Follow Us @soratemplates

30.9.10

94.Dalam derita, ada bahagia. Apakah ada bahagia di dalam derita?

September 30, 2010 0 Comments
Setiap kali anda ditimpa musibah, akan ada orang membisikkan kata, "Bersabarlah, wahai teman." 

Lantas, anda menghulurkan sebuah senyuman yang tidak berapa mekar yang menghiasi bibir. Anda pasti membalas, "Cakap memang senang! Tapi, berapa lama harus saya bersabar?" 

Mereka akan menjawab, "Ujian Allah hanya sementara. Allah menguji insan yang disayanginya. Anda insan yang dipilihNya."


Mengapa ada derita bila bahagia tercipta? mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan...?

kenapa?kenapa?kenapa? kerana itulah romantika kehidupan. 
semua di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan: lelaki dengan perempuan mahupun malam dengan siang. 

Di bawah, aku lampirkan tulisan seorang insan bernama samaran ummizaqeera:
"Eh, kenapa nampak makin kurus ni? Sakit ker? Ada masalah besar ker?" 
Aku hanya mampu tersenyum n kadang2 hanya menjawab...."Alhamdulillah, ALLAH bagi peringatan atas ujian ni agar jadi hamba yang lebih bersyukur ... :-)
Ye..benar. Aku sedang sakit, genap sudah 2 minggu aku jatuh sakit...
Tapi,sahabat2, jangalah risau. Bagi aku, apalah sangat kesakitan ni dibandingkan dengan orang lain?masih ada ramai lagi yang sakit n mungkin terlantar tanpa berupaya menggerakkan anggota badan hatta untuk mengangkat pensel.
Kesakitan @ ujian ni hanyalah secebis dari pengalaman kehidupan aku. Sekurang-kurangnya dengan kesakitan ni, aku masih berupaya tuk ke kelas n melakukan aktiviti harian. Insya ALLAH, moga2 kesakitan ni penghapus dosa buat aku hamba yang sering lalai dari mengingati-NYA.

so, derita: kesakitannya, bahagia: kesedaran diri utk lebih mentaati Sang Pencipta.

Bagaimana pula dengan bahagia sesudah derita? bunyinya pun macam hepi ending, kan?
jangan anda tak tahu... itu tajuk sebuah novel yang popular pada tahun 1956. Novel Bahagia 
sesudah derita ditulis oleh seorang bekas guru yang bernama Md. Akhir Leman.

petikan ini dpd utusan online:

Novel Bahagia Sesudah Derita terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah dicetak ulang sebanyak 13 kali sejak tahun 1958. Novel itu termasuk dalam senarai siri novel remaja pilihan abad ke-20 dan dicetak dengan wajah baru oleh DBP. Kulit depan novel itu sudah ditukar lebih tiga kali dan sewaktu saya bersekolah menengah di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Majidi Baru, Johor Bahru tahun 1970-an lagi saya sudah membaca dan mengingati jalan cerita novel itu.

Bahagia Sesudah Derita tergolong sebagai novel terlaris di negara ini. Sebuah lagi novel Melayu yang terlaris era itu ialah Saga karya Abdul Talib Mohd. Hassan terbitan Utusan yang memenangi hadiah pertama Sayembara Novel Gapena 1976 dan dicetak lebih 16 kali.

Md. Akhir mencatatkan sejarah tersendiri kerana novel remajanya dicetak 13 kali sedangkan beliau bukanlah pengarang terkenal seperti A. Samad Said dan Shahnon Ahmad. Namun kelainan Bahagia Sesudah Derita membuktikan pengarang biasa pun boleh mencipta sejarah besar dalam dunia sastera tanah air dan membuktikan novel mereka laris dan mempunyai pembacanya sendiri.

Md. Akhir dilahirkan pada 10 Mei 1932 di Kampung Baru, Air Tawar, Sitiawan, Perak. Beliau bersara sebagai guru pada 10 Mei 1987 dan pernah mengajar di beberapa tempat di negeri Perak termasuk Pulau Pangkor dan Sitiawan. Mengajar Bahasa Melayu dan Sejarah, beliau pernah menjadi guru kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.


Menurutnya, perjuangannya menulis Bahagia Sesudah Derita diusahakannya sesudah dicabar oleh pihak tertentu yang memperkecilkan keupayaan guru Melayu menghasilkan sesebuah karya untuk tatapan anak bangsanya.

Beliau mengambil masa lima bulan menulis novel itu menggunakan mesin taip lama dengan tekun pada setiap hari sehingga pukul dua pagi. Karya itu membawa kemenangan hadiah pertama bernilai RM500 yang pada ketika tahun 1958 mungkin bernilai RM5,000 nilai wang sekarang.

Beliau menggunakan pengalamannya dan kisahnya sendiri berlatarkan kampungnya di Kampung Baru, Sitiawan. Beliau menerapkan unsur motivasi dalam cerita itu dengan percaya atas kesedaran dan cita-cita seseorang itu boleh berjaya jika berusaha. Dalam novel ini juga beliau menerapkan latar tempat di antaranya Ipoh, Kuala Lumpur, Singapura dan England sebagai latar penceritaan.

Novel Bahagia Sesudah Derita menggarap watak Harun dari Kampung Seberang yang kematian bapanya dan hidup dengan ibunya yang miskin. Harun seorang anak nelayan yang berjiwa besar membuktikan dia juga boleh berjaya melanjutkan pelajaran ke England dan menjadi doktor haiwan.

Kekuatan semangat watak Harun mencipta kejayaan itu wajar menjadi contoh teladan kepada generasi kini untuk berjaya. Unsur motivasi yang diterapkan oleh Md. Akhir mungkin resipi dan perisa yang wajar dihayati oleh generasi kini yang mungkin tenggelam dalam kemewahan duniawi berbanding generasi dahulu.


nota kaki: 
                  Wow! Ulang cetak 13 kali tu... hebat! kagum aku dengannya! harap anda juga begitu.

93. Cantik, mempunyai visi dan berjaya

September 30, 2010 0 Comments

Status bukan penghalang

TANGGUNGJAWAB sebagai seorang ibu tidak pernah menghalang seseorang itu untuk meneruskan kerjaya mereka sebagai seorang wanita berkerjaya. 
Melakukan dua perkara dalam satu masa juga adalah satu cabaran buat seseorang wanita apatah lagi jika kerjaya yang dijalani bukan kerjaya biasa. Sebaliknya ia menuntut lebih banyak pengorbanan termasuk masa, dan komitmen yang sukar untuk diberi kompromi. Kerja dan kehidupan peribadi dalam masa yang sama harus berjalan seiring.
Namun perkara itu tidak menimbulkan masalah buat empat ibu popular Malaysia seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Lisdawati dan Wardina Safffiyah Fadlullah. Walaupun bergelar ibu, mereka masih menjalankan karier mereka sebagai seorang selebriti tanpa masalah.
Kebijaksanaan membahagi masa, kecintaan terhadap kerjaya dan tahu bagaimana memilih perkara utama membuatkan Erra, Ziana, Lisdawati atau Lisda dan Wardina yang berkongsi status sebagai duta produk kecantikan pelangsing badan, SlimWorld menguruskan segala hal dengan sempurna.

Umpama seperti supermama, keempat-empat selebriti cantik ini malah semakin ligat di pentas seni walau dalam masa yang sama sibuk mengurus rumah tangga dan anak-anak.

Bagi pelakon Lisdawati, 32 tahun, rezekinya selepas melahirkan anak kedua, Nur Aina Fazheesya yang kini mencecah usia setahun semakin murah. Selain begitu terkenal dengan karakter antagonis sebagai ular emas dalam drama rantaian Ular Emas yang banyak memberi kesan terhadap kerjayanya, dia kini sedang bersedia untuk menjadi salah seorang mentor dalam program realiti terbitan Astro,Mari Menari. Turut terlibat sebagai mentor dalam program tersebut adalah Erra, Zul Huzaimi dan Ferhad.
Mengulas tentang kesan drama tersebut, Lisda yang perlu memberikan tip dan semangat kepada peserta yang menyertai pertandingan itu berkata: "Watak itu sangat berkesan kepada diri saya sehinggakan ada yang memanggil saya ular emas.
"Sepatutnya saya dapat watak lain dalam drama itu, tetapi saya minta untuk membawakan watak Ular Emas kerana saya mahu mencuba satu watak yang lain daripada yang pernah saya bawa sebelum ini. Ternyata ia berhasil."
Selain membuat persediaan untuk menjadi mentor Mari Menari, sejak 27 September lalu, dia telah sibuk di lokasi penggambaran drama Aku Bukan Maryam.
"Drama itu mengisahkan tentang dua orang wanita yang bercinta dengan seorang lelaki yang sama," katanya tentang drama yang bakal menjalani penggambaran di Mekah awal tahun hadapan.
Erra santai
Sedang sibuk dengan pementasan teater Muzikal Tun Mahathir, kata Erra, 36 tahun, dia tidak mahu berasa tertekan hanya kerana diberi kepercayaan memegang watak sebagai isteri kepada Tun Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah.
Ini kerana selain sudah sedaya upaya membuat persediaan rapi, dia mahu khalayak menikmati 'pelayaran' Tun Siti Hasmah dengan sederhana.
"Jujurnya, saya tidak banyak babak dalam pementasan ini. Watak saya hanya bermula pada pertengahan pementasan. Maka saya rasa, tekanan yang mungkin dirasai Zizan dan Esma Daniel yang membawa watak Tun Mahathir tidak begitu saya rasai," katanya.
Eksperimen Ziana


Sudah lama tidak mempunyai album dan lagu baru, ia telah menerbitkan kerinduan yang bukan kepalang kepada ibu anak empat, Ziana Zain. Justeru dia bertekad, tahun hadapan dia wajib keluar dengan album baru. Sementelah katanya, tiga lagu sudah disiapkan, hanya tinggal beberapa lagu sahaja lagi yang perlu dilunaskan.
"Bila buat persembahan, saya terpaksa menyanyikan lagu lama. Sebenarnya, saya teringin menyanyikan lagu baru. Jadi sebab itu saya nak cepat buat album baru untuk peminat saya juga," ujarnya.
Tambahnya, dia bersedia memberi peluang kepada komposer-komposer baru untuk lagu album barunya nanti.
"Saya bersedia untuk menjadi bahan eksperimen dengan menyanyikan lagu-lagu yang dicipta oleh komposer-komposer baru," katanya yang juga bersedia untuk menukar konsep sesuai dengan peralihan tahun.
Wardina sambung belajar
Wardina Saffiyah, 31 tahun, tidak pernah berganjak daripada pendiriannya yang mula memakai tudung sejak hampir 10 tahun lalu. Menjadi antara artis wanita muda yang tidak memperdulikan keadaan dunia seni yang hampir tidak boleh berkompromi dengan imejnya, dia yang pernah ditolak menjadi kulut wajah majalah hanya kerana bertudung kini lega dengan senario dunia seni yang semakin berubah.
Kehadiran banyak muka baru yang semakin sopan dan manis bertudung memberi perspektif positif terhadap dunia seni.
"Jika dahulu mungkin tidak ramai artis bertudung tetapi sekarang sudah ramai. Hanya setiap individu perlu mempunyai identiti tersendiri," katanya.
Bercakap mengenai perkembangan terbarunya selain ligat menulis buku, Wardina memberitahu, dia kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Psikologi di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
"Walaupun sudah ada anak, saya tetap mahu meneruskan pengajian kerana itu penting dan sesuai dengan penulisan saya. Kalau boleh, saya mahu cuba buktikan walaupun menggalas tugas sebagai isteri, ibu dan penulis serentak, dalam masa yang sama, saya juga boleh menuntut ilmu," katanya yang kini turut menjadi duta kepada ubat gigi, Mukmin.
sumber: Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR afifihafiz.nor@kosmo.com.my

saat dibuai cinta

September 30, 2010 0 Comments






APAKAH progres perhubungan cinta anda tahun lalu?


Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan. Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, pastikan pengalaman buruk anda pada masa lampau tidak mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.



menghangatkan asmara

September 30, 2010 0 Comments
Bersama waktu, cinta kian pudar. Dulu, semuanya indah di mata sehingga sidia menjadi pilihan untuk dijadikan isteri / suami. Namun rasa berahi, debaran jantung, keinginan untuk bersama semakin hari semakin lupus. pernahkah anda mengalami rasa 'pudar' ini?
"Kami berdua bekerja keras dan telah membesarkan 3 orang anak. Mereka sudah dewasa. Kami masih dalam keadaan sihat tetapi menjadi letih pada akhir hari/minggu. Macam manakah kami dapat mencari tenaga untuk memastikan percintaan kami sentiasa membara?"
1. Buatlah sesuatu yang berlainan daripada kebiasaan.
hidup tidak boleh terlalu stereotaip. anda perlu sesekali membuat suatu perkara yang lain dari yang lain supaya sidia lebih menghargai anda. mungkin selama ini anda seorang yang tidak pernah walau sekali mengucapkan terima kasih kepada suami / isteri. sukar sungguh melafazkannya. tahukah anda bahawa ucapan terima kasih amat penting untuk meningkatkan moral suami/isteri? hai, takkanlah anda tidak boleh menyebutnya selepas anda menikmati makan malam yang enak, kan? mulakan mengucapkannya daripada sekarang.

2. dalami persefahaman
Satu cara ialah dengan membaca buku bersama-sama dan berbincang tentang idea-idea yang penting dalam hidup anda. Jadi, pada permulaan tahun ini, anda berpakat dan bersetuju untuk membaca, berbincang dan berkomunikasi antara satu sama lain, pada satu atau dua petang dalam seminggu selepas bekerja. Pstikan anda tidak membiarkan hidup dan kekecohan daripada menguasai keutamaan anda.

3.Tentukan apa yang anda memang mahu. 
Kalau anda mahu memastikan kasih sayang sentiasa membara, anda perlu mencari apa yang akan menolong ini berlaku. Berbincang tentang apa yang anda berdua mahu untuk mendapat komunikasi yang berkesan. Anda tidak boleh tuduh-menuduh atau berpihak kepada diri sendiri. 

4. Tumpukan kepada akibat yang positif. 
Anda perlu sentiasa ingat visi anda. Ini adalah supaya anda ada tenaga untuk sentiasa mara ke depan untuk mencapai matlamat anda. percintaan anda mesti sentiasa ada idea yang dapat menyuntik rasa-rasa baru dan istimewa dalam hubungan.

5. Menjadikan misi sesuatu pengalaman yang menyeronokkan dan bukan sesuatu yang anda perlu buat. 
Perkara ini adalah sama dengan kemesraan dan persefahaman. Ia harus memberikan perasaan yang bagus supaya anda boleh mencari aktiviti yang boleh merapatkan anda berdua dan bukan aktiviti yang tidak memberikan apa-apa. Percayalah! Keletihan akan lenyap apabila ada ganjaran.

cinta, kasih dan sayang teragung hanya untuk DIA.

29.9.10

92. Satu dalam sejuta...kau patut dijadikan idola, Norlina

September 29, 2010 4 Comments

Nur Iman tingkat harga diri anak yatim 

Teks dan Gambar RAHANA MD (Mengikuti Umrah tajaan Muhammadiyah Travel & Tours Sdn. Bhd)

UTEH, 10, (bukan sama sebenar) begitu bersemangat mengheret tubuh kurus yang menampakkan tulang selangka setiap kali azan berkumandang dari hotel penginapannya, Safao Taamiz, lebih kurang 150 meter dari Masjidil Haram, Mekah.  

Ditemani saudara lebih tua dari keluarga besar Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV-AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM) dan Pusat Perlindungan PERNIM Bhd., anak kecil yang disahkan positif virus yang membawa maut itu tampak sihat, cergas dan sedaya upaya berusaha melawan penyakit di bawah panas terik mencapai kepanasan lebih 40 darjah celsius. 

Keadaannya itu nyata jauh berbeza sehari sebelum berangkat menunaikan umrah baru-baru ini apabila dia Uteh, tiba-tiba mengadu penat dan merebahkan tubuh lesu menyebabkan suasana di rumah hiba dengan esakan dan tangisan. 

Air mata Yang Dipertua PERNIM, Norlina Alawi, 39, yang digelar mama oleh 50 anak-anaknya mengalir deras dan dia pasrah jika ‘kehilangan’ Uteh kerana anak kecil itu menurut pihak hospital berada di perjalanan terakhir seorang pesakit HIV/AIDS. 

Namun kuasa Allah, semangat yang tidak pernah berhenti ditiupkan Norlina kepada tujuh anak kandung dan 43 anak angkatnya turut meresap dalam sanubari Uteh yang menumpang kasih di rumah perlindungan itu hampir empat tahun lalu. 

Dengan segak memakai jubah dan berkopiah ketika menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Lapangan Terbang Jeddah selama lapan jam, Uteh kekal cergas. 

Begitu juga ketika menaiki bas dari Jedah menuju ke Madinah, perjalanan hampir enam jam menjelang subuh itu dilalui Uteh dengan semangat yang berkobar-kobar dan semakin nampak kubah masjid Nabawi yang memancar cahaya, Uteh semakin ‘sihat’. 

Di sebalik semangat dan kekuatan Uteh tersisip perasaan bangga Norlina yang menjadi tunggak kepada PERNIM sejak ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 2004 yang sentiasa menitip kekuatan di dalam jiwa anak-anak yang kehilangan ayah dan ibu. 

Sukar menggambarkan jiwa penyayang wanita itu. Setiap sudut dan ruang hatinya dipenuhi kasih sayang sehingga tidak berbeza layanan antara anak kandung dan anak angkat. 

‘‘Mereka semua anak saya dunia dan akhirat. Walaupun 43 daripadanya tidak lahir dari rahim sendiri namun mereka anak-anak kurniaan ilahi yang menuntut perhatian lebih daripada hanya seorang penjaga makan dan minum. 

‘‘Anak-anak perlukan kasih sayang, belaian dan perhatian seorang ibu dan ayah yang benar-benar ikhlas untuk membentuk menjadi manusia berguna. Saya tidak berkompromi tentang itu,” katanya. 

Merealisasikan kata-katanya itu, Norlina menjadikan anak-anak PERNIM sebagai anak angkat yang sah mengikut undang-undang. Namun istilah angkat tidak ada dalam kamus hidupnya. 

‘‘Uteh dan anak-anak lain adalah ‘nyawa’ saya yang memerlukan sokongan dan kekuatan mental dan fizikal untuk membesarkan mereka. 

“Justeru, dalam setiap hati penghuni juga begitu, bangga memiliki sebuah keluarga besar dan lengkap dengan kehadiran ibu dan ayah,” ujarnya. 

Namun keikhlasan Norlina sering berbayar dengan tanggapan negatif sesetengah pihak. Malah lebih teruk lagi ada yang sanggup mengembalikan kenangan pahit anak-anak yatim yang melarat dan terbiar sebelum ini merobek hati keibuannya. 

Cerita Norlina, awal tahun ini misalnya, dia mengeluarkan kesemua anak-anaknya yang belajar di sebuah sekolah tahfiz di sekitar Kuala Lumpur gara-gara penganjuran malam amal yang seolah-olah mempersenda mereka. 

‘‘Niat mereka mungkin ikhlas mahu mengumpul tabung untuk sekolah berkenaan. Namun penganjur terlepas pandang perasaan anak-anak yang selama tinggal di PERNIM telah ditingkatkan harga diri dan dididik memelihara maruah diri. 

‘‘Cukup dikesalkan, apabila dalam satu majlis, anak-anak ini diperolok-olok dengan penampilan yang mengundang belas kasihan sambil menyanyikan lagu ‘tolong kami, bantu kami’ dan memegang peti kosong dari satu meja ke meja yang lain,” katanya. 

Hampir semua yang ada di dewan menangis simpati. Namun hati Norlina dan suami, Roslan Zakaria, hancur luluh menyaksikan peristiwa itu. Lebih-lebih lagi apabila seorang anak kecilnya bertanya sambil teresak-esak, katanya: ‘‘Mama pernah bagi tahu, kami tidak perlu mengemis untuk makan, tapi malam ini...,” 

Sejak hari yang dianggap ‘malang’ itu, Norlina ligat memikirkan untuk memartabatkan harga diri anak-anak yang tercalar itu dengan mempelbagaikan program motivasi dan secara tidak sengaja timbul idea membawa anak-anaknya menunaikan umrah di kota suci Mekah. 

‘‘Anak-anak saya datang daripada latar belakang berbeza, ada yang kematian ayah ibu kerana positif HIV/AIDS, dibuang saudara mara kerana malu menyimpan anak bekas penagih dadah, disisih keluarga dan terpaksa mengutip sampah sarap untuk mencari sesuap nasi malah ada yang menyaksikan ibu sendiri mati membunuh diri. 

‘‘Tidak mudah melupakan tragedi hitam yang tertanam dalam fikiran anak-anak ini ditambah pula kurang kasih sayang. Jiwa mereka halus dan sensitif. Mudah tersentuh dan paling dibimbangi tidak memiliki keyakinan diri,” ujarnya. 

Katanya, melalui Program Nur Iman di Tanah Suci diharap membantu meningkatkan motivasi anak-anak yatim itu supaya lebih cemerlang dalam kehidupan. 

‘‘Mereka pernah melalui pelbagai penderitaan, bertukar agama atas kehendak orang yang sanggup membela sedangkan keluarga sendiri tidak mahu menanggung beban dan enggan menanggung risiko kerana anak menghidap AIDS sering menjadi bualan orang sekeliling,” katanya. 

Tambahnya, melalui program seumpama itu, ia membuka minda masyarakat dengan memaparkan perjalanan serta pengalaman kumpulan anak-anak yatim ini ke tanah suci agar memberi keinsafan kepada orang ramai dan mereka juga mempunyai ruang di dunia ini. 

Pemergian Uteh dan 20 jemaah dari PERNIM yang terdiri daripada penghuni PERNIM, orang kurang upaya (OKU), pesakit kanser dan beberapa pengiring untuk menjayakan Program Nur Iman Di Tanah Suci berjaya dilaksanakan baru-baru ini dan ia bakal ditayangkan di kaca televisyen sebelum musim haji akan datang. 

Ini merupakan pemergian ke tanah suci kali kedua bagi anak-anak tersebut. Pada 2009 Norlina membawa anak-anaknya mengikuti ibadah umrah dengan pembiyaan sendiri. Kos sebanyak RM 70,000 dibayar secara ansuran dengan kerjasama sahabatnya dari Harmony Excellent, Hashim Abdullah. 

sumber: 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

91. Sakit dia aje yg dia tahu......

September 29, 2010 2 Comments

kita dah baca byk ttg mereka. 

hati kita sakit. 

kita marah. 

kita geram. 

walau masih disiasat, 

tp berita yg disogokkan oleh dada2 akhbar 

membuat jiwa kita memberontak. 

kita sedih dan kecewa. 

boleh anda bayangkan perasaan keluarga mangsa?

Ironinyerr......
bila dia @ mereka 'disakiti' (kononnyalah)
alamak, terus buat laporan polis! 
mcm2 aduannyerrr. 
cuba baca berita di bawah. 
sofi petik dpd :

Suspek utama dakwa didera mental, fizikal dalam tahanan
PETALING JAYA: Suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain mendakwa dia diseksa mental dan fizikal ketika dalam tahanan reman sejak hari pertama ditahan pada 11 September lalu.

Dalam laporan polis dibuat kira-kira jam 5 petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, peguam suspek, Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam berkata, anak guamnya itu mendakwa didera anggota polis yang mengendalikan soal siasat kes berkenaan dengan pelbagai bentuk penderaan. 

Menurutnya, anak guamannya yang hadir sendiri membuat laporan itu mendakwa dipukul menggunakan getah paip, digari di jeriji lokap dengan tangan melepasi kepala dan belakang badan menyandar di pintu besi berkenaan serta lebih teruk kemaluannya turut dihentak dengan batang kayu memaksa dia mengaku terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik itu.
 

Selain itu, dia mengadu diludah di mata oleh seorang anggota polis yang tiada kaitan langsung dengan kes berkenaan dan selepas itu diarah membuat ketuk ketampi kira-kira 60 kali sebelum dia jatuh pengsan.

Beberapa anggota polis dari Bukit Aman turut bertindak menampar dan menumbuknya ketika soal siasat hingga menyebabkan satu daripada gigi depannya longgar selain bahagian belakang badannya mengalami kesakitan. 

“Anak guam saya juga mengadu diugut polis bahawa isterinya akan ditahan dan menerima ‘layanan’ yang sama jika dia enggan membuat pengakuan seperti apa yang dikehendaki polis,” katanya ketika ditemui selepas menemani anak guamnya membuat laporan.
.....................................



bukan main lagi, kan? 
tahu sakit! ingatkan kebal sangat!!!!
mereka ingat mereka bijak tetapi sebenarnya....

KUASA DAN KEBESARAN ALLAH MENGATASI SEGALA-GALANYA.
wallahua'lam.

90. Dah buang tabiat agaknya?

September 29, 2010 0 Comments
ini kisah yg menarik perhatianku pagi ini. kisah yg berlaku di bandar kelahiranku. kisah lelaki miang dan perempuan tak sedar diri yg aku terbaca di kosmo tadi. anda bacalah..dan tafsirkanlah....

TELUK INTAN - Gara-gara bermalam dengan isteri orang, seorang anggota polis cedera dibelasah penduduk kampung selepas 'dicekup' di dalam sebuah rumah di Batu 3 1/2, Jalan Changkat Jong, dekat sini malam Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, anggota polis itu dikatakan naik angin dan terus memarahi penduduk kampung selepas rumah kekasihnya yang juga ibu kepada 10 anak tersebut diketuk.
Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, pelakuan sumbang anggota polis berusia 50 tahun bersama pasangannya, sejak beberapa tahun lalu itu telah menjadi perhatian banyak pihak.
Katanya, sebaik pintu rumah papan itu dibuka oleh wanita berkenaan selepas diketuk berulang kali, anggota polis terbabit yang hanya memakai kain pelikat terus memarahi orang kampung sebelum berlaku satu pertengkaran.
"Penduduk yang malu dengan apa yang berlaku mempertahankan tindakan mereka mengetuk pintu rumah berkenaan dan selepas itu tercetuslah pergaduhan menyebabkan anggota polis terbabit cedera pada bahagian muka," katanya.
Semasa kejadian, tiga kanak-kanak dipercayai anak kepada wanita tersebut berada dalam rumah tersebut.
..........
dah baca? apa pendpt anda? menyedihkan, kan? nampaknya keruntuhan akhlak bukan sahaja berlaku dalam kalangan remaja namun turut dialami golongan tua. 
dah buang tabiat agaknya!!!
petikan dpd:

28.9.10

89. Ikut hati, mati. Ikut rasa.....binasa. Betul ke?

September 28, 2010 0 Comments
Ini satu lagi kisah di dalam masyarakat kita yg sofi minta / pinjam drpd link berikut : 
terima kasih encik imran yusuf.
...........................
"Sudahkah Kiah dengar kisah penceraian Datin B?"

"Bukankah dia bawa kes ke mahkamah halang Datuk A beristeri lagi?"
"Kalau suami Kiah hendak beristeri lain, Kiah tidakkah heret dia ke mahkamah?"
"Bukan tidak boleh ke mahkamah, Kak Zah. Halang Abang Kamil nikah satu lagi."
"Datin B cerita macam-macam yang buruk-buruk tentang Datuk A."
"Ishh! Kenapa sampai begitu sekali, Kak Zah?"
"Begitulah yang akan terjadi bila ke mahkamah, Kiah. Bila nak buktikan Datuk A tidak layak bernikah lagi, terpaksalah Datin B buka yang 'busuk-busuk' tentang Datuk A."
"Eh, Kak Zah. Kalau saya jadi orang lelaki pun rasa tercabar juga saya."
"Yalah, Kiah. Bila bawa kes ke mahkamah untuk halang suami nikah satu lagi, perasaan suami yang sayang itu jadi marah."
"Betul kata Kak Zah. Dan bila buka 'aib di mahkamah, dari rasa marah timbul pula rasa benci."
"Kiah tahu apa ending bicara di mahkamah Datin B?"
"Apa yang terjadi, Kak Zah?"
"Datin B jatuh pengsan di mahkamah ketika kes itu berlangsung, Kiah."
"Subhanallah! Kenapa Datin yang pengsan? Bukankah dia yang seret Datuk ke mahkamah, Kak Zah?"
"Masakan tidak pengsan, Kiah. Ketika Datin B beri keterangan di mahkamah tu, dia buka semua cerita-cerita buruk tentang suami dia. Agaknya Datuk A sudah marah tahap maksima, dia lafazkan cerai talak tiga ketika itu depan hakim di mahkamah itu juga!"
"????!!!"

..............................
citer ni nampak mcm sempoi, kan. tp ada yg perlu kita ambil tahu. bahawa suami jgn dicabar. jgn bersikap melampau. jgn terburu-buru. 


mmm, mujur baik tak mati datin b tu ....masyaallah!

27.9.10

88. suami, isteri, ibubapa dan mentua. siapa lebih penting?

September 27, 2010 0 Comments
"SAYA seorang lelaki berusia 24 tahun yang baru setahun mendirikan rumah tangga dan sudah dianugerahkan seorang cahaya mata berusia tiga bulan.
Pada awal perkahwinan dulu, saya dan isteri tinggal di rumah mentua bagi mengelakkan isteri daripada berasa kejutan dalam kehidupan kerana perlu berjauhan dengan orang tuanya. Kehidupan saya dan isteri sangat bahagia ketika awal perkahwinan dulu.

Namun, selepas isteri habis berpantang melahirkan anak sulung kami, saya membuat keputusan untuk membawa isteri berpindah ke rumah sewa keluarga yang terletak tidak berapa jauh dari rumah mentua. Rumah berkenaan hanya dihuni oleh seorang kakak saya yang masih belum berkahwin dan masih belajar. Ibu bapa saya menetap di Perak kerana bapa saya bekerja di sana. Rumah sewa ini adalah rumah yang disewa oleh bapa saya sebagai rumah induk keluarga untuk kemudahan setiap kali mereka bercuti di sini selain tempat tinggal untuk kakak saya yang bujang itu.

Tindakan saya mendapat tentangan kuat daripada ibu bapa mentua saya kerana mereka menegaskan bahawa isteri saya masih mempunyai tanggungjawab terhadap orang tuanya, walhal isteri saya mempunyai dua abang yang sudah berkahwin dan seorang adik lelaki yang masih belum berkahwin dan tinggal bersama di rumah mentua saya. 
Bukankah anak lelaki yang lebih bertanggungjawab kepada orang tua walaupun sudah berkahwin?" 
Di atas adalah satu petikan yang aku ambil daripada link berikut: 


Cerita tersebut adalah di antara terlalu banyak cerita yang kita dengar, lihat malah mungkin ada yang mengalaminya sendiri. Kisah rumah tangga dua insan, lelaki dan perempuan. perkahwinan yang diuji pada usia yang terlalu muda. baru setahun jagung. 


bagi sofi, lelaki ini membuat satu langkah yang bijak bila dia mencari seseorang untuk meluahkan rasa terkilan. sekurang-kurangnya, dia dapat mengurangkan tekanan perasaan. dan sekurang-kurangnya, dapat kita fahami betapa dia mengingini sebuah rumahtangga yang harmoni. sungguh, tidak ramai lelaki sepertinya wujud lagi di dunia ini. 

selalunya, lelaki akan mengambil jalan mudah, jalan keluar daripada masalah. pertama, dia akan meletakkan semua kesalahan ke atas bahu si isteri. kedua, dia akan menyalahkan ibubapa si isteri. ketiga, dia akan mencari ketenangan di luar. dan andai ada yang pandai mengambil kesempatan, maka istana cinta yang rapuh itu pasti akan berderai dan berkecai. 

anda tak faham? malas nak ke link tu? internet lambat ek? tak pe. meh sofi ringkaskan cerita. 

lelaki ini baru setahun berkahwin. dia dan isteri tinggal dengan mentuanya. selepas isteri bersalin, dia membawa isteri pindah ke rumah yang disewa kelurganya pula. tapi, isteri manja dengan mentua dan sering mengikut kehendak mereka. lalu  berlaku pertengkaran dan isteri berbahasa kesat sementara suami naik tangan. biasalah.. orang sedang marah, kan? suami cuba menegaskan haknya, isteri mahukan hak ibubapanya. macam-macam, kan?

apa kata sofi?

bagi diri ini, mencari kesalahan, menuding jari, saling mengamuk, takkan menyelesaikan masalah. Ingat, Quran kata apa? Maksud sofi, rujuklah kepada Quran dan hadith. setahu sofi, orang perempuan ni senang benar nak masuk ke dalam syurga. jika sempurna sembahyangnya dan taat dia kepada suaminya, mmm, dia boleh sahaja meminta untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia mahu. (kalau salah, tolong betulkan!) 

ibu ibu dan bapak bapak.....

anak yang sudah berkahwin, lepaskanlah! walau itu anak manjamu, walau itu anak kesayanganmu, izinkan dia memulakan hidup baru. izinkan dia melayari mahligai impian. sebagai orang tua, kita cuma menjadi pemerhati. kalau salah, kita tegur baik-baik. kalau mereka sudah hidup aman damai, jangan ganggu! tumpanglah kebahagiaan mereka. kerana gembira mereka, kita juga bahagia. betul tak?

ingatlah,

sebuah perkahwinan adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dua keluarga. menambah bilangan umat muhammad yang mentaati Allah. dan sebuah perkahwinan bukan untuk satu saat, dua minit, tiga jam, empat hari, lima minggu, enam bulan atau tujuh tahun. perkahwinan adalah untuk selama-lama, selagi hayat dikandung badan. 

cheerio,
sofi.