apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

25.9.10

87. Aku tak pernah promote novel aku

salam......


hari ini hari aku rajin 'blogwalking' dan 'facebooking'.


masa aku membaca dr satu facebook ke satu facebook lain, aku dapati beberapa org kawan maya aku begitu rajin mempromosikan bukuku, TAK MUNGKIN KUHINDAR. 

apa yg harus kulakukan? tentu sahaja, aku ingin sampaikan ucapan terima kasih yg tidak terhingga. 



Sinopsis:

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.



Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.



Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.



Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?


Harapan:


Kpd anda yg belum memiliki novel pertama sofi ini, apa tunggu lagi? 
beli sekarang, okey! beli tissue sekali and get ready to cry... hehe!

bagi yg sudah membaca, (ada yg dah 5 x katam), 
sofi hanya ingin menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan yg padu dan tidak putus-putus anda itu. tidak terluah rasa dihargai. 
iyalah, kan? 


siapakah seorang penulis tanpa pembaca bukunya? 
siapakah seorang penulis tanpa peminatnya?  


teruskan menyokong ana sofiya, ya....


cheerio,
sofi.


..................
p.s: tmkh:       di semenanjung     : RM22.90
                     di sabah.sarawak   : RM25.90

4 ulasan:

  1. huhu...tak sabar nak beli novel ni.

    BalasPadam
  2. salam anajoe...
    beli lerr ya!
    then komen.
    sofi amat mengalu2kan komen anda!

    BalasPadam
  3. x rugi kalau menjadikan novel ini satu koleksi...
    saya pun telah memilikinya...bila dapat tau telah diterbitkan saya tak sabar nak mendapatkannya...kini saya jadikan salah satu daripada koleksi yang harus dibaca apabila balik ke kampung....

    congrates...kak sofi

    BalasPadam
  4. thanx seed169, terharu sofi baca komen anda mm

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.