apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.5.10

60. SELAMAT HARI GURU, CIKGU

16 mei datang lagi. ntah apa signifikannya, aku x tahu tp mmg tarikh ini istimewa kpd semua guru di mana juga di serata dunia.


spjg menjadi guru, mmg meriah sambutan hari guru ini di semua sekolah yg aku pernah mengajar. dan paling istimewa, hari ini utk cikgu2 dr persediaan, permainan, persembahan, semua cikgu buat. makan pun guna duit kelab guru jugak.....hehe


aku tak kisahpun, dah mangli, kata org utara.


tp, tiap thn sambil nyanyi lagu Guru Malaysia, pasti, kutanamkan azam supaya aku adalah guru yg lebih baik hari ini drpd semalamku. dan supaya esokku lebih baik dpd hari ini. 


di zaman ini, menjadi guru bukan semudah dahulu. cabaran menghadapi karenah anak2 belasan tahun yg rata2 berpengetahuan internet ini amat mencabar. mereka > tahu dlm sesetengah perkara, jauh > tinggi pengetahuan mereka dpd guru yg mengajar. sbb tu, ada murid yg 'timing' > sikit dengan cikgu..


apa2 pun, aku ingin menyeru kpd golongan muda yg baru jadi cikgu. jgn malas2 ,okey! bila mengajar tu, berdirilah, berjalanlah pusing dalam kelas tu bg kepala anak murid turut berpinar ikut awak. baru awak tahu apa mereka yg duduk kat belakang buat. kalau awak asyik duduk melekap di kerusi guru, sampai bila2pun, awak x kan dijadikan idola oleh murid2 awak. 


mengaajar dan mendidik bukan mudah. jgn jadikan profesion perguruan ini pilihan terakhir anda. guru adalah pekerjaan yg mulia. hargailah ia. 


JIKA HARI INI SEORANG PERDANA MENTERI BERKUASA,
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAKHTA,
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA,
JIKA HARI INISEORANG ULAMA YANG MULIA,
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA,
JIKA HARI INI SEORANG PENULIS TERKEMUKA,
JIKA HARI INI SEORANG SIAPA SAHAJA YANG MENJADI DEWASA,SEJARAH DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA,
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS BACA....


5 ulasan:

  1. Kak Sofi,
    selamat hari guru..
    semoga terus istiqamah menjadi guru mursyidah!

    BalasPadam
  2. terima kasih kodok hijau
    terima kasih, nik!

    insya-allah! itulah yg kak sofi harapkan jugak.

    BalasPadam
  3. Slmt hari guru.
    Smga terus b'smgt mendidik anak bangsa.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.