Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

CARA UTK MEMINATI SUBJEK MATEMATIK. salam.. tip kali ini adalah ditujukan khas kpd murid2 yg kurang minat dgn mata pelajaran MATEMATIK. ...

tip 2: di sini kutitipkan.....

By Julai 13, 2010

CARA UTK MEMINATI SUBJEK MATEMATIK.

salam..

tip kali ini adalah ditujukan khas kpd murid2 yg kurang minat dgn mata pelajaran MATEMATIK. kat luar sana bukan sikit yg sakit mata dan hati bila tgk perkataan ni. apalagi kl nampak istilah MATEMATIK TAMBAHAN. whoa..... rasa macam nak lari jauh2 aje....

di bwh ada beb klu... cubalah praktikkan:-

1. kalau nak pandai MATEMATIK, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan MATEMATIK. Kita macam berlakon sikit yang kita suka MATEMATIK. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci.  
2. MATEMATIK adalah latihan dan latihan adalah MATEMATIK. bermaksud, MATEMATIK adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Semakin banyak latihan yg anda buat, anda jadi semakin cekap. Mana tahu, nanti ramai kawan sekelas akan tanya pada anda tentang cara menjawab soalan matematik. wahhh...glamour nanti!!!
3. MATEMATIK adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, :) maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
 4. anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
 5. anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek MATEMATIK. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini.
So, itulah 5 tips utk anda, murid2..... x kiralah di mana anda sdg belajar ketika ini, sek rendah, sek men, matrik, universiti, kolej... jadikanlah tip2 di atas sebagai panduan.
thanx kpd tuan punya blog http://ismartstudy.wordpress.com/
atas perkongsian itu.

cheerio.

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.