apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.9.10

94.Dalam derita, ada bahagia. Apakah ada bahagia di dalam derita?

Setiap kali anda ditimpa musibah, akan ada orang membisikkan kata, "Bersabarlah, wahai teman." 

Lantas, anda menghulurkan sebuah senyuman yang tidak berapa mekar yang menghiasi bibir. Anda pasti membalas, "Cakap memang senang! Tapi, berapa lama harus saya bersabar?" 

Mereka akan menjawab, "Ujian Allah hanya sementara. Allah menguji insan yang disayanginya. Anda insan yang dipilihNya."


Mengapa ada derita bila bahagia tercipta? mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan...?

kenapa?kenapa?kenapa? kerana itulah romantika kehidupan. 
semua di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan: lelaki dengan perempuan mahupun malam dengan siang. 

Di bawah, aku lampirkan tulisan seorang insan bernama samaran ummizaqeera:
"Eh, kenapa nampak makin kurus ni? Sakit ker? Ada masalah besar ker?" 
Aku hanya mampu tersenyum n kadang2 hanya menjawab...."Alhamdulillah, ALLAH bagi peringatan atas ujian ni agar jadi hamba yang lebih bersyukur ... :-)
Ye..benar. Aku sedang sakit, genap sudah 2 minggu aku jatuh sakit...
Tapi,sahabat2, jangalah risau. Bagi aku, apalah sangat kesakitan ni dibandingkan dengan orang lain?masih ada ramai lagi yang sakit n mungkin terlantar tanpa berupaya menggerakkan anggota badan hatta untuk mengangkat pensel.
Kesakitan @ ujian ni hanyalah secebis dari pengalaman kehidupan aku. Sekurang-kurangnya dengan kesakitan ni, aku masih berupaya tuk ke kelas n melakukan aktiviti harian. Insya ALLAH, moga2 kesakitan ni penghapus dosa buat aku hamba yang sering lalai dari mengingati-NYA.

so, derita: kesakitannya, bahagia: kesedaran diri utk lebih mentaati Sang Pencipta.

Bagaimana pula dengan bahagia sesudah derita? bunyinya pun macam hepi ending, kan?
jangan anda tak tahu... itu tajuk sebuah novel yang popular pada tahun 1956. Novel Bahagia 
sesudah derita ditulis oleh seorang bekas guru yang bernama Md. Akhir Leman.

petikan ini dpd utusan online:

Novel Bahagia Sesudah Derita terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah dicetak ulang sebanyak 13 kali sejak tahun 1958. Novel itu termasuk dalam senarai siri novel remaja pilihan abad ke-20 dan dicetak dengan wajah baru oleh DBP. Kulit depan novel itu sudah ditukar lebih tiga kali dan sewaktu saya bersekolah menengah di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru tahun 1970-an lagi saya sudah membaca dan mengingati jalan cerita novel itu.

Bahagia Sesudah Derita tergolong sebagai novel terlaris di negara ini. Sebuah lagi novel Melayu yang terlaris era itu ialah Saga karya Abdul Talib Mohd. Hassan terbitan Utusan yang memenangi hadiah pertama Sayembara Novel Gapena 1976 dan dicetak lebih 16 kali.

Md. Akhir mencatatkan sejarah tersendiri kerana novel remajanya dicetak 13 kali sedangkan beliau bukanlah pengarang terkenal seperti A. Samad Said dan Shahnon Ahmad. Namun kelainan Bahagia Sesudah Derita membuktikan pengarang biasa pun boleh mencipta sejarah besar dalam dunia sastera tanah air dan membuktikan novel mereka laris dan mempunyai pembacanya sendiri.

Md. Akhir dilahirkan pada 10 Mei 1932 di Kampung Baru, Air Tawar, Sitiawan, Perak. Beliau bersara sebagai guru pada 10 Mei 1987 dan pernah mengajar di beberapa tempat di negeri Perak termasuk Pulau Pangkor dan Sitiawan. Mengajar Bahasa Melayu dan Sejarah, beliau pernah menjadi guru kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.


Menurutnya, perjuangannya menulis Bahagia Sesudah Derita diusahakannya sesudah dicabar oleh pihak tertentu yang memperkecilkan keupayaan guru Melayu menghasilkan sesebuah karya untuk tatapan anak bangsanya.

Beliau mengambil masa lima bulan menulis novel itu menggunakan mesin taip lama dengan tekun pada setiap hari sehingga pukul dua pagi. Karya itu membawa kemenangan hadiah pertama bernilai RM500 yang pada ketika tahun 1958 mungkin bernilai RM5,000 nilai wang sekarang.

Beliau menggunakan pengalamannya dan kisahnya sendiri berlatarkan kampungnya di Kampung Baru, Sitiawan. Beliau menerapkan unsur motivasi dalam cerita itu dengan percaya atas kesedaran dan cita-cita seseorang itu boleh berjaya jika berusaha. Dalam novel ini juga beliau menerapkan latar tempat di antaranya Ipoh, Kuala Lumpur, Singapura dan England sebagai latar penceritaan.

Novel Bahagia Sesudah Derita menggarap watak Harun dari Kampung Seberang yang kematian bapanya dan hidup dengan ibunya yang miskin. Harun seorang anak nelayan yang berjiwa besar membuktikan dia juga boleh berjaya melanjutkan pelajaran ke England dan menjadi doktor haiwan.

Kekuatan semangat watak Harun mencipta kejayaan itu wajar menjadi contoh teladan kepada generasi kini untuk berjaya. Unsur motivasi yang diterapkan oleh Md. Akhir mungkin resipi dan perisa yang wajar dihayati oleh generasi kini yang mungkin tenggelam dalam kemewahan duniawi berbanding generasi dahulu.


nota kaki: 
                  Wow! Ulang cetak 13 kali tu... hebat! kagum aku dengannya! harap anda juga begitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.