyet

kamus dewan tulis.... cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. cinta zaman sekolah yang jarang kekal seperti cinta si cinderella, snow white iaitu .... happily ever after. hehe...
bagaimana di usia yang masih mentah, pasangan boleh jatuh cinta? 
aku teringat anak murid aku, F dan A. memang rapat, memang mesra masa di sekolah dulu. memang pasangan yang bercinta macam nak rak namun persekolahan dan pencapaian mereka dlm pelajaran cukup bagus. hebat! aku fikir, mereka akan kekal bersama dan berkahwin setelah tamat belajar namun, kecundang di tengah jalan juga sudahnya. putus!
kawan baik aku dulu, bercinta masa di sekolah rendah. siap bagi2 surat lagi. tapi bila ke sekolah menengah, putus. terlerai kasih. masing-masing saling melupakan sehinggalah mereka ditakdirkan bertemu semula di tahun akhir pengajian di upm. tahu apa jadi? mereka bercinta semula. dan kini sudah menimang cucu pun, hehe....
aku sentuh soal cinta monyet ini kerana aku perhatikan sudah menjadi trend di sekolah sebaik habis pe…

kubur kita asing-asing, ya?

PORT DICKSON - Polis menahan sembilan wanita dan lapan lelaki yang sedang leka berpesta di sebuah bilik hotel di sini awal pagi ini selepas ujian mendapati semua mereka positif menggunakan dadah. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baljeet Singh berkata, semua mereka yang berumur dari belasan tahun hingga sekitar 30-an itu ditahan pada kira-kira pukul 3.15 pagi selepas polis menerima aduan daripada penghuni hotel yang lain mengenai bunyi bising di bilik itu. "Siasatan awal polis mendapati kumpulan lelaki dan wanita itu masuk ke hotel berkenaan semalam dan kebanyakan mereka berasal dari luar Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi di sini. - Bernama ............................................... salah siapa? anak tak balik rumah, mak pak tak susah hati ke? tak risau? tak cari?  payah! payah!  oh... yg tua tu bapak budak kut... ni yg belasan tahun tulah! kesian diorang, kan? ini akibat ibu dan ayah yang tidak prihatin ke mana anak2 mereka pergi? dengan siapa? buat apa?  hey, jangan…

tak perasan ke?

hehe.... alah...tentang blog sofi...ada nampak? yes! cantik? huhu...
terima kasih.. datang selalu-selalu ya..
lagi dan lagi..
terima kasih.

p.s: kalau ada yg datang tp sofi belum lg jadi follower anda...tinggalkan url anda di ruangan komen, ya. nanti insyaallah, sofi pergi dan ikut anda.
boleh kan tinggalkan url?
sayang...anda

sofi

ada ke yg macam dia ni? di malaysia?

kenal oprah tak? x kenal? waaa..... mcm mana boleh x kenal ni? uisy, pi cari kat wikipedia sekarang juga, hehe....
jgn marah, ya. gimik je. kalau x kenal x pe, sini sofi kenalkan dia kepada anda, bukan nak bagitau kisah hidupnya tetapi nak menulis ttg THE OPRAH WINFREY SHOW.
Tahun ini, 2010, genap 25 tahun rancangan di atas ke udara. dan di usia rancangan menyambut jubli perak, rancangan bual bicara ini akan melalui musim terakhirnya di stesen tv.   di

Dia yang satu

seorang sahabat memberikan aku nasihat ini ketika aku berada di persimpangan. maksudnya ketika aku sedang hendak memilih. yang satu aku suka. yang satu lagi aku sayang. yang satu menguntungkan, satu lagi pula tidaklah merugikan. ibarat ditelan mati emak, diluah mati pulak bapak.
katanya; siapakah yang dapat memberi jaminan bahawa kalau kau pilih A, kau akan bahagia? dan siapakah pula yang boleh mengatakan andai kau pilih B, hidupmu akan derita?
aku renung anak matanya, tidak memahami. dia perlu menjelaskan lagi...
sambungnya;  tiada bahagia yang kekal dalam hidup kita. sekarang mungkin kau bahagia, kejap lagi mungkin kau ditimpa musibah lalu kau menangis. bahagia di dunia ini diselangseli dengan derita dan kecelakaan. kan hidup umpama roda? tayar itu bergolek-golek. kau faham?
ya, tentu sahaja aku faham. 
katanya lagi.... hidup ini tiada kepastian. kalau B yang kau pilih pun, dan kau letakkan pros dan kons, kau masih tidak dapat memastikan kejayaanmu akhirnya, kan? 
aku anggguk. memang betul, …

al- fatihah...

sedih... sangat sedih. 
kita yang asing inipun merasa sebak membaca cerita tentang mereka, inikan pula ibu, ayah dan kaum keluarga  
sudah takdir... memanglah, siapa kita untuk menolak takdir, kan...
cuma...
cara kematian itu yang menyedihkan kita yang baru sahaja dikejutkan dengan kes kemalangan bas ekspres delima di selatan tanah air. 

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah, selepas sebuah bas rombongan dari Kampung Baru, Mukim Siong, di sini, terbabas sebelum terbalik berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak, malam kelmarin. Bas yang membawa 44 orang termasuk dua pemandu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands untuk ke Kuala Lumpur.
Kini, segala menjadi kenangan. 


BALING: Suasana pekarangan Masjid Al-Falah Kampung Setol, di sini, hiba sebaik tujuh jenazah yang terkorban dalam kemalangan selepas bas persiaran yang dinaiki hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertenta…

chinta fasha

ari tu ada masuk pos ttg citer chinta, kan. malangnya, entah camne, aku terdelete post tu, huhu!
hari ini ingat nak soseh sikit sbb kebetulan ada kisah fasha di kosmo. ty kosmo, ya!
tentang chinta... betul banyak yg bencikan dia dalam cerita tu. fasha kata... “Watak Chinta datang pada ketika dan usia saya yang tepat, pengalaman terdahulu juga antara yang mematangkan lakonan saya dalam drama itu. Ia bukan kisah pelacur tetapi bagaimana seorang gadis baik bertukar menjadi pendendam kepada lelaki lebih besar lagi kepada Tuhan kerana kecewa dengan takdir. Chinta satu watak berat dan ramai menyatakan Chinta sebuah karya yang sukar dijangka,” meladeni Chinta juga katanya, menjadi bekal untuk dijadikan sempadan dan teladan.

jadi diri sendiri kerana anda ialah anda..

duniia sekarang ni indah. ewah............. 
tetapi ada masa dan ketika aku rasa nak tergelak-gelak bukan nak tergolek-golek, k!
mana tidaknya.......
yang tua sibuk nak bagi nampak muda muka diorang tu..
makanlah segala primrose, supplement dan cucuklah segala botox, vitamin c....
nampak muda, memang tapi dlm masa yg sama... ada yang pelik jugak...aku tak nak cakap 
bak kata nabil pelawak tu...
lu pikirlah sendiri..hehe
yang tiga orang kat atas dalam gambar ni pulak adalah contoh-contoh orang muda / remaja yang lebih suka dikatakan matang sebelum usia. weh... bukan sikit remaja yang teringin nak cepat dewasa tau... iyalah..bila dah dewasa dapat mekap, dapat boyfriend hehe...pandai2 aje aku nih... cuba kita baca sikit pendapat 3 dara ni... ehsan: kosmo Syarifah Amani: Secara fizikal saya rasakan diri saya baru berumur 17 tahun tetapi jiwa saya sudah berusia 36 tahun.  Faktor yang paling mematangkan kehidupan ialah pengalaman, bagaimana saya berdepan dengan banyak perkara dalam hidup. Saya pernah m…

entri pagi

salam....selamat pagi.....namaste.....
baru perasan yg blog ni penuh dengan tulisan huhu....
tu yg bangun repair but still...
nak buat camne?
biar ajelah dan harap tidak bersepah
sbb ini blog menulis bukan blog gambar hehe...

haruan makan anak?

salam.....
kejadian ini amat menyakitkan hati, kan? tergamak betul bapak ni buat macam gitu pd anaknya. anak yg lahir dpd benih dia sendiri. bodoh ke apa? 
sebiji bersifat binatang. haiwan! betul kan? kalau tidak mana nak jumpa eribahasa.....HARUAN MAKAN ANAK.....betul tak?

“Sudah tujuh tahun anak saudara saya yang berusia 14 tahun dicabul bapanya sendiri, tapi baru kini rahsia itu terbongkar sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Rawang, Rabu lalu,” kata ibu saudara mangsa, adik kpd si bapa durjana itu. Beliau berkata, setiap hari mangsa sering bermuram kerana trauma dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka bapa kandungnya yang juga penagih dadah tergamak mencabul kehormatannya sejak kecil.


Oh, penagih dadah....patutlah!


“Selepas membuat laporan polis, saya membawanya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan ada kesan menunjukkan anak saudara saya itu dicabul."


yang menghairankan, si ibu merancang untuk menarik balik laporan yang dibuat kerana t…

Anda rindu?

Rindu - suatu emosi yang terjadi bila kita teringatkan seseorang atau sesuatu.  rindu wujud bila:
1. sesuatu itu hilang untuk jangkawaktu yang lama
2. berpisah dengan seseorang walau baru beberapa saat
semilir angin getar amarah
gelora renjana teramat sangat
inilah rasa…,
dalam pacu-pacu waktu yang tak tertahankan
kekasih….., aku rindu padamu
(puisi rindu oleh nienktya ) 

Kalau rindukan kampung, anda balik ajelah, kan?
Macam mana kalau perasaan rindu pada si dia tidak dapat anda tahankan? tak dapat anda kawal? Macam mana? apa perlu anda buat? Yang nyata, anda tentu x dapat buat segala kerja dengan baik dan sempurna, betul? hmm, susah sungguh bila rindu menyerang..huhu!!! terima kasih kpd: jomlayan.com, http://ligakampung.com/blog/rindu/, melaka.gov.my

tentang diri

salam. anda kenal diri anda?  tentu ramai yg jawab, mestilah kenal, apa punya soalan da.... yalah...  hari-hari tengok di dalam cermin; muka, hidung, kaki, tangan, semua, kan..... takkan tak kenal???
soalan kedua... sayang tak diri anda? hehe...kenapa tanya soalan tu? 'a...'aa... tak jawab, dosa....  x delah, acah aje... sayang x ni? betul? okey........
soalan ketiga.... diri anda bahagia tak? apa ukurannya? macam mana anda tahu? uisy... diri 'orang', 'orang'' tahulah, iya tak... tak pe.... faham.....
soalan empat..... pernah kecewa? pernah gagal? pernah merana? pernah rasa terhina? pernah difitnah? pernah....
kalau anda meluangkan sedikit masa untuk berfikir dan menjawab soalan-soalan tadi, mungkin di sanalah terletak kekuatan diri yang selama ini tersembunyi.  sumber pic: bakpo.blogspot.com, untouchable.blogdetik.com

kereta api peluru

anda pernah naik bullet train? sofi tak pernah almaklumlah tak pernah pergi jepun, german, london mahupun china. paling laju pun naik erl ajelah. itupun sebab nak hantar orang...hehe
berapa laju manusia mampu mencipta kelajuan? bila ngajo fizik terutama bab superkonduktor, selalu gak lah aku kelentong (haha..gelak nakal) budak2 pasal bullet train ni, sampai ada yg tanya, cikgu pernah naik ke?
aku jawab, tak perlu naik, bayang ajelah...
uisy, bukan nak citer pasal aku sini..
nak cakap ttg bullet train paling laju di dunia sekarang.
kereta api peluru ini bergerak di antara bandaraya Tianjin dengan Beijing. nak tahu kelajuannya berapa? 350 km sejam. jarak antara tianjin dengan beijing ialah 115 km jadi, cuba teka, dalam tempoh berapa lama anda dah sampai? kl x boleh congak, anda ambil kalkualtor, lepas tu bahagikan 115 dengan 350.
dah dapat. bagus! tulah dia... x sempat menikmati keindahan alam sekeliling pun...mata tu pun berkelip ntah berapa kali aje hehe....
tengok ya kat bawah...inil…

cinta terlarang

aku kompilasikan ct utk anda. di sini di beberapa bhg ada diedit. hehe.. utk tujuan memantapkan cerita. layanzzzz....
1
Amira membelek dari satu gambar ke satu lagi gambar yang terdapat di dalam album gambar-gambar perkahwinan kakak sulungnya, Zaireen. Dia senang melihat senyuman di wajah itu. Manis dan menawan sungguh! Nyata kakaknya sedang berbahagia.
Perlahan-lahan, album itu ditutup. Sepasang mata rasa basah. Sepasang mata sudah digenangi air. Hujan akan menitis tidak lama lagi. Dan, kala ia menitis, desirannya bukan lagi rintik-rintik halus malah air mata itu berjuraian, berguguran laju turun membasahi pipi mulusnya.
“Maafkan Mira, kak Reen! Maafkan Mira!” ...........................
“Masuklah, Mira. Mira suka tak rumah ni?” Zaireen begitu teruja untuk menunjukkan rumah yang baru diduduki kepada adik bongsunya, Amira Diyana.
Mereka baru sampai dari kampung. Sepanjang hujung minggu, Zaireen berusaha memujuk adik kesayangannya untuk mengikut dia, suami dan anak-anak balik ke Putrajaya…