apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

27.9.10

88. suami, isteri, ibubapa dan mentua. siapa lebih penting?

"SAYA seorang lelaki berusia 24 tahun yang baru setahun mendirikan rumah tangga dan sudah dianugerahkan seorang cahaya mata berusia tiga bulan.
Pada awal perkahwinan dulu, saya dan isteri tinggal di rumah mentua bagi mengelakkan isteri daripada berasa kejutan dalam kehidupan kerana perlu berjauhan dengan orang tuanya. Kehidupan saya dan isteri sangat bahagia ketika awal perkahwinan dulu.

Namun, selepas isteri habis berpantang melahirkan anak sulung kami, saya membuat keputusan untuk membawa isteri berpindah ke rumah sewa keluarga yang terletak tidak berapa jauh dari rumah mentua. Rumah berkenaan hanya dihuni oleh seorang kakak saya yang masih belum berkahwin dan masih belajar. Ibu bapa saya menetap di Perak kerana bapa saya bekerja di sana. Rumah sewa ini adalah rumah yang disewa oleh bapa saya sebagai rumah induk keluarga untuk kemudahan setiap kali mereka bercuti di sini selain tempat tinggal untuk kakak saya yang bujang itu.

Tindakan saya mendapat tentangan kuat daripada ibu bapa mentua saya kerana mereka menegaskan bahawa isteri saya masih mempunyai tanggungjawab terhadap orang tuanya, walhal isteri saya mempunyai dua abang yang sudah berkahwin dan seorang adik lelaki yang masih belum berkahwin dan tinggal bersama di rumah mentua saya. 
Bukankah anak lelaki yang lebih bertanggungjawab kepada orang tua walaupun sudah berkahwin?" 
Di atas adalah satu petikan yang aku ambil daripada link berikut: 


Cerita tersebut adalah di antara terlalu banyak cerita yang kita dengar, lihat malah mungkin ada yang mengalaminya sendiri. Kisah rumah tangga dua insan, lelaki dan perempuan. perkahwinan yang diuji pada usia yang terlalu muda. baru setahun jagung. 


bagi sofi, lelaki ini membuat satu langkah yang bijak bila dia mencari seseorang untuk meluahkan rasa terkilan. sekurang-kurangnya, dia dapat mengurangkan tekanan perasaan. dan sekurang-kurangnya, dapat kita fahami betapa dia mengingini sebuah rumahtangga yang harmoni. sungguh, tidak ramai lelaki sepertinya wujud lagi di dunia ini. 

selalunya, lelaki akan mengambil jalan mudah, jalan keluar daripada masalah. pertama, dia akan meletakkan semua kesalahan ke atas bahu si isteri. kedua, dia akan menyalahkan ibubapa si isteri. ketiga, dia akan mencari ketenangan di luar. dan andai ada yang pandai mengambil kesempatan, maka istana cinta yang rapuh itu pasti akan berderai dan berkecai. 

anda tak faham? malas nak ke link tu? internet lambat ek? tak pe. meh sofi ringkaskan cerita. 

lelaki ini baru setahun berkahwin. dia dan isteri tinggal dengan mentuanya. selepas isteri bersalin, dia membawa isteri pindah ke rumah yang disewa kelurganya pula. tapi, isteri manja dengan mentua dan sering mengikut kehendak mereka. lalu  berlaku pertengkaran dan isteri berbahasa kesat sementara suami naik tangan. biasalah.. orang sedang marah, kan? suami cuba menegaskan haknya, isteri mahukan hak ibubapanya. macam-macam, kan?

apa kata sofi?

bagi diri ini, mencari kesalahan, menuding jari, saling mengamuk, takkan menyelesaikan masalah. Ingat, Quran kata apa? Maksud sofi, rujuklah kepada Quran dan hadith. setahu sofi, orang perempuan ni senang benar nak masuk ke dalam syurga. jika sempurna sembahyangnya dan taat dia kepada suaminya, mmm, dia boleh sahaja meminta untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia mahu. (kalau salah, tolong betulkan!) 

ibu ibu dan bapak bapak.....

anak yang sudah berkahwin, lepaskanlah! walau itu anak manjamu, walau itu anak kesayanganmu, izinkan dia memulakan hidup baru. izinkan dia melayari mahligai impian. sebagai orang tua, kita cuma menjadi pemerhati. kalau salah, kita tegur baik-baik. kalau mereka sudah hidup aman damai, jangan ganggu! tumpanglah kebahagiaan mereka. kerana gembira mereka, kita juga bahagia. betul tak?

ingatlah,

sebuah perkahwinan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dua keluarga. menambah bilangan umat muhammad yang mentaati Allah. dan sebuah perkahwinan bukan untuk satu saat, dua minit, tiga jam, empat hari, lima minggu, enam bulan atau tujuh tahun. perkahwinan adalah untuk selama-lama, selagi hayat dikandung badan. 

cheerio,
sofi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.