apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.7.10

tip 1: sayangi diri anda

salam...
hari ini aku nak tambah label utk blog luahan ni. nak dipelbagaikan. ewah!
ada banyak perkara menarik boleh terjadi dlm hidup kita, kan? so x de masalah kl kita kongsi, okey!

sbg cikgu, aku dah mengajar lama dah! tp, aku x pernah kisah ttg gaji, kenaikan pangkat malah x pernah ada rasa cemburu tgk org lain naik pangkat. dr dulu, aku ke sekolah, niatku utk mengajar, dan balik. kl aku rasa x sihat, aku ambik cuti. sifat introvert (kurang bergaul) menyebabkan aku x punya ramai kawan. tambah2 pula, ms muda2 dulu asyik berpindah randah ikut suami yg kerja askar. mmg...siapa nak naikkan pngkat awak kl x duduk setempat? siapa nak naikkan pangkat awak kl awak selalu mc?

so, kpd cg2 muda, ingatlah...kl cita2 awak tinggi melangit dlm profesyen cg ni, jagalah... jgn mc selalu..yeah!

hanya bila aku balik ke kg halamanku di perak ni, baru aku celik bijik mata. tp, iyalah, nak sambung ambik ijazah pun, umur dah senja, baik bg kat anak2. apa yg aku tersedar ialah aku kurang berjasa kpd diriku sendiri. huhu!

so? apa tip yg aku berikan di sini?

mudah aje...sayangi diri anda!

cheerio.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.