Follow Us @soratemplates

25.7.10

82. yg membawa anda kpdku

Julai 25, 2010 0 Comments




sesiapa yg berblog pasti hendak tahu siapakah yg sering dtg jenguk blog dia. aku pun camtu gak! nak tahu siapa yg dtg, kl dia ada blog, aku cuba follow dia (kl ada yg aku x follow lg, bgtau..jgn malu!). 

aku jugak nak tahu siapakah yg mempromosi blog aku. iyalah, kan...buat mereka yg link ke luahan tentulah aku nak ucapkan terima kasih daun keladi, andalah yg tolong promosi blog nih! thanx again!

di bawah, antara url popular yg menarik anda ke luahan. lihat   ----->



kawan2, kat bawah ni pulak, referring site yg bawak anda ke luahan. lihat -------->



utk pengetahuan anda semua, the first 3, top 3 tu adalah url dan sites milik zatie, dr love dan fisha. thanx to them, ramai yg ke luahan ni dtg dr sana. i appreciate you three, girls...thanx again, again, again..hehe...muahh! yg lain2 tu, pun...I love u all, k!

cheerio.

20.7.10

81. kerana aku cikgu

Julai 20, 2010 0 Comments
salam....

semalam, aku berbuat sst atas rasa tanggungjawab seorang guru. hehe.. bukanlah hebat sangatpun! cuma memasukkan satu link bagi topik elektronik Fizik t5 ke facebook. just to share sebenarnya. tp bila aku bukak facebook di sebelah malamnya, rasa terharu betul jadinya aku. sebab apa? sbb, ramai murid yg selama ini mcm x kisah aje kat kelas mintak add jd kwn diaorg! dah tu, ramai jugak yg ucap terima kasih. whoa...terharu lagi cikgu nih!

terima ksih anak muridku! lepas ni, belajar fizik rajin2 k! cg akan cuba masukkan lagi yg penting2 utk jadi panduan nanti.
cheerio.

18.7.10

80.untukmu

Julai 18, 2010 0 Comments

salam,

Waktu cik Blueskyz beritahu tak dapat nak baca cerpen, aku susah hati. itu baru satu! mungkin ada yg lain jugak menghadapi masalah sama. teringat dulu, sally cakap menerusi zatie yg dia x boleh masuk blog. risau jugak dalam hatiku.

So, demi anda, aku letakkan semula semua link di bawah gambar-gambar novel nukilanku. tak perlulah pergi ke page dia lagi, anda boleh tekan terus di situ sahaja, bukak dan baca. lebih mudah dan mesra pembaca rasanya caraku ini, hehe...

jika anda mempunyai sebarang masalah, atau kemusykilan, luahkanlah di shoutbox, okey. insyaallah sofi akan cepat-cepat ambil tindakan. kita sama-sama saling menjaga hati.. mmmm

sampai sini dulu.
cheerio.

16.7.10

79. kenapa novel online?

Julai 16, 2010 2 Comments
salam.......

sila klik kat sini:     http://www.mphonline.com/books/bestseller.aspx

apa yg anda lihat?

ya, itulah senarai novel bestseller terjual di mph utk minggu berakhir 11 Julai, 2010. senarai top - 20. buku aku ada tak? hehe... x de, tak pernah masuk senarai tu. sob3x...

takpe! x de rezeki lagi!!!!

aku cuma nak berkongsi ttg peranan novel online. knp? sbb, sebenarnya dlm senarai top - 20 tu, 7 dpd novel2 terlaris itu pernah tersiar di penulisan2u dan di blog2 penulisnya sendiri. ad dan iz, misalnya, sangat popular di p2u, ramai pengikutnya, ramai yg memberi komen dan bila masuk pasaran sahaja...meletup! terus ke nombor 1, dua minggu berturut2 dah! hebat!!!

yg paling aku kagum ialah hasil tulisan hanni ramsul. buku pertamanya memang meletup. boleh dikatakan novel Biarlah YM Berbicara sentiasa ada dlm senarai itu. Pergilah Air Mata? tak usah cakaplah...memang ada aje kat situ! maknanya, peminat novel akan sentiasa mencari dan membeli buku2 ini.

novel yg ditulis perlukan promosi untuk dijual. salah satu wadah penting di zaman moden ini tentu sahaja internet. internet memain peranan untuk 'menjual'. antara 'promoter' untuk penjualan novel di internet ialah laman ini. http://www.penulisan2u.my/

novelku TMKH mendapat tempat di hati pembaca di p2u sekitar bulan september tahun lalu. mereka memberi komen untuk membakar semangatku, dalam masa yg sama pemilik p2u mintak manuskrip dan hantar kpd fajar pakeer. dan alhamdulillah, sampai hari ini, muz masih mempromosi bukuku ini di p2u, di kelab peminat novel, dan tentunya di facebook. sokongan moral yg diberi mmg mengagumkan aku. dan alhamdulillah, TMKH masih ada yg mencari-cari di kedai-kedai buku. hehe... thanx to muzri and azam too.

mungkin ada yg cakap....alah, tu 7 aje novel online, yg lain2 tu x pun! owhh... aku x nak bertengkar. korang mmg betul tp...ntah2 penulis2 tu ada blog msg2 gak cuma x hantar ke p2u aje! dan lg, byk nama kat situ adalah nama penulis2 tersohor yg dah mmg ada nama, kan? contohnya ramlee awang murshid. so mmglah...karyanya tentu dinanti2kan...x baca online pun okey...

skrg ni byk novel di p2u yg nak diterbitkan. antara yg aku nanti2kan sangat ialah novel temanku dr fajar pakeer, Adah Hamidah. Cinta dari Istananya memang bakal meletup! Cayalah Adah!

tulisan2 Dr Rock dan Dyaadila juga mmg menarik. masa tgk tajuk, cinta cap buruh...hatiku tergelak tp bila mengikutinya di p2u...awww..minat gila dgn ejai..kihkihkih...jgn jeles ya, dr rock! mazliana dlm doktor cinta mmg cool! kagum ngan adila yg boleh buat aku gelak ngan telatah maz tu!

aku sendiri masih bersemangat utk menghantar novel2 ku cintaku satu dan terasing ke p2u. mmg ada yg mengikutnya di sana. di blog luahan ini, aku mmg ada teman2 setia. epy elina, miznza, aqilah, antara nama2 mereka yg sentiasa memberi komen dan perangsang (yg aku x tulis, jgn majuk pulak!) sayang semua!

kalau publisher mcm fajar pakeer ada blog mcm p2u, kan bagus? oopps, mmg fp ada blog sekarang ni tp just utk ucap slmt hari lahir n tunjuk buku baru.... jgn marahhhh...ek!

maksudku begini....kllah ada seorg dua yg dpt fp pertanggungjwbkan utk promote beberapa bab  bg buku2 yg akan msk pasaran, ini tentu dpt menarik minat pembeli. atau...pilih satu dua bab ter 'best' dlm buku dan publish utk dibaca di blog itu...mana tahu kut2 nnt penjualan meningkat! fuh...kl ada yg marah, ke...geram ke, dgn apa yg aku tulis ni, aku mintak maf byk2. bukan niatku utk buat anda marah! hanya sekadar meluahkan rasa...

dah pjg lebar aku menulis nih. oklah....happy reading!

cheerio.
    

14.7.10

78. kenangan

Julai 14, 2010 0 Comments
salam..

dalam diam, dah setahun umur blog luahan ni. td ntah mcm mana, teringin nk tgk pos pertama. tu dia... 


sebak rasa.... knp?

sbb dlm tempoh setahun, ia dah jadi sebuah novel...

ya, pd tanggal 13/7/2009 Tak Mampu Kuhindari mula menjadi enovel di blog ini dan dlm masa sama, aku pos ke p2u....tak sangka kini TMKH sudah menjadi novel bercetak pertamaku. Walau tajuk berubah, isinya tetap sama...my baby..Tak Mungkin Kuhindari.

mcm2 berlaku dan berlalu dlm tempoh satu tahun, kan....

smg dpt dijadikan panduan dan pedoman.

aku masih ingin menjadi penulis, meluahkan apa yg kurasa, luahan hati yg lara, luahan hati yg bahagia...luahan rasa. 

agar kau mengerti
agar kau memahami
aku...

ditulis pd jam 9.36 pm 13.7.2010 tp it will be scheduled later.  

13.7.10

77. kecelaruan

Julai 13, 2010 0 Comments
salam...

apakah yg sudah terjadi? di mana iman? dimana islam diletakkan? di mana nafsu? di mana kasihan belas?

sakit hati bila membaca artikel ini...

http://www.hmetro.com.my/articles/Anakdirasuknafsuiblis/Article/

sedih sungguh! kesian! bukan sekadar kpd si mangsa, tetapi juga kpd pemangsa. knp? krn membiarkan iblis menguasai diri sedangkan Allah sudah memberi akal fikiran untuk menimbang baik buruk tindakan!

kesimpulan...

kembalilah...

tip 2: di sini kutitipkan.....

Julai 13, 2010 0 Comments
CARA UTK MEMINATI SUBJEK MATEMATIK.

salam..

tip kali ini adalah ditujukan khas kpd murid2 yg kurang minat dgn mata pelajaran MATEMATIK. kat luar sana bukan sikit yg sakit mata dan hati bila tgk perkataan ni. apalagi kl nampak istilah MATEMATIK TAMBAHAN. whoa..... rasa macam nak lari jauh2 aje....

di bwh ada beb klu... cubalah praktikkan:-
1. kalau nak pandai MATEMATIK, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan MATEMATIK. Kita macam berlakon sikit yang kita suka MATEMATIK. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci.  
2. MATEMATIK adalah latihan dan latihan adalah MATEMATIK. bermaksud, MATEMATIK adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Semakin banyak latihan yg anda buat, anda jadi semakin cekap. Mana tahu, nanti ramai kawan sekelas akan tanya pada anda tentang cara menjawab soalan matematik. wahhh...glamour nanti!!!
3. MATEMATIK adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, :) maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
 4. anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
 5. anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek MATEMATIK. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini.
So, itulah 5 tips utk anda, murid2..... x kiralah di mana anda sdg belajar ketika ini, sek rendah, sek men, matrik, universiti, kolej... jadikanlah tip2 di atas sebagai panduan.
thanx kpd tuan punya blog http://ismartstudy.wordpress.com/
atas perkongsian itu.

cheerio.

tip 1: sayangi diri anda

Julai 13, 2010 0 Comments
salam...
hari ini aku nak tambah label utk blog luahan ni. nak dipelbagaikan. ewah!
ada banyak perkara menarik boleh terjadi dlm hidup kita, kan? so x de masalah kl kita kongsi, okey!

sbg cikgu, aku dah mengajar lama dah! tp, aku x pernah kisah ttg gaji, kenaikan pangkat malah x pernah ada rasa cemburu tgk org lain naik pangkat. dr dulu, aku ke sekolah, niatku utk mengajar, dan balik. kl aku rasa x sihat, aku ambik cuti. sifat introvert (kurang bergaul) menyebabkan aku x punya ramai kawan. tambah2 pula, ms muda2 dulu asyik berpindah randah ikut suami yg kerja askar. mmg...siapa nak naikkan pngkat awak kl x duduk setempat? siapa nak naikkan pangkat awak kl awak selalu mc?

so, kpd cg2 muda, ingatlah...kl cita2 awak tinggi melangit dlm profesyen cg ni, jagalah... jgn mc selalu..yeah!

hanya bila aku balik ke kg halamanku di perak ni, baru aku celik bijik mata. tp, iyalah, nak sambung ambik ijazah pun, umur dah senja, baik bg kat anak2. apa yg aku tersedar ialah aku kurang berjasa kpd diriku sendiri. huhu!

so? apa tip yg aku berikan di sini?

mudah aje...sayangi diri anda!

cheerio.

12.7.10

76. c.i.n.t.a

Julai 12, 2010 0 Comments
cinta.... 
manis bagaikan madu, ingin dikecapi, ingin dinikmati! 
lumrah alam.....lelaki dan perempuan mengalami, menikmati perasaan ini. 
walau hanya sekali! malah ada yg berkali-kali! 

dulu, percintaan hanya selepas kahwin kerana rumahtangga dibina pd usia yg terlalu muda. 
kini, konon cinta perlu sebelum kahwin utk mengenal hati dan budi. 
kini, cinta selepas kahwin? tak mainlah!
pilihanmu? terserah.... 
namun, hayatilah apa yg tercatat di bawah ini, mungkin terkena batang hidung  sendiri;-
 
Kepada yang masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, 
Ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
Tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
Apabila kau berikan cinta
Kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", 
Tetapi menemukan seseorang
Yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
Bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
Bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
Bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
Bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah
Membuat seseorang jatuh cinta,
Sedangkan kau tidak berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... luka… hancur.. patah hati...
Bertahan selama kau menginginkannya
Dan akan menghiris luka 
Sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
Tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
Sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! 
Tetapi, jangan sampai terjerumus.

Biar selamba tapi stabil. 
Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami 
Tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2.
Bersedialah untuk terluka dan menderita, 
Tetapi jangan simpan semua rasa sakit
Jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
Berbahagia dgn org lain,
Tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
Bahawa orang yang kau cintai ternyata
Tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda
Putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
Memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
Mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah
Bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
Dia bukanlah jodohmu dan kau telah
Mensia-siakan masa bertahun-tahun
Untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan..

petikan drpd blog:http://resepirahsiaku.blogspot.com

thanx, tuan kapten! hehe...

8.7.10

75. mewarnai pagiku

Julai 08, 2010 2 Comments
hajat hati ingin memasukkan sambungan cerita-ceritaku tetapi, tiba2 ada masalah ngan widget pulak. terpaksa tutup. repair. dkt 3 jam membetulkan, sudah2nya ubah template lg..hehe!! puas hati! tp sekejap ajelah jwbnya. nnt kl aku tukar template lg, jgn marah dan risau ya, kengkawan..perkara biasa aje tu!

so x de n3 baru, hanya sekadar membisikkan...

hidup bukan untuk menangis
bukan juga untuk ketawa,
bukan untuk makan juga
bukan untuk membuang masa
bukan untuk bercakap yg sia-sia

ada yg berbisik kepadaku
'novelmu bisa mengasyikkan dan melalaikan'

tersentak....
terhenyak...
terpana...

bukan tujuanku, ya... teman
bukan! bukan!

hanya sekadar coretan
utk tatapan dan...
jika dpt menjadi perkongsian
dlm menyelesaikan
permasalahan..
tidak yg lain!!!

andai ada yg membenci,
maaflah,
andai ada yg tidak suka,
tidak mengapa..
begitulah hidup, kan?

wassalam.

3.7.10

74. good bye...

Julai 03, 2010 5 Comments
salam semua. sihat ke di pagi sabtu ni? kl sihat, alhamdulillah, kl tidak, pi cepat2 bg sihat, okey...

anda kenal tak lelaki kat bawah ni? kl anda peminat drama dan lagu2 korea, tentu saja anda kenal si Park Yong Ha ni... tp kalau sofi cakap dia ni hero kedua winter sonata, tentu sangat2 ramai yg terlebih kenal, betul tak?


Ha' ah, dialah Sang Hyuk, adik satu bapa dengan Jun Sang, lakonan Bae Yong Jun, lelaki yang juga menyintai si heroin lakonan Choi Ji Woo tu.

muda lagi dia ni. umurnya baru 33 tahun, masih terlalu muda.. kan? malangnya, dia dah tak ada kat dunia ni. dia dah bunuh diri dia pada 30.6.2010 yang lepas.