apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.7.10

76. c.i.n.t.a

cinta.... 
manis bagaikan madu, ingin dikecapi, ingin dinikmati! 
lumrah alam.....lelaki dan perempuan mengalami, menikmati perasaan ini. 
walau hanya sekali! malah ada yg berkali-kali! 

dulu, percintaan hanya selepas kahwin kerana rumahtangga dibina pd usia yg terlalu muda. 
kini, konon cinta perlu sebelum kahwin utk mengenal hati dan budi. 
kini, cinta selepas kahwin? tak mainlah!
pilihanmu? terserah.... 
namun, hayatilah apa yg tercatat di bawah ini, mungkin terkena batang hidung  sendiri;-
 
Kepada yang masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, 
Ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
Tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
Apabila kau berikan cinta
Kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", 
Tetapi menemukan seseorang
Yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
Bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
Bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
Bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
Bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah
Membuat seseorang jatuh cinta,
Sedangkan kau tidak berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... luka… hancur.. patah hati...
Bertahan selama kau menginginkannya
Dan akan menghiris luka 
Sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
Tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
Sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! 
Tetapi, jangan sampai terjerumus.

Biar selamba tapi stabil. 
Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami 
Tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2.
Bersedialah untuk terluka dan menderita, 
Tetapi jangan simpan semua rasa sakit
Jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
Berbahagia dgn org lain,
Tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
Bahawa orang yang kau cintai ternyata
Tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda
Putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
Memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
Mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah
Bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
Dia bukanlah jodohmu dan kau telah
Mensia-siakan masa bertahun-tahun
Untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan..

petikan drpd blog:http://resepirahsiaku.blogspot.com

thanx, tuan kapten! hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.