Follow Us @soratemplates

26.6.10

22.6.10

72. bahasa rojak? melaris?

Jun 22, 2010 4 Comments
salam.

mula-mula sekali nak minta maaf. kpd semua termasuk diri sendiri jika nnt hati terusik dan jiwa tersentuh slps membaca n3 aku kali ini. 
awal2 dah mintak maaf tu, mesti ada apa2! 

tentu ramai yg dah fikir camtu, kan? mesti ada yg kata bhw aku hendak mengutuklah tu...

hehe, bukan nak mengutuk sekadar nak mengusik sikit, dan menegur jugak tp siiiiii kit aje!

perasan x kwn2 yg masa kini begitu ramai yg menulis enovel dan majoriti, termasuk diri aku ni mencampuradukkan bahasa, tentunya bahasa melayu dan inggeris. iyalah, dlm hidup kita ni skrg, mmg kita bercakap sambil merojakkan kedua-dua bahasa itu, bukan krn kita ni hebat berbahasa inggeris tp krn dah mmg trendnya begitu. 

sebenarnya, bukan setakat kita org melayu sahaja, malah seluruh kaum di dunia melakukannya! lihat cerita hindustan, tajuk pun tajuk org putih...THREE IDIOTS.. kan? bila berbual? campur..itu dah pasti! drama korea ke, jepun ke, drama melayu ke, sama jugak! x sah kalau x de bahasa inggeris ni!

20.6.10

71. penggal baru, idea baru, semangat baru.....mampukah?

Jun 20, 2010 0 Comments
so, sekolah akan dibuka semula...esok!.

mentally, sepatutnya cikgu sudah terlebih bersedia berbanding murid. aku harap aku pun camtu. tp di minggu ni, tak banyak nak dikejar kecuali utk bincang soalan2 mid year hari tu. nak sentuh ttg kesilapan murid semasa menjawab, apa yg kurang dan yg perlu diperbaiki. juga, utk berbincang supaya kesilapan x berulang di ujian / penilaian yg lain. nak ikut rasa geram, mmglah, especially bila diaorg jwb ikut suka suki sendiri aje tp, namanya pun budak2 lg. tp yg geramnya, esp utk subjek fizik, budak cina n india jwb tu mcm yg kita dok habaq kat dlm kelas, tp yg dak melayu jwb...hanyut! ntah ke mana-mana?

frankly, aku sekarang ni lebih seronok duduk di rumah. dapat mengadap komputer dan blog serta menyiapkan skrip-skrip yg masih separuh jalan...tp tak bolehlah, kan? sekolah dan mengajar is my core business. mesti buat sungguh-sungguh! betul-betul! rajin-rajin! ewah!!!!!!

cakap pasai sekolah, aduh...nampak gaya kena kurangkan tengok bola especially yg pukul 2 pagi tuh! huhu..

eeiiii, no way! sekolah, sekolah jugak! bola tetap bola! mana boleh ditinggalkan, kan? tp, world cup kali ni lain macam sikitlah. kalau dulu, senang nak predict which is the best team but this time, adus.... ingat england okey, tp dah dua game gone, waduh!! teruknya diaorg semua main. no team spirit at all! yalah, kan...they all kan millionaires, main utk world cup ni, tak masyukkk... tu yang pengkaq aje...hehe!!!

dulu favourite team aku perancis, masa zaman michel platini dulu, tp la ni, uisyy...sakit hati tgk penyerang dia wlpun aku sayang evra...sori ek,  i x sokong u dah!

hubby cakap chile is the best team now. i dunno abt that coz i tak tgk diaorg main lg...

tp (hehe..jgn marah, pjg sikit ttg football, k!) hope my ronaldo's team, portugal boleh menyerlah. perasan! my ronaldo, konon? jgn jelesla...dia bukan tau pun!

ok, dah habis dah. semoga hari ini menceriakan anda. jgn bersedih(la tahzan), bagai yg disebut oleh nurhawanis othman... nak baca buku tu nnt!

cheerio!

17.6.10

70. mailah ikut I, hehe

Jun 17, 2010 0 Comments
Hari ni, nak tulis tentang apa yg baru aku tahu ttp ramai yg dah tahu sebenarnya.

Pendek aje entri ni...ttg mcm mana nak jadi follower. 

Kadang2 kan, kita nak follow kwn2 kita, punyalah lama nak ambil masa, betul tak? baru2 ni, anak aku ajar cara mudah.

Okey, kalau nak jd follower, tekan aje perkataan 'FOLLOW' kat navbar tu!!!

alahai, x sampai 2 minit pun! selesai! berguna juga rupa2nya si navbar ni...tp ramai yg dah buang, kan?

ada org yg gelak ke? iyalah, mcm aku cakap td, benda ni org lain mungkin dah expert, tp aku br aje dpt. tp kan, dah namanya pun ilmu, sebarkan ajelah! hehe....

so itu aje utk hari ni..salam.

16.6.10

69. sst yg menggembirakan

Jun 16, 2010 2 Comments
salam, slmt pg! hujan di luar tuh! sejuk! hehe!

sofi nak terus cerita perkara-perkara yg mengujakan diri ini sejak 2 hari lepas...

yg pertama, dpt khabar dr fp ttg TMKH sudah 'reprint' jd syukur alhamdulillah. thanx kpd semua yg memberi sokongan termasuklah kawan-kawan yg sentiasa bersama diri ini di online, jugak kpd semua yg dah membeli novel sulungku itu. thank u so much.

yg kedua, bila dpt peluang dijemput utk menghasilkan karya cinta jugak, oleh fp jugak, dlm dwilogi cinta,hmm...tak sangka dpt peluang tu. insyaallah akan cuba yg terbaik!

dan yg ketiga, ni ha...ttg magga online ad... masa org suruh masuk, aku masuk aje! tup2 masa saja pi bukak tgk dashboard ada berapa..sungguh tidak disangka2...dah dpt RM20.00. Dlm masa 1 minggu? wow! tengoklah kat bawah ni...bukan cerita dongeng, tau!

Sofi's Dashboard              
Total Points: 2500
Month-To-Date Points: 0
Recent Trophies: 0
Total Trophies: 0
Rank in Network: 218
Friends
[captbokkhari]
[ManggaOnline]
[Gee David]
view all (3)

Last 7 Days' Earnings:RM20.28

So kawan-kawan, bg anda yg sering dtg berkunjung ke blog luahan, cuba2lah mskkan 'Mangga Ad' ni ke blog u all. Mana tau, rezeki? Iyalah, kan, bila kita ada peluang utk jana pendapatan walau kecik manapun, dapatkanlah sebab rezeki jgn ditolak, betul tak?

tu aje nak cerita pd korang semua. 
cheerio.


12.6.10

Air mata cintamu

Jun 12, 2010 16 Comments
-->
1

Fasha Farihah merenung gagang telefon yang baru diletakkan. Ada rasa tidak percaya, ada riak kerisauan, terukir di wajah. Berkerut-kerut dahinya, tanda fikiran sedang dibebani persoalan.

‘Bagaimana mereka tahu aku di mana? Bagaimana mereka boleh cari aku? Jumpa aku?’

“Kenapa tu, Fash? Nampak risau aje tu? Siapa yang telefon Fash tadi tu?”

Pertanyaan daripada Kak Sabtuyah, menarik diri Fasha keluar daripada belenggu kekhuatiran. Wajah lembut wanita berketurunan Melayu Sarawak itu, ditatapi seketika. Perlahan-lahan senyum dikuntum.

“Tak ada apa-apa, kak.” Jawabnya walau dia tahu kerani sekolah SMK Rosly Dhoby, Sibu itu, tidak mungkin mempercayai kata-katanya.

Sabtuyah memandang tajam wajah guru perempuan berusia 30 tahun itu. Dipandang dalam-dalam kerana dia ingin melihat perubahan di air wajah yang sentiasa tenang itu. Guru-guru lelaki di sekolah menengah ini menggelarkan Fasha sebagai “Ice Queen”, hmm, satu gelaran yang menjelaskan keseriusan, ketegasan perwatakan wanita yang mula mengajar di sekolah ini 5 tahun dahulu.

Tidak banyak yang boleh dicungkil daripada perempuan ini. Hidupnya terlalu peribadi. Dia terlalu berahsia. Cuma, dari khabar angin yang bertiup entah dari mana, mereka mengetahui bahawa Fasha seorang janda yang meminta bertukar ke Sarawak daripada Kuala Lumpur, kerana ingin membawa hati yang luka dan hancur. Nokhtah! Itu sahaja berita yang diterima. Lain-lain? Tersimpul mati. Terkunci rapat, seperti terkatup rapatnya mulut Fasha Farihah, saat ini!

7.6.10

68. sekadar coretan...

Jun 07, 2010 0 Comments
salam...
cuti sekolah dah! yahhuuuu...
mcm budak2! 
tp mmglah seronok sbb dptlah aku merehatkan minda seketika dpd melihat gelagat anak2 sekolah..hehe

so pg td b4 aku masak breakfast, aku pi satu blog ni, namanya blog justkhai.saja aje nak intai blog org femes, kan, pastu, aku pun nak tulis sst kat shoutbox dia..tahu tak apa jadi? shoutbox tu (bukan si khainya, ok..shoutboxnyerrrr) reject jeritanku..haha! my ip kena blocked, katanyalah!!!! 

wah, kenapa ya? ini amat2 menghairankan diriku ini. iyalah, seingatku, bukan selalu aku ke blog itu, tp to think positive..biar ajelah! dia blocked tentu ada sebab, dan aku x mahu buang masa memikirkannya. lagipun rasanya, blocking itu bukan ditijukan khas untuk aku sorang aje..kan?

cuti2 camni dlm kepala asyik ingat nak masak apa, nak makan apa... duhai badan... mahu debab balik lepas cuti ni..bahaya tuh! maklum dah berumur ni takut diserang penyakit 3 serangkai....eeeiii, x nak lah! nak mintak dipanjangkn umur lagi... takut!!! amalan pun ciputtt lagi!

kpd yg sukakan tulisanku, satu lg enovel nukilanku bakal menemui anda nanti. hehe... bukan apa, aku x naklah nnt korang sunyi bila bab2 utk cs dan bkbc, ku hentikan seketika..hehe... x nak nnt ada rindu di hati. ewahhh...

menulis bukan mudah..baru tahu! hehe... tp lebih perit bila apa yg ditulis hilang dlm sekelip mata. nak tahu apa yg berlaku? bab2 terbaru cs dan bkbc ku hilang bila komputerku yg lg satu tu....rosak! hard disknya kong! adus! itulah malangnya nasib tp aku perlu lebih positif. biarkanlah! mungkin ada hikmahnya (kata anum pdku..) ya mungkin garapan akan dtg akan berbeza dr yg hilang atau lebih baik? 
wallahualam....

sekian. be happy okey!



3.6.10

Akhirnya cinta....

Jun 03, 2010 19 Comments
-->1

Bulan Rejab dah hampir tiba. Mereka harus pergi membeli-belah segala kain untuk dijahit menjadi baju raya. Jika tidak, mahu menangis adik-adik di kampung, kerana mereka tidak punya baju raya untuk dipakai pada pagi Syawal nanti. Baju kurung kan wajib dipakai di pagi raya? Jika tidak diupah sekarang, hah, mahu kopak poket seluar orang tu sebab terpaksa beli baju yang ‘ready made’. Bukan terpaksa membeli sepersalinan untuk dirinya sahaja malah untuk Zana, untuk Aziah dan untuk Zabaniah juga. Itu belum termasuk baju baru untuk emak. Lagi? Oh ya, untuk diri orang tu sendiri? Mesti nak baju Melayu yang baru, kan?

Maka, sibuklah mereka berdua memilih-milih di dalam pusat membeli-belah Gulati’s Textiles tu. Warna dan corak pilihannya, dikritik oleh orang itu. Merah sangatlah Mak Ngah! Kuningnyerr... macam warna pengkungfu shaolin! Alah pucatnya...tu warna untuk orang tua!

Aduiii, kenapalah pakcik muda ni cerewet sangat orangnya? Umur belumpun 30 tahun tapi, mulut dia kalau dapat berleter, mengalahkan orang perempuan. Oh, lupa pula! Kan mak dia cakap, masa dia mengandungkan pakcik ni dulu, emak dia suka makan bahagian ayam yang paling banyak lemak tu? Hehe, patutlahhh....

“Kiki, awak ke tu? Saya tak salah orang kan? Awak Kiki, betul tak?”

Suara itu mengingatkan Nur Zakiah kepada seseorang. Dan, panggilan itu memang panggilan khas seseorang yang diingati itu untuk dirinya. Panggilan itu sangat istimewa. Dia suka dipanggil begitu. Lebih-lebih lagi kalau yang memanggil itu ialah...

“Aduh!” Mata dijegilkan kepada lelaki yang sedang berdiri tegak di sebelahnya.

“Sakitlah! Kenapa tujah perut kita dengan siku awak tu? Tak kesian pada kita, ke? Dahlah kurus kering ni, isi pun tak ada, lagi mahu kasi sakit ka?” Nur Zakiah menjeling lelaki di sebelah. Marahlah tu! Namun seperti selalu, setiap jelingannya mesti dibalas dengan senyuman, membuat dia mati kutu. Dan, melahirkan rasa tak keruan dalam hati.

“Kiki!”

‘Alah, suara itu lagi. Kenapa tetiba aje aku teringatkan dia ni?’ hati berdesis sendiri.

“Yang, sejak bila awak jadi promoter Kiki Lala? Berapa komisyen yang awak dapat? Mana bahagian saya selama 6 bulan kita hidup sama-sama ni? Dan, bukan Kiki Lala tu jenama budak-budak ke? Ni apasal awak pulak yang di ‘kiki’kan?”

2.6.10

67. cikgu menulis

Jun 02, 2010 2 Comments
Ada orang bertanya, cikgu banyak sangat masa ke? Sampai boleh berblogging? Bukan sorang, malah berorang-orang, hehe.... maksudnya, ramai bebenor cikgu yg melibatkan diri dlm dunia blog memblog nih!

Pada aku, soalan ni kelakar. bukan sebab orang yg tanya soalan tu pelawak tp sbb soalan itu ditujukan khas kpd para guru....sahaja.

alah, mcm korang semua x tahu, cikgu kan pergi sekolah pg dan balik tengah hari (utk sekolah 2 sesi mcm sek aku lah!)? tentulah banyak masa terluang. drpd ptg2 berkumpul kat dpn rumah, ramai2 then mengumpat org, rasanya lebih baik masuk post, kan? kat sekolah? laa.... kat sekolah, mengajor le... komputer pun jarang dibawak kecuali kl nk guna teaching courseware.

cikgu pun mcm semua org lain gak. nak luah perasaan. skrg nak tulis diari, dah mcm outdated, jd luah le dlm blog. rasanyer, semua manusia lain buat yg sama, kan? knp pd guru harus ditanya seolah2 ada tanda soal yg besar? hehe.... musykil, musykil. tp itulah...rupa2nyer, kaum guru nih mmg golongan yg sentiasa menarik perhatian masyarakat (ek eleh, perasantanlah pulak!)

so, cikgu2, satu perkara kita sama2 kn ingat sesangat, iaitu, jgn kelahi di blog, k! kita golongan yg di hormati org, so jaga tulisan, fikir ber kali kali sebelum melepas atau meluah perasaan...jgn sampai ada yg kecil hati dgn apa yg kita masukkan dlm blog.

cheerio.