Langkau ke kandungan utama

91. Sakit dia aje yg dia tahu......

kita dah baca byk ttg mereka. 

hati kita sakit. 

kita marah. 

kita geram. 

walau masih disiasat, 

tp berita yg disogokkan oleh dada2 akhbar 

membuat jiwa kita memberontak. 

kita sedih dan kecewa. 

boleh anda bayangkan perasaan keluarga mangsa?

Ironinyerr......
bila dia @ mereka 'disakiti' (kononnyalah)
alamak, terus buat laporan polis! 
mcm2 aduannyerrr. 
cuba baca berita di bawah. 
sofi petik dpd :

Suspek utama dakwa didera mental, fizikal dalam tahanan
PETALING JAYA: Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain mendakwa dia diseksa mental dan fizikal ketika dalam tahanan reman sejak hari pertama ditahan pada 11 September lalu.

Dalam laporan polis dibuat kira-kira jam 5 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, peguam suspek, Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam berkata, anak guamnya itu mendakwa didera anggota polis yang mengendalikan soal siasat kes berkenaan dengan pelbagai bentuk penderaan. 

Menurutnya, anak guamannya yang hadir sendiri membuat laporan itu mendakwa dipukul menggunakan getah paip, digari di jeriji lokap dengan tangan melepasi kepala dan belakang badan menyandar di pintu besi berkenaan serta lebih teruk kemaluannya turut dihentak dengan batang kayu memaksa dia mengaku terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik itu.
 

Selain itu, dia mengadu diludah di mata oleh seorang anggota polis yang tiada kaitan langsung dengan kes berkenaan dan selepas itu diarah membuat ketuk ketampi kira-kira 60 kali sebelum dia jatuh pengsan.

Beberapa anggota polis dari Bukit Aman turut bertindak menampar dan menumbuknya ketika soal siasat hingga menyebabkan satu daripada gigi depannya longgar selain bahagian belakang badannya mengalami kesakitan. 

“Anak guam saya juga mengadu diugut polis bahawa isterinya akan ditahan dan menerima ‘layanan’ yang sama jika dia enggan membuat pengakuan seperti apa yang dikehendaki polis,” katanya ketika ditemui selepas menemani anak guamnya membuat laporan.
.....................................



bukan main lagi, kan? 
tahu sakit! ingatkan kebal sangat!!!!
mereka ingat mereka bijak tetapi sebenarnya....

KUASA DAN KEBESARAN ALLAH MENGATASI SEGALA-GALANYA.
wallahua'lam.

Ulasan

  1. Masa baca berita ni, mendidih aje darah ni. agh!!! tension!! pandai pulak mengaku sakit. masa buat semua jenayah tu, tak pulak ada empathy samada semua mangsa tu sakit atau tidak. masa ni teringat balik kata-kata kawan saya satu ketika dulu. Patutnya orang-orang macam ni, kelarkan aje badan dia tu dengan pisau, lepas tu taburkan garam, then sapukan pulak limau nipis... fuh... bisa-bisa.... baru sedar dunia ni bukan kite aje yang punye... hidup mesti menghormati hak orang lain.... he he.. tapi kan, jangan buat pulak eh, ni sekadar nak lepaskan geram pada pembunuh kejam tu... tapi cuba fikirkan, peguam ni licik, apakah mereka akan terlepas dari pertuduhan????

    BalasPadam
  2. salam anonymous,
    mmg, kl kita ikutkan rasa hati yg marah, hai...
    peguam mereka mmg licik tp insyaallah, percaya bahawa Allah itu adil. Allah itu lebih mengetahui dan kepadaNYA kita berserah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…