Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

30 June 2010

TAK MUNGKIN KUHINDAR - sebuah kesudahan (1)

Hisyam memarkir keretanya dengan berhati-hati. Di hadapan restoran yang bernama O-Shima, yang terletak di Seksyen 26/9 Shah Alam itu, dia menghembus nafas perlahan-lahan. Hatinya sedikit berdebar. Rasa ingin sahaja dia berpatah balik, tetapi dia sudah berjanji. Tidak mungkin dia memungkiri janjinya itu.

Langkah diatur penuh gaya meninggalkan medan letak kereta. Ketika dia mampir, pintu restoran dibukakan untuknya oleh seorang gadis manis. Hisyam mengangukkan kepala sambil sepasang mata dituntaskan ke bahagian dalam restoran itu untuk mencari kelibat lelaki yang menelefonnya pagi tadi. Sebaik kelihatan di mata, Hisyam melepaskan sebuah keluhan. Lelaki itu tidak datang sendirian. Di sisi, si isteri sedang khusyuk memilih menu agaknya. Mahu tidak mahu, terpaksalah Hisyam meneruskan langkah menghampiri mereka.

“Hisyam! How are you?”


Hisyam tersenyum kecil. “Saya sihat adanya. Aunty pun nampak sihat, ya.”

Datin Irene mengangguk. “I dengan uncle memang sihat cuma...”

“Irene, baik kita makan dulu. Nanti saja kita cerita fasal Salina.” Datuk Yusuf mencelah, mematikan apa jua yang ingin diberitahu oleh isterinya kepada Hisyam. Kata-kata yang membuat lelaki muda itu merasa lega.

Sudah terlalu lama mereka tidak berjumpa. Seingat Hisyam, kali terakhir ialah pada hari ‘pernikahannya’ bersama Salina setahun setengah yang lalu. Hari yang sepatutnya menjadi titik mula dalam kehidupannya untuk memiliki dua orang isteri, Maria dan Salina. Namun, saat hati berubah, saat Hisyam tahu bahawa dia tidak sanggup menduakan Maria, Maria pula tega meninggalkannya. Pemergian Maria setelah memberikan semula kepada dirinya kelembutan, kemesraan dan kasih sayang yang hilang merenggut pergi hatinya. Dia kecewa dan penuh penyesalan. Lantas bila Salina dan rombongan tiba untuk memastikan Hisyam mengahwininya, Hisyam hanya mampu memohon maaf. Berkali-kali dia meminta agar Salina mengerti isi hatinya yang satu. Hati yang sudah dimiliki Maria, tidak mampu diberikan kepada Salina. Namun pengertian yang diharapkan, lain pula yang terkeluar. Disebabkan Hisyam nekad memutuskan hubungan dengan bekas sahabat baiknya itu, membuat Salina mengamuk lantas membongkar segala keburukan yang telah dibuat kepada Maria. Dan, kerana marah yang teramat, Hisyam telah menghalau Salina keluar daripada rumahnya, tidak terkecuali Datuk Yusuf dan Datin Irene!

“Selepas lebih setahun, kita jumpa semula, uncle, aunty. Apa yang boleh saya kata ialah saya nak minta maaf atas semua kesalahan saya. Terutama masa saya halau uncle dengan aunty dari rumah saya dulu. I was very rude. Tentu you all malu besar masa tu, kan?” Mohamad Zaiful Hisyam memohon maaf. Wajah-wajah tua di hadapannya ditatap dalam-dalam.

“Apology accepted, Syam. Sebenarnya, uncle lebih malu dengan perbuatan Lin pada Syam dan isteri. Sungguh, tak ada yang lebih mengecewakan uncle masa tu. Tapi, let bygone be bygone. Lupakanlah! Yang penting, you and your wife dah berbaik. So, how is Maria?”

Pertanyaan Datuk Yusuf tentang isterinya membuat wajah muda itu ceria dan berseri-seri. Demi melihatnya, Datuk Yusuf segera memandang wajah isterinya. Ternyata, Datin Irene juga seperti dirinya saat itu. Rasa serba salah setelah melihat keriangan yng terukir di air wajah Hisyam.

“Alhamdulillah, Lia sihat, uncle. Dia dah 6 bulan mengandungkan anak kedua kami.”

“Oh? Tahniah!”

Hisyam ketawa. Hidangan di hadapan mata segera menarik perhatiannya. Tadi, dia tidak punya selera, namun kini, apabila didapati pasangan di hadapannya ini tidak membenci dirinya seperti yang dianggap, Hisyam kembali ceria. Sushi, sashimi, tempura dan mi ramen mula membuka selera. Ada unagi bento lagi! Nama-nama makanan Jepun di kedai yang mendapat sijil Halal dari JAIS.

“Nampak sedap dan menyelerakan, kan, aunty?” soalnya kepada Datin Irene membuat wanita cantik itu segera mengangguk.

Setelah agak lama membisu kerana masing-masing leka menjamah makanan yang disediakan, akhirnya, Datuk Yusuf mula memberitahu sebab mengapa dia ingin berjumpa dengan Hisyam.

“Syam, kamu marah sangat ke pada Lin?” itu mukaddimahnya.

Hisyam menatap wajah lelaki sahabat baik ayahnya itu tajam, tahu ada sesuatu yang sedang menghantui fikiran namun dia menggeleng.

“Syam, you tak sayangkan Lin?” Datin Irene pula bertanya.

“She was my best friend, aunty. I loved her.” Jawab Hisyam tegas.

“Dia dah banyak berubah, Syam. Dia..”

Hisyam segera menggelengkan kepala. Dia menafikan kata-kata Datin itu lantas menceritakan apa yang Salina cuba buat semasa Maria di dalam hospital tempoh hari. Segala-gala dibongkarkan.

“Dia buat tu kerana dia sayang sangat pada kamu, Syam. Dia cintakan kamu sorang.” Kata Datin Irene dalam sedu sedan. Datuk Yusuf turut mengangguk.

“Saya harap dia temui lelaki yang lebih baik daripada saya untie, uncle.”

“You hate her, dont you, Syam? You can’t forgive and you can’t forget!” lemah dilemparkan tuduhan itu kepada Hisyam.

Hisyam segera terkenang kepada kata-kata Maria suatu masa dahulu.

“Abang, perkara paling susah untuk kita buat ialah memaafkan seseorang. Iyalah, bila kita asyik mengenangkan perbuatan jahatnya pada kita, tentu saja kemarahan tak akan pergi daripada jiwa dan perasaan kita. Tapi, kan, bang, kata orang, kalau sebelum tidur, sambil kita baring-baring nak lena tu, kita mintak agar Allah lembutkan hati kita untuk memaafkan, itulah sifat terpuji yang amat disukaiNya.”

Ya, sudah sering Maria berpesan agar dia melupakan semua kisah lama. Sudah sering Maria memberitahu bahawa segala yang pernah menimpa mereka adalah takdir Allah yang penuh rahsia. Sudah sering juga Maria mengatakan bahawa Allah menguji insan yang Dia sayangi. Dan, sudah sering juga Maria mengatakan ada rahmat di sebalik perpisahan.

Sememangnya, Maria sudah memaafkan Salina. Hati lembutnya tidak mahu dibiarkan mendendami gadis itu tetapi mengapa Hisyam tidak boleh melakukannya? Mengapa rasa marah ini masih berleluasa? Tidak! Hisyam tidak mahu lagi menjadi seorang yng keras hati. Saat ini dia sudah membuat keputusan untuk menurut kata isterinya. Dia ingin menjadi seorang insan pemaaf.

Wajah pasangan suami isteri di hadapannya ditatap dalam-dalam.

“Kata Lia, kalau tidak disebabkan Salina, saya tidak mungkin menyayangi dia sebagaimana sekarang. Kata Lia, kalau tidak disebabkan Salina, cinta kami tak akan sekental sekarang. Kata Lia juga, saya harus belajar memaafkan Salina dan diri saya atas kesalahan yang saya dah buat dulu. Jadi, uncle, aunty, kalau isteri saya sudah memaafkan saya dan Salina, saya tak ada sebab untuk membenci anak uncle dan aunty tu. Percayalah, saya dah maafkan Lin walau memang saya akui, susah untuk saya buat tu!” aku Hisyam jujur.

Ya, bukan mudah untuk membuang rasa marah bila mengenangi ikatan persahabatan yang Salina khianati. Bukan mudah! Kerana Salina, dia meminggirkan perasaan Maria! Itu sahaja sudah cukup untuk membuat dia kecewa dengan gadis itu. Mujur Maria sudah membuang segala bukti! Mungkin kalau dia sudah membaca semua surat-surat itu, entah-entah pertemuan ini tidak terjadi.

“Tapi, Syam, Lin sekarang ni dah macam orang gila tanpa kamu. ” Datin Irene menangis mengenangi anak gadis kesayangannya. Salina semakin murung. Salina asyik mengurungkan diri di dalam bilik. Salina suka menyendiri. Dan, kini anak gadisnya sedang terlantar sakit di hospital. Di dalam keadaan separa sedar, hanya nama Hisyam di bibir. Tidak pernah lekang! Tidak pernah dapat dilupakan!

..................................
Sudah 3 hari Maria melihat dalam diam perubahan sikap suaminya. Sudah 3 hari, Hisyam kelihatan kalut untuk ke tempat kerja dan baliknya pula bila dinihari menjenguk. Tanpa sepatah kata untuknya. Tanpa senda gurau mereka. Suasana hening malah sepanjang 3 hari ini jugalah, Hisyam tidak langsung mempedulikan anak mereka, Muhamad Aiman. Mengapakah?

Tidak mungkin peristiwa lama itu berulang! Tidak mungkin perubahan ini terjadi kerana Salina. Salina sudah lama lenyap dari hidup mereka. Malah, nama itu tidak pernah dilakar di dalam hati suaminya. Dia amat yakin, bukan Salina menjadi masalah mereka hari ini. Oh tidak! Janganlah ada gadis yang lain pula! Tidak! Tak sanggup!

Hari ini, dia ke Subang Medical Center. Temujanji itu sengaja tidak diberitahu kepada Hisyam. Fikirnya, kalau Hisyam masih ingat apa kata Doktor Suzana bulan lepas, pastilah Hisyam akan bersama-sama dengan dia  dan Aiman sekarang. Tapi nampaknya, Hisyam sudah lupa.

“Suami puan tak ikut sama? Bukan ke dia yang teringin sangat nak tengok jantina anak yang sedang puan kandungkan ni?” tanya doktor muda itu sambil melihat ke arah belakang Maria, mencari kelibat Hisyam.

“Err....dia ada mesyuarat pagi ini. Tak tahulah kalau dia boleh lepaskan diri atau tak!” Maria terpaksa mereka-reka cerita. Hatinya sedang gundah. Tadi, di tempat parkir, dia nampak kereta suaminya. Namun bila Hisyam tidak di sini bersama-sama dengannya, kebimbangan menerpa. Sakitkah suaminya? Apakah Hisyam sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya? Risau sungguh bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan!

Maria takut pada kehilangan. Memikirkan tentang kehilangan orang-orang yang dia sayang amat meruntun jiwa. Kacau hati dan fikiran. Dia pernah merasa tersangat sakit bila ayahnya meninggal. Ibu dan adiknya juga pergi membawa kesedihannya yang bukan sedikit. Dia pernah kehilangan kasih sayang Hisyam. Cukuplah! Jangan dirinya diduga lagi, dibimbangi diri tidak cukup tabah menghadapi.

“Oopps, sori. I ingatkan tadi, you sorang-sorang aje, Su, rupanya ada pesakit. Sorry again!”

Maria turut menoleh ke arah suara lelaki itu bila melihat Dr Suzana tersenyum. Bila mata saling bertentang, dia terkesima. Lelaki itu juga terpempan. Rasa macam kenal?

“Maria? Anak Makcik Aisyah?” lelaki itu sudah tersenyum bila menyebut namanya.

“Is? Iskandar? Alif Iskandar Razali, anak Pak Cik Razali dengan Mak Cik Enah?” Wah, tiba-tiba sahaja daya ingatan Maria begitu kuat bila terpandangkan lelaki yang begitu bergaya di hadapannya. Alah, anak pak cik Razali yang suka sangat menyakatnya sewaktu bersekolah rendah dahulu.

“Lamanya kita tak jumpa, Lia. Awak sihat?” pertanyaan ikhlas sambil sepasang mata memandang perut Maria yang sudah kelihatan.

Maria yang menyedari lantas memberitahu usia kandungannya, serta segala yang dirasakan perlu untuk Iskandar ketahui.

“Awak dah kahwin, Is?” tanya Maria pula.

Dr Suzana segera menyahut. “Dr Is sedang mengorat pesakit dia, Puan Maria.”

Maria membulatkan sepasang mata. “Tak senonoh! Melampaunya awak, Is?” marahnya.

Dr Iskandar ketawa. “Cinta pandang pertama, Lia, tapi malangnya tiap kali Is nak dekat, ada mamat ni dengan dia. Yang jaga dia penuh kasih sayang. Mesra. Dan, perbuatan dia tu buat Is jadi tersangat jeles!” balasnya.

“Alah, cuba ajelah! Belum cuba belum tahu!”

“Nak cuba apanya? Nama mamat ni kat bibir perempuan tu 24 jam.” Iskandar memberitahu.

Saat itu, Hisyam sampai dalam keadaan agak semput. Mendekati Maria, lantas meraup tangan si isteri untuk meminta maaf.

Maria segera menolak anak rambut yang berjuntaian di dahi Hisyam. “Abang dari mana ni? Kenapa termengah-mengah? Baru lepas masuk pertandingan larian 100m ke?” tanya dia.

Dr Iskandar memerhati wajah Hisyam dalam-dalam. Ya, dia tidak salah orang. Inilah lelaki yang sudah 3 hari berada di bilik Salina. Lelaki yang menjadi saingannya. Tetapi...

“Sori, sayang! Abang ada hal sikit. Abang ingat tadi nak balik ambil Lia. Tapi, bila abang fon ke rumah, telefon tak diangkat. Tu yang abang terus turun ke sini.” Hisyam lantas mengangkat Aiman yang mahukan dirinya didukung. “Mama dah bagi anak ayah ni minum susu?”

Aiman mengangguk.

“So, doc, let us do it! I dah tak sabar sangat nak tahu jantina anak I yang kat dalam ni!” kata Hisyam sambil memegang perut Maria.

“Mmm, Lia, aku pergi dululah!”

Semua orang menoleh ke arah Iskandar bila mendengar suaranya yang nyaring.

Maria segera menarik tangan Hisyam untuk mendekati lelaki itu. Dua pasang mata saling berbalas renungan. Jelas, ketika itu keadaan Hisyam yang serba tidak kena.

“Abang, ini anak kawan baik arwah mak. Anak mak cik Enah. Dr Alif Iskandar. Is, suami Lia, Hisyam.” Maria memperkenalkan kedua-duanya.

“Lia, suami awak nilah yang Is jumpa kat bilik pesakit Is yang namanya Salina tu.” Celupar sahaja mulut Alif Iskandar memberitahu. Dia memang sengaja. Hatinya geram dan marah. Hisyam dianggap telah cuba menduakan kawan lamanya. Tentu dia tidak suka!

Rasa lemah seluruh sendi namun Maria cuba menyembunyikan segala rasa.

“Oh, kalau macam tu, Is, awak ada peluanglah! Cuba tackle Salina for me! Kalau awak berjaya, selamat rumah tangga kitaorang, tahu!” Maria bersuara sambil tergelak-gelak, menutupi kemarahan. Menutupi kesakitan di hati.
............................
“Lia marah pada abang?”

“Tak!”

“Asyik diam. Dah 3 hari, sejak kita pergi jenguk Salina tapi Lia tak cakap apa-apapun pada abang!”

“Malas!”

Ya, Maria sudah malas hendak bercakap dengan Hisyam. Dia lebih suka berdiam diri. Walau Hisyam cuba menceritakan apa yang berlaku, dia tidak mempedulikan. Dia kecewa dengan suaminya. Sungguh-sungguh kecewa!

“Abang buat semua tu sebab abang kesiankan dia!”

“Baguslah! Nanti boleh kahwin dengan dia sebab rasa kesian abang tu!” balas Maria penuh marah.

“Tak pernah terlintas di fikiran!” keluh Hisyam.

Maria mendekati suaminya, menolak sehingga Hisyam terduduk di birai katil. Wajah suami disentuh lembut dengan jari-jemarinya, diusap-usap dan dibelai manja sebelum dia kemudian menolak sehingga Hisyam jatuh terlentang. Suaranya sedikit nyaring bila dia bercekak pinggang dan berkata, “Kalaupun abang ada terfikir, abang ingat Lia nak izinkan? Abang lupa apa Lia cakap dulu? Abang nak Lia patahkan gigi abang? Jangan ingat Lia tak akan buat! Tak berani!”

Hisyam ketawa. Mengenangi saat manis di rumah ini, di dalam bilik ini tidak lama dahulu. Saat dia berjanji untuk setia. Saat Maria berkata dengan tegas untuk menghalang mana-mana perempuan yang ingin mendampinginya. Arghh, masakan dia boleh lupa! Gerak badan dan tutur kata isterinya penuh kesungguhan!

“Lia suruh abang maafkan dia. Yang abang pergi jaga dia, kenapa?” Maria terus menghambur rasa marah.

“Bukan kami berdua aje dalam bilik tu, ada Uncle Yusuf dengan Aunty Irene. Dan awal-awal lagi, abang bagitahu Salina yang abang jaga dia sebab dia kawan abang. Bukan untuk jadikan dia isteri abang.” Hisyam menjelaskan perlakuannya.

“Harap-harap Iskandar berjaya buat Salina jatuh hati pada dia. Kalau tidak, sampai bila-bila, hati Lia ni tak senang.”

Hisyam bangun lantas merangkul tubuh Maria kepadanya. Perlakuannya untuk menghilangkan keraguan di dalam hati Maria. Untuk memberitahu bahawa hati dan dirinya milik Maria sahaja. Maria tidak usah mencurigai.

“Abang pun harap yang sama. Setakat hari ni, Iskandar kata dah ada sedikit kemajuan dah. Lin dah mahu bercakap-cakap dengan dia. Abang percaya, satu hari nanti, Lin akan terima Is dalam hidup dia. Pandailah si Iskandar nanti nak menggoda Lin tu! Abang dah cakap pada Lin yang kalau dia nak kahwin, berkahwin dengan lelaki yang mencintai dia sepenuh hati lebih baik daripada berkahwin dengan lelaki yang dia sayangi. Harap, kali ini, Salina betul-betul faham maksud tersirat yang abang cuba sampaikan!”   
..........................................
kawan-kawan yg disayangi, ini adalah siri pertama dpd beb siri sambungan untuk tmkh. harap dpt memberi kepuasan kpd yg dah membeli bukuku itu. kpd yg belum dan rasa seronok baca siri2 ini nnt, hehe...silalah beli, ya!

14 comments:

  1. best2... ni part 2 version plak ke kak?

    ReplyDelete
  2. i like!! hihihi..
    tolong lah hisyam jgn buat perangai lg.

    ReplyDelete
  3. ohohohho
    sy p mph tp dh abih
    sob2x

    ReplyDelete
  4. salam,
    miznza, iya...sj nak memeriahkan cerita tmkh...
    hana aniz...takut kan ngan perangai hisyam nih?
    itu aku, ciannyerr... order online ngan fajar pakeer, dik!

    ReplyDelete
  5. larh..
    ade smbg ke cg...

    huhuuh.... cam xnk jer...
    sbb kalo de smbgn... mesti ag byk masalah..

    nk dibukukan gak ke nvl ni?

    ReplyDelete
  6. adusssssssss......ada lagi si salina ni.....ingat dah gila dah........................

    ReplyDelete
  7. wah... ada sambungan... sy baru je bce novel ni cikgu.... best sgt!!!

    ReplyDelete
  8. salam,
    rubisya, jgn risau...semua akan jd baik!
    aqilah, x kan nak gilakan dia hehe
    akira bita, thanx..

    ReplyDelete
  9. kak part 2 ni pun nak dibukukan jugak keR?

    ReplyDelete
  10. salam nza,

    takkk...
    kak sofi cuma menambah apa yg kurang dlm tmkh

    okey....

    ReplyDelete
  11. kak tolong email kat saya add version nie.....bestlah cerita ni baru semalam beli malam tadi dah khatam :)

    ReplyDelete
  12. best..cepat tul abis buku ni..kt MPH putrajaya mmg dah xde..
    bukan setakat MPH, smua kedai2 buku area ptrjy dh xde..

    ReplyDelete
  13. @Mrs.Zacksalam, kak sofi baru terbaca komen di sini hehe..jgn marah haaa...
    actually, mrs zack boleh copy aje di sini. caranya, highlightkan dan kemudian tekan serentak CTRL dan C. pastu paste ke Word. Senang, kan? Cubalah!

    ReplyDelete
  14. @miaiya ke? ok, mia boleh order online ngn fajar pakeer. cara? ada kak sofi tunjukkan di sidebar ..Order Online... cubalah, ya!

    ReplyDelete

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Ping Busuk