79. kenapa novel online?

salam.......

sila klik kat sini:     http://www.mphonline.com/books/bestseller.aspx

apa yg anda lihat?

ya, itulah senarai novel bestseller terjual di mph utk minggu berakhir 11 Julai, 2010. senarai top - 20. buku aku ada tak? hehe... x de, tak pernah masuk senarai tu. sob3x...

takpe! x de rezeki lagi!!!!

aku cuma nak berkongsi ttg peranan novel online. knp? sbb, sebenarnya dlm senarai top - 20 tu, 7 dpd novel2 terlaris itu pernah tersiar di penulisan2u dan di blog2 penulisnya sendiri. ad dan iz, misalnya, sangat popular di p2u, ramai pengikutnya, ramai yg memberi komen dan bila masuk pasaran sahaja...meletup! terus ke nombor 1, dua minggu berturut2 dah! hebat!!!

yg paling aku kagum ialah hasil tulisan hanni ramsul. buku pertamanya memang meletup. boleh dikatakan novel Biarlah YM Berbicara sentiasa ada dlm senarai itu. Pergilah Air Mata? tak usah cakaplah...memang ada aje kat situ! maknanya, peminat novel akan sentiasa mencari dan membeli buku2 ini.

novel yg ditulis perlukan promosi untuk dijual. salah satu wadah penting di zaman moden ini tentu sahaja internet. internet memain peranan untuk 'menjual'. antara 'promoter' untuk penjualan novel di internet ialah laman ini. http://www.penulisan2u.my/

novelku TMKH mendapat tempat di hati pembaca di p2u sekitar bulan september tahun lalu. mereka memberi komen untuk membakar semangatku, dalam masa yg sama pemilik p2u mintak manuskrip dan hantar kpd fajar pakeer. dan alhamdulillah, sampai hari ini, muz masih mempromosi bukuku ini di p2u, di kelab peminat novel, dan tentunya di facebook. sokongan moral yg diberi mmg mengagumkan aku. dan alhamdulillah, TMKH masih ada yg mencari-cari di kedai-kedai buku. hehe... thanx to muzri and azam too.

mungkin ada yg cakap....alah, tu 7 aje novel online, yg lain2 tu x pun! owhh... aku x nak bertengkar. korang mmg betul tp...ntah2 penulis2 tu ada blog msg2 gak cuma x hantar ke p2u aje! dan lg, byk nama kat situ adalah nama penulis2 tersohor yg dah mmg ada nama, kan? contohnya ramlee awang murshid. so mmglah...karyanya tentu dinanti2kan...x baca online pun okey...

skrg ni byk novel di p2u yg nak diterbitkan. antara yg aku nanti2kan sangat ialah novel temanku dr fajar pakeer, Adah Hamidah. Cinta dari Istananya memang bakal meletup! Cayalah Adah!

tulisan2 Dr Rock dan Dyaadila juga mmg menarik. masa tgk tajuk, cinta cap buruh...hatiku tergelak tp bila mengikutinya di p2u...awww..minat gila dgn ejai..kihkihkih...jgn jeles ya, dr rock! mazliana dlm doktor cinta mmg cool! kagum ngan adila yg boleh buat aku gelak ngan telatah maz tu!

aku sendiri masih bersemangat utk menghantar novel2 ku cintaku satu dan terasing ke p2u. mmg ada yg mengikutnya di sana. di blog luahan ini, aku mmg ada teman2 setia. epy elina, miznza, aqilah, antara nama2 mereka yg sentiasa memberi komen dan perangsang (yg aku x tulis, jgn majuk pulak!) sayang semua!

kalau publisher mcm fajar pakeer ada blog mcm p2u, kan bagus? oopps, mmg fp ada blog sekarang ni tp just utk ucap slmt hari lahir n tunjuk buku baru.... jgn marahhhh...ek!

maksudku begini....kllah ada seorg dua yg dpt fp pertanggungjwbkan utk promote beberapa bab  bg buku2 yg akan msk pasaran, ini tentu dpt menarik minat pembeli. atau...pilih satu dua bab ter 'best' dlm buku dan publish utk dibaca di blog itu...mana tahu kut2 nnt penjualan meningkat! fuh...kl ada yg marah, ke...geram ke, dgn apa yg aku tulis ni, aku mintak maf byk2. bukan niatku utk buat anda marah! hanya sekadar meluahkan rasa...

dah pjg lebar aku menulis nih. oklah....happy reading!

cheerio.
    

Ulasan

  1. salam..saya hani dr Brunei, hani sngt suka gan citer TMKH,best lah...skrg hani mengikuti citer CINTAKU SATU & TERASING, kira2nya bila kedua novel sofi nie dibukukan? anyway teruskan & hani sntiasa mnyokong,
    bwt..bku ADAH cinta dr istana bila dterbitkan???

    BalasPadam
  2. wslm hani, jauh dtgnya, trimas.

    dua2 novel sdg disiapkan...harap bersabar. ttg cdi, insyaallah nnt akan pasti diwar2kan oleh penulisnya.

    teruskan membaca ya..jgn jemu!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen