background img

The New Stuff

TMKH-SK3

Desiran nan lembut bayu senja Selat Melaka membelai pipi gebunya. Rambutnya yang panjang mencecah pinggang, terbuai-buai perlahan. Sesekali, ada jemari kasar yang tolong menyelitkan rambut halus itu di belakang telinganya. Dibiarkan sahaja. Direlakan, walau lama kelamaan tarian jari-jemari tidak lagi hanya di situ malah sudah berani menuruni pipi dan menjalari seluruh ruang lehernya. Bila dia kemudian menggenggam lantas tindakan itu mengunci pergerakan, dirinya dipeluk manja. Dirinya didakap erat-erat. Dakapan yang meluahkan rasa penuh kasih sayang. Dakapan yang penuh kemesraan.

“Are you happy?”

Soalan yang mengundang senyum di rekah bibirnya.

“Kalau I cakap ‘tidak’?” dia menduga, mendongak menatap wajah tampan lelaki yang sudah pun bergelar suami kepada dirinya.

Senyuman di bibir lelaki itu tidak pudar bersama soalan yang dia tanya.

“Susah I nak percaya tu!” jawab lelaki itu bersama kenyitan mata sebaik tubuh ramping itu dipusingkan dan mereka kini saling berhadapan.

Wanita itu menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Kenapa pulak you cakap macam tu? Tak mustahil kan kalau you masih tak mampu buat I happy?” duganya lagi, sengaja ingin menimbulkan kemarahan jejaka yang tidak mahu meleraikan pelukannya ini.

“Sebab....”

Bisikan lelaki itu di telinganya membuat pipi merona merah.


“Jahatlah you ni!” Dada suami ditampar manja.

“Bukan jahatlah, baby. I ni nakal aje. Tu lah! Lain kali tanya lagi soalan macam tu pada lelaki yang baru semalam sah jadi suami you.”

Lelaki itu berjeda seketika. Mengumpul nafas sebelum mengangkat wajah ayu itu untuk menatap dirinya.

“Tengok muka I, Lin. Untuk sekali ini I nak you jelas bahawa I, bukan dia.”

Salina menanti bersama debaran di dalam hati. Menatap wajah suami bersama hati yang tidak keruan.  

“Nama I, Alif Iskandar Razali bukan Muhammad Zaiful Hisyam bin Dato’ Ahmad, ya. Kami, dua lelaki yang berbeza. Memang, di antara kami berdua, dia lebih segala-galanya daripada I. Dia anak orang kaya, I anak orang miskin kat kampung. Dia anak tunggal, I ada 5 orang adik-adik yang manja. Dia businessman yang berjaya, tapi I tak kurang hebat juga. I, pakar bedah yang disegani di Malaysia. Dia handsome, I lagi kacak...I rasalah!” kata Iskandar sambil menyambut tawa yang Salina hamburkan. Dia gembira bila berjaya membuat si isteri ketawa.

“You ni perasanlah!” bisik Salina bila tawanya reda.

Iskandar mengangguk. “Memang perasan, I mengaku. Eh, you nak dengar lagi tak ni?”

Salina berpura-pura bertanya, “Apa?”

Iskandar mencemik. “Perbandingan di antara diri I dengan ex buah hati you tu?” usiknya.

“Nak!” Salina sengaja ingin mendera perasaan Iskandar.

“Well, okey, tadi I dah cakap yang I lebih kacak, kan? Here is the best part. I nilah lelaki yang menyintai you sepenuh hati, bukan dia! I saja yang sanggup membahagiakan you, bukan Hisyam. I saja yang sanggup berenang di lautan api untuk you, bukan dia, Lin! Ingat tu! Bukan dia dan I harap sangat supaya you sudah pun melupakan dia. Melupakan Hisyam buat selama-lamanya dan memberi ruang untuk kita bahagia. Kita berdua. You dengan I! Sahaja!”

Salina memandang wajah Iskandar dengan tenang. Bukan sekali Iskandar mengingatkannya tentang perbezaan di antara diri lelaki itu dengan Hisyam. Sudah berkali-kali. Mungkinkah lelaki ini masih belum meyakini dirinya? Mungkinkah Iskandar masih meragui dirinya? Ataukah dirinya yang masih belum dapat melupakan? Dirinyakah yang masih belum dapat menghindar rasa kasih kepada Hisyam? Walau lelaki ini begitu bersungguh dalam meluah rasa hati?

“You sedang teringatkan dia!” Ada rajuk dalam kata. Dan rajuk itu menyebabkan sentuhan mesra terlerai.

“Is...”

Iskandar beku, sepasang mata memandang jauh ke tengah laut. Rasa hatinya sukar ditebak oleh Salina.

“I kenal dia sejak kecil, Is. Dan, sejak I tahu erti cinta, I tak pernah pandang lelaki lain selain Hisyam. You tahu tak betapa sakit dan terlukanya I bila dia cakap dia anggap I cuma kawan baik aje? It hurt me so! Kalau yang dipilihnya perempuan yang jauh lebih hebat dari I, I boleh faham jugak. Tapi, dia pilih Maria...”

Iskandar membulatkan sepasang mata. “Itulah kesilapan you. You suka sangat pandang rendah pada Maria. Dia..” marahnya.

“Sekarang I dah faham!” Salina memintas. “Kalau tadi, you bandingkan diri you dengan Hisyam, I dah lama bandingkan diri I dengan Maria. I kalah sebab I sombong, I tahu tu! I kalah, sebab I tak pandai ambil hati Hisyam berbanding dia. I kalah, sebab jodoh I bukan Hisyam! Kata Maria, Hisyam berusaha keras memikat dia, dan kerana Allah sudah menetapkan, Maria tak boleh mengelak. I dah cuba macam-macam cara dan I hampir berjaya memilikinya, tapi kerana Allah dah tetapkan dia bukan jodoh I, kami tetap tak jadi kahwin.”

Iskandar memandang Salina dengan riak terpegun. Salina tidak lagi menangis seperti selalu setiap kali nama Hisyam disebut. Salina tenang kini. Air mata tidak menitis seperti sebelum ini. Mengapa?

“Bukan mudah I nak terima you, you pun tentu tahu, kan?”

Soalan Salina dibalas dengan anggukan.

“3 bulan yang cukup buat I tension! Tak pernah I stress macam ni sekali, tau!” balas Iskandar sambil tersengih.

Salina ketawa. Ya, inilah keistimewaan Alif Iskandar. Lelaki ini mudah membuatnya ketawa. Tiap bicaranya, tingkahnya, selalu menghiburkan. Kadang-kadang, dengan hanya memandang pun, Iskandar boleh memecahkan keriangan dalam dirinya. Membuat resah hati berkurangan. Mengubat luka yang disangkakan tiada pengakhiran. Membuat dia, Salina Datuk Yusuf, menemui kebahagiaan.

“I dah cuba lupakan dia, Is. Dan, I nak lupakan dia! Dan, I mesti lupakan dia! Bukan sebab I dah ada you. Bukan sebab kita dah kahwin. Tapi, sebab ini yang terbaik untuk I.”

“Tahu pun!” cepat Iskandar menyampuk.

Salina ketawa lagi. “Tahu! Dan, I rasa, sikit-sikit tu, I dah berjaya dah, Is!” dia memberitahu.

“Hmm..”

Salina sekali lagi menampar-nampar dada si suami untuk menarik perhatian. “Tak kan ‘hmm’ aje?” soalnya manja.

Alif Iskandar mengeratkan pelukan.

“You ni mengada-ada jugak, ek? Tapi, you yang kena terus meluahkan apa yang you rasa pada I. Hari ini I nak jadi pendengar setia Salina. FM, okey! Cepat teruskan! Luahkan isi hati you tu!” dia memerintah.    

Sebaik tawanya reda, Salina menyambung, “3 bulan you cuba pikat I, I tahu perasaan you. Tentu you frust macam I jugak, kan? Sedih bila orang yang kita gila-gilakan, buat tak tahu? Kesian you!”

“Mujur tahu! Kalau tidak?”

“I tak nak berjanji, okey. I takut, I tak mampu bahagiakan you. I takut, I tak mampu jadi isteri idaman you. Secara fizikal, you mungkin bertuah dapat I tapi diri I ni sebenarnya masih rapuh. Masih banyak yang you perlu bimbing untuk jadikan I sempurna di mata you. I rasa bertuah sebab you sudi terima I. Terima kasih, Is. Terima kasih kerana you berjaya membuka mata I yang buta selama ini. Terima kasih kerana you ajar I untuk menghargai diri I ini. Dan I bersyukur pada Tuhan sebab dia datangkan you pada I di saat I tersangat kecewa. Percayalah, I sangat-sangat menghargai diri you, Is. Hari ini, mungkin you cuma dengar I cakap yang I akan cuba menyintai you tapi satu hari nanti, I janji, you akan dengar I lafazkan cinta I pada you. Insya-Allah!”  
  
“Oh sayang, I rasa nak menangis dah ni!” Iskandar berpura-pura menyapu sepasang mata dengan telapak tangannya.

“Is!” Salina menjuihkan bibir tanda geram.

“Jom kita masuk bilik!”

“Is, you ni, kan, asyik ingat....”

“Apa?”

“Itu!”

Alif Iskandar menunjal dahi Salina sambil ketawa kuat.

“You tu yang asyik teringat, bukan I. I ajak you balik bilik sebab sekarang dah pukul 7.30 malam. Maghrib dah nak masuk. Kita patut sembahyang Maghrib dah ni. Sembahyang di awal waktu tu kan afdal, Puan Salina? Kan?”

Semakin kuat Iskandar ketawa melihat wajah putih Salina sekali lagi berjaya dironakan merah olehnya. Dia berwajah selamba. Tangan isteri yang terkesima ditarik, meninggalkan pantai bersih milik persendirian Hotel Paradise yang menjadi destinasi bulan madu mereka. Kini mereka sedang melintasi kolam renang di sebelah kiri, dan dewan makan di sebelah kanan untuk ke Deluxe Paradise Suite, bilik penginapan mereka. Malam ini, Iskandar sudah menyediakan kejutan untuk isterinya. Makan malam berdua, ‘candle-lit dinner’ mereka yang pertama.

Di dalam hati, tiada lagi rasa curiga. Malah, dia tidak pernah merasa dirinya bersaing dengan Hisyam terutama selepas mengetahui kisah sebenar daripada Datin Irene. Sebagai lelaki, dia amat yakin pada kemampuan dirinya untuk menjinakkan Salina. Dia mengharapkan agar Allah memberikan dirinya kekuatan menerima hakikat bahawa Salina masih belum mampu menyintai dirinya. Namun, janji Salina tadi akan dituntutnya suatu hari nanti. Walau dalam masa terdekat, meski jauh jurang waktu yang ditunggu, Iskandar tetap akan menanti detik itu.
.....................................

Di Kajang, di rumah mewah keluarga Dato’ Ahmad, suasana kecoh di pinggir kolam renang. Banyak perkara menjadi topik perbualan sambil Mazlan dan Hisyam berusaha membuka buah durian D24 yang baru dibawa balik.

“Cepatlah, bang! Alah, nak bukak buah durianpun terkial-kial!” Maria sudah bising. Dari tadi dia menunggu Hisyam membukakan durian untuknya. Teringin benar dia makan buah itu walaupun seulas, namun suami bagai tidak tahu mencari pangsa!

“Nak cepat, makan ajelah yang Lan dah bukak tu!” Hisyam mendengus.

“Yalah along ni! Dah tahu orang tu tak pro, dok tunggu dekat situ buat apa? Meh sini! Tengok Lan! Dah 2 biji berjaya dimakan oleh seisi rumah!” Kata Mazlan bangga. Dia tergelak melihat keadaan abang iparnya yang masih berusaha keras bersama parang dan durian sebiji.

Dato’ Ahmad, Datin Syarifah, Mak Jah, Pak Mat, Aisyah turut mentertawakan Hisyam. Mereka geli hati melihat telatahnya yang cuba untuk membahagiakan si isteri.

“Abang...”

“Sabarlah, Lia. Ni, sikit lagi nak terbuka pangsa dia ni! Kejap ya, sayang! Bagi abang cuba....”

Wajah Maria dipandang bila tangannya dipegang oleh jemari si isteri yang sejuk. Segera pandangan dituntas ke wajah Maria. Hati berdetak hebat bila melihat peluh merintik di dahi isteri. Durian entah ke mana terlepasnya. Parang juga tercampak ke tepi. Kerisauan merajai diri.

“Kenapa sayang abang ni?” tanya Hisyam sambil menyambut tangan yang dihulurkan. Yang lain-lain turut memberi perhatian.

Maria menyeringai memerhati semua orang.

“Air ketuban Lia dah pecah, mami. Dan, Lia rasa macam berat sangatlah...macam nak meneran. Macam...”

“Oh no! Oh no, you don’t! Jauh lagi hospital dari rumah kita ni, sayang. Mami macam mana nak buat ni? Ayah?”

Kan sudah? Hisyam kepanikan. Dia bangun. Mundar mandir dia di situ. Tidak tentu arah keadaannya. Maria yang tadi dipegang, ditinggalkan, namun masih mampu mengukir senyum melihat telatah suaminya.

“Laa, boleh senyum pulak lagi tu?” Hisyam kembali di sisi isterinya. Mencium pipi dalam rasa hairan kerana Maria tersenyum ke arahnya.

“Abang Long! Abang Long! Biasalah tu! Proses kelahiran ni memang rumit. Rasa sakit tu tak datang berterusan. Sekarang ni, setiap 20 minit. Nanti bila dah dekat masa baby nak keluar, Kak Long akan sakit setiap 5 minit. Masa tu nanti, lagi kesian. Dah, jom! Kita ke Pantai. Kelengkapan baby dah ada dalam kereta, kan, Kak Long?”

Maria hanya mampu mengangguk kerana kesakitan itu sedang mendatanginya. Dan kerana sakit, tangan suami digenggam kuat-kuat membuat Hisyam tersentak.

Datin Syarifah mendekati menantunya sambil berkata, “Kak Jah, nampaknya tak dan kita nak ke hospital ni. Lia ni dah nak bersalin! Syam, bawak Lia naik ke bilik korang. Lan, Aisyah, sambut anak saudara kamu berdua kat sini ajelah!”

“Pah? Biar betul?” Dato’ Ahmad tajam memandang isterinya.

“Syam, tunggu apa lagi tu? Dukung Lia bawak ke bilik kamu! Sekarang!”

Mendengar suara tegas itu masing-masing mengambil tugas yang diberi. Hisyam merasakan sepasang kakinya longlai namun demi isteri tersayang, dia berjaya juga melangkah ke bilik.

“Abang, sakit!”

“Abang tahu, sayang. Abang tahu! Lia ingat Allah, ya! Please!”

Satu kucupan hinggap di dahi isteri. Air mata bergenang. Sukar ditafsirkan perasaan lelakinya saat ini. Sungguh terseksa melihat isteri bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka. Patutlah syurga berada di bawah tapak kaki ibu, fikirnya. Begitu menderita untuk melahirkan. Berjuang demi suatu nyawa.

Namun, detik indah ini tidak mungkin dilupakan selama dia hidup. Sebaik Aisyah menghulurkan kepadanya bayi perempuan yang comel itu untuk dipotong tali pusatnya, rasa syukur dipanjat ke hadrat Allah. Dibelek-belek jari kaki dan tangan. Lengkap sempurna 20 jari tetapi Hisyam tahu, walaupun tidak sempurna, dia akan pasrah menerima. Kerana itu pemberian Ilahi kepadanya. Kerana itu cantuman benih cintanya dengan Maria. Dia pasti akan memikul tanggungjawab seorang ayah!
...............................
“Lia dah lena, Syam?” soal Dato’ Ahmad, menghampiri anak tunggalnya yang sedang leka di balkoni, mengadap malam yang pekat dan kelam.

“Dah, ayah. Letih benar dia. Lepas Insyirah menyusu tadi, dia dah tidur semula.” Balas Hisyam sambil tersenyum kepada ayahnya. Hari ini, dia benar-benar merasa dewasa. Hari ini, barulah dia memahami perasaan seorang ketua keluarga. Dia sudah ada dua orang anak. Sepanjang hari ini, dia sudah merangka-rangka masa hadapan mereka. Berbagai-bagai perkara sudah difikirkannya. Pelajaran, makan, pakai, duit simpanan, malah perkahwinan anak-anaknya juga sudah melintasi alur otaknya.

“Seronok?”

Hisyam tersengih menjawab, “Seronok, tapi dalam masa yang sama, tanggungjawab Syam dah bertambah, kan, ayah?”

“Tahu pun! Bersyukur selalu pada Tuhan, Syam. Kamu tidak dilahirkan susah untuk membesarkan anak-anak kamu. Kamu ada semua. Di luar sana, banyak orang yang sempit hidupnya tapi masih dapat mendidik anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna. Rancanglah masa depan elok-elok. Adillah mendidik anak-anak. Jangan manjakan yang sorang, abaikan yang satu lagi. Tak elok macam tu. Didik anak-anak dengan lembut tapi tegas. Ingat tu!”  

Pesanan itu melekat di kepala ketika dia menatap seraut wajah Aiman tidak lama kemudian. Jari-jemari halus anaknya yang menginjak ke usia dua tahun itu dikucupi sebelum dia kemudian mengelus lembut dahi dan pipi.

Aiman tidur sendiri di bilik bersebelahan bilik mereka. Maria yang bertegas mahukan begitu. Kalau ikutkan dia, Hisyam mahu mereka berempat tidur bersama-sama di atas katil mereka yang bersaiz king itu. Dia tersenyum sinis, mentertawakan dirinya. Nasib baik, fikirnya. Arghh, Maria! Walau lembut namun tegas! Dia sering tewas!

Insyirah pula diperhati. Anak gadisnya yang baru beberapa jam melihat dunia itu mirip wajahnya. Kata orang, sejuk sebuah perkahwinan bila anak perempuan yang lahir mempunyai rupa paras si ayah. Harapan Hisyam begitulah hendaknya. Dia tidak mahu bertengkar dengan Maria lagi. Dia tidak mahu berpisah lagi. Dan dia yakin, Maria juga seperti dirinya yang mahukan hanya bahagia milik mereka sehingga masing-masing menutup mata.     

Wajah teduh Maria kini dalam tatapan. Sepasang mata merenung redup.

“Sayang, sejak kita kahwin, hari inilah abang rasa paling takut. Abang pernah mengalaminya sekali masa Lia kemalangan dulu, tapi, tadi, bila tengok betapa susahnya Lia hendak melahirkan Insyirah, melihat Lia bersabung nyawa, macam-macam melintas dalam kepala abang ni. Tapi, Alhamdulillah, Allah bagi peluang ketiga untuk abang hidup bersama Lia.” Jemari isteri digenggam, dibawa ke bibir dan dikucupi penuh kasih sayang bersama titisan yang entah bila memecah benteng empangan matanya. Lemahkah dia sebagai lelaki bila dia menangis begini? Ah, peduli apa! Dia memang sedih. Dia memang takut!

“Lia, abang bukan lelaki idaman Lia, kan? Tapi, Lia dah terikat dengan abang, tau! Insya-Allah, sampai mati, abanglah suami Lia, hmm! Abang tak janji sebuah rumah tangga yang aman damai tetapi abang janji untuk berusaha mendamaikannya. Abang tak janji untuk jadi yang sempurna tapi abang akan berusaha demi Lia. Lia tentu dah jemu dengan semua janji dan sumpah abang, kan? Tapi, abang tetap nak bagitahu Lia yang Lia dah menyempurnakan hidup abang. Terima kasih, ya, sayang.”

“Mmm, sama-sama. Tapi, boleh tak Lia nak marah abang sikit? Sikit aje!” Rupa-rupanya Maria sudah terjaga oleh bicaranya.

Hisyam ketawa mendengar permintaan kudus itu.           
     
“Marah pun ada sikit banyak, ke? Tunggu kejap, ya! Abang nak ambik kapas, nak sumbat dalam telinga ni.” Bisiknya, naamun Hisyam tidak bergerak ke mana-mana. Dia setia menunggu mulut Maria menjadi murai memarahinya.

“Lia tak dapat makan durian lagi, tadi.”

Hisyam ketawa besar mendengar suara Maria yang disertai rajuk itu.

“Gelak? Tahu tak, nanti si Insyirah tu meleleh air liur dia sebab kempunan tak dapat makan durian bila dia kat dalam perut mama dia ni. Kesian anak Lia tu! Dapat ayah, nak kopek durian pun tak reti.”

“Isk, tak kan sampai kempunan kut?” Hisyam susah hati dan Maria, tersenyum puas dapat mengenakan suaminya. “Esok, abang tanya mami. Boleh tak Lia makan durian? Mana tahu kut-kut nanti cara tu, tidaklah kempunan anak kita.”

Lama Hisyam mencerakin makna tersirat kata-kata isterinya sebelum dia akhirnya membulatkan sepasang mata.

“Hah, untuk Insyirah konon? Dia yang teringin...”

“Syy....”

Hisyam tidak peduli. Dia terus ketawa besar. “Nantilah abang tanyakan mami. Buah durian tu panas, kan? Tak apa kut kalau Lia makan dalam pantang. Tapi, abang tak janji, okey! Kalau mami cakap tak boleh, jangan merajuk! Janji!”

Maria tersenyum. Hari ini, dia sudah merasa cukup puas. Hari ini, kebahagiaannya lengkap. Ketika Hisyam mengiqamatkan Insyirah tadi, hati wanitanya memanjat kesyukuran kepada Ilahi lagi. Kepuasan di wajah lelaki itu akan diingat sampai bila-bila.

“Tidurlah, sayang. Tak baik berjaga, Lia dah banyak kehilangan darah tadi. Rehatlah!” pinta Hisyam bagaikan Maria anak kecilnya.

“Assalamualaikum, abang.”

“Waalaikumsalam, sayang. Ingat, abang sayang Lia.”

“Tau, Lia pun sayang abang jugak.”
.......................................................

Sebuah cerita dan sebuah kehidupan pasti berterusan. Namun, kumatikan di sini. Cukuplah! Harapanku, anda gembira dengan kesudahan yg kusediakan buat Salina. Aku, sebagai penulis, tidak gemar sebuah cerita ditamatkan oleh pengakhiran yang menyayat. Penulisan bagiku ialah sebuah dongengan. Bukan realiti ciptaan Tuhan. Apa adanya, itulah...kebahagiaan. untuk Salina, lebih-lebih lagi untuk Lia dan Syam. Kita, manusia tidak sempurna namun bagai kata

Tom Cruise dalam “Jerry Mc Guire” ~~ You complete me.

Saling melengkapilah!

cheerio.
sofi. 
    

20 comments: Leave Your Comments

  1. sgt2 touching
    so dh xde smbgan la ek?

    ReplyDelete
  2. salam...

    syukur akhirnya citenya dh berakhir dn sy suka sgt-sgt endingnya. tk byk tlh menunaikan permintaan pembaca-pembaca tmkh dn rasa tersgtlh puas hati. hrp novel lain cptlah updatekn terutamanya Cinta Aku Satu rasanya dh lama tggu n3 baru. Selamat berkarya dan cpt dpt idea mengarang dn kami boleh enjoy lg membacanya.. salutelh Sofi

    ReplyDelete
  3. salam...
    itu aku, dah habis dah...

    hana, suka tak?

    anor, thanx...kegembiraan kita bersama...
    utk cs... tunggu k!

    ReplyDelete
  4. tumpang tanya....novel nie keluaran syarikat mane?..laman web compay tu ape? sy mau p cri ..nnti minta tolong kak ana emailkn kt sy yer daamohdnor@gmail.com

    ReplyDelete
  5. bestlah...so..sweet, teruskn n harap2 pas ni CINTAKU SATU ada n3 yg terbaru, setia mengikuti n menanti

    ReplyDelete
  6. huhuuuu....dah habis ke?
    xpe tapi yang penting happy ending...
    so touching dan ada pengajaran yang akak sofi selitkan bersama....
    memang best...walaupun hanya 3 episod cukup buat mengubati kerinduan terhadap Maria dan Hisyam...

    teruskan perjuangan kak sofi...

    good luck in future

    ReplyDelete
  7. salam,

    rosse-violet, novel ni keluaran fajar pakeer
    boleh pergi ke
    http://fajarpakeer.blogspot.com/

    sofi jwb kat sini aje, boleh..skrg ni jarang bukak mail...jgn marah, ya!
    ...........................
    hani,

    nanti soon, sofi masukkan, k!
    ...................................................
    seed169,

    dah habis dah, thanx mmm, kl rindu lg, ulang baca tmkh hehe

    ReplyDelete
  8. kak sofi...
    memang selalu baca tetapi x cukup utk mengubat kerinduan terhadap hasil karya akak...
    akak lepas ni jangan lupa pula bukukan cerita cintaku satu dan terasing (bila kau bisikan cinta)
    saya akan sentiasa menyokong akak

    ReplyDelete
  9. salam...
    best2... akhirnya semuanya berakhir dengan baik.. semoga rumah tangga maria dan hisyam kekal sehingga ke akhirnya..

    ReplyDelete
  10. best2..kekal bahagia akhirnya..

    ReplyDelete
  11. salam...

    seed169,
    sdg berusaha menyiapkan mss cintaku satu..
    dan thanx atas sokongan

    miznza,
    insyaallah, kak sofi mmg suka hepi ending..

    blueskyz,
    smg sentiasa gembira...

    cheerio.

    ReplyDelete
  12. Superb!! keep up the good work! (:

    ReplyDelete
  13. One word, SUPERB! Keep up the good work! (:

    ReplyDelete
  14. suke sgt2..happy ending....
    tp blh lh kak buat lh smbungn nye..hihihi
    kish salina pon best gak after die married ni...

    ReplyDelete
  15. kak sofi..buat kesinambungan citer antara salina ngan iskandar..ngeh ngeh ngeh... nak nak time iskandar nak ngorat salina tue..ngeh ngeh...

    ReplyDelete
  16. hehe.. ok kak sofi... dah complete... ^_^

    ReplyDelete

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Novel 6: Kupikat Jandaku

Novel 5: Suami Sebelah Rumah

Novel 4 : Tiada Yang Lain

Novel 2 : Cintamu Cintaku Satu

Novel 1 : Tak Mungkin Kuhindar

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-6. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15

Novel-novel dalam Bikinan

Followers

Nuffy