Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

salam semua. sihat ke di pagi sabtu ni? kl sihat, alhamdulillah, kl tidak, pi cepat2 bg sihat, okey... anda kenal tak lelaki kat bawah ni?...

74. good bye...

By Julai 03, 2010

salam semua. sihat ke di pagi sabtu ni? kl sihat, alhamdulillah, kl tidak, pi cepat2 bg sihat, okey...

anda kenal tak lelaki kat bawah ni? kl anda peminat drama dan lagu2 korea, tentu saja anda kenal si Park Yong Ha ni... tp kalau sofi cakap dia ni hero kedua winter sonata, tentu sangat2 ramai yg terlebih kenal, betul tak?


Ha' ah, dialah Sang Hyuk, adik satu bapa dengan Jun Sang, lakonan Bae Yong Jun, lelaki yang juga menyintai si heroin lakonan Choi Ji Woo tu.

muda lagi dia ni. umurnya baru 33 tahun, masih terlalu muda.. kan? malangnya, dia dah tak ada kat dunia ni. dia dah bunuh diri dia pada 30.6.2010 yang lepas.



kalau nak dirujuk kpd akal waras, tentu kita tertanya-tanya mengapa seorg lelaki muda yg hebat begini membuat keputusan drastik yg sebegitu. kata 'paper', dia ni terlalu stress, bisnes lingkup, ayah pulak sakit kanser, hutang keliling pinggang.... so jln mudah, x payah fikir pjg2, bye2 dunia.

kesian kat mak bapak dia, kat buah2 hati dia jugak pada fans dia yg cukup ramai di korea, jepun dan malaysia tentunya. aku suka lakonan dia yg bersahaja dan suka juga suara dia, sedap! oh ya, dia ni penyanyi gak. kl x silap, ost utk drama, 'on air'...dialah yg nyanyikan!

fenomena bunuh diri ni hendaknya jgnlah dibudayakan. jgnlah ada org, x kira muda ke, tua ke, yg nak mengikut jejak langkah yg boleh aku isytiharkan bodoh nih! mungkin bg yg mati, x ada kerisauan dah, habis tu dah dia x ada, kan? tp, bgmana dgn yg dah ditinggalkan? emak, bapak, adik, kakak, abang...x kesian ke pd diaorg nih? yg sgt2 menyayangi?

belajarlah menjadi org yg tabah! belajarlah menjadi org yg cekal!

ya, Allah menguji! tetapi setiap ujian itu sudah Dia tahu bahawa kita mampu menghadapi.

mungkin ada yg kata, alah...diaorg tu bukannya org islam, mmg le senang2 aje nak bunuh diri! ewah..jgn ingat macam tu. tidak ada agama di atas muka bumi ni yg merestui istilah bunuh diri. tak ada!

kekecewaan hanya sementara. kesedihan pun x akan lama. kedukaan juga untuk seketika cuma. nnt akan dtg bahagia. nnt akan muncul kegembiraan...cuma.. bersabarlah! bertenanglah! bertahanlah!

smg kita dijauhkan dari kesesatan yg nyata...

You Might Also Like

5 comments

  1. sokong 200% kak sofi..syg pd bakat yg ada.. semoga Allah melindungi kt semua dr disesatkn syaitan laknatullah..

    BalasPadam
  2. dah la ensem huhuhu sayang yer..

    BalasPadam
  3. salam nozi, aidanna..mmg sayang, kan! tp dah janji dia mati cara camtu... kesian ajelah...dan smg kita di bawah rahmatNya.

    BalasPadam
  4. InshaAllah mudahan kita mati dalam keadaan seorang Islam

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.