Langkau ke kandungan utama

Anugerah Kasihnya


bukan aku tajuk asal cerpen ini tp tiba2 rasa x best pulak. so ini tajuk barunya... Anugerah Kasihnya....baca, k!
..................................................
1

“Asyik menung aje sejak balik semalam. Kenapa?”

Aku menatap wajah nenek yang lembut. Aku memandang bibirnya yang sentiasa mengukir senyum untukku. Senyumnya kubalas. Kata-katanya juga kubalas menggunakan jari-jemari yang sudah terlatih membina ayat-ayat sejak aku kecil lagi. Bila nenek mengangguk-angguk, aku merasa lega. Itu bererti dia memahamiku.

Ah, sememangnya dia satu-satunya manusia yang dekat dengan diri ini. Dari sejak aku lahir lagi, aku cuma ada dia. Hanya dia! Kerana dia menggantikan istilah emak dan ayahku. Kerana dia….dialah ibu dan ayahku!

Pelik? Alah, mudah saja untuk korang fahami! Aku ni anak yang kelahirannya tidak diingini oleh emak dan ayahku! Anak tak sah taraf? Hey! No! Mujur tidak! Bukan! Aku ni anak halal, tahu! Tapi, aku ni cacat! Tak boleh bertutur dengan baik dan sedikit pekak. Ala-ala peguam yang namanya ….dalam satu drama peguam bersiri yang tersiar di kaca TV tidak lama dahulu. Lupa pulak aku!

Namaku Nadirah. Nadirah binti Mukhriz. Oh, maaf, Datuk. Nadirah binti Datuk Mukhriz. Tapi, di pejabat, aku menggunakan nama rasmi yang tercatat di dalam surat beranakku. Nadirah binti Munzir. Munzir tu nama ayah aku juga, cuma dia jarang menggunakannya.

Pelik, kan? Kata ayah, kalau aku hendak bekerja di pejabatnya, aku mesti menggunakan nama rasmiku itu. Kalau tidak? Tak payah!

Eleh, macamlah aku kempunan sangat hendak bekerja dengan dia!


Ini semua nenek punya pasallah! Kalau nenek tak paksa aku kerja dengan orang tua tu, tentu saja aku cari kerja kat tempat lain. Ini tidak! Disuruhnya jugak-jugak! Tak boleh tidak!

“Dira, Nazifah tu kan ketua Dira. Ikut ajelah arahan dia!” Tegas nenek sambil duduk bertentang denganku. Dengan cara itu aku dapat melihat gerak bibirnya dan kami boleh berbual-bual tanpa perlu aku menggunakan isyarat tangan.

“Dira dah tak tahan nak ikut aje perintah dia. Baru-baru ni dalam meeting, Dira kena marah dengan Datuk bila akaun tak balance. Dia yang bentangkan, Dira yang kena. Padahal masa dia buat semua tu, dia tak bincang pun dengan Dira. Dahlah macam tu, kutlah dia nak mengaku kesalahan dia, tak apalah jugak! Ini, dia pun ikut kutuk Dira sama! Sakit hati Dira ni, nek! Mentang-mentanglah dia anak Datuk!”

“Dira pun anak Datuk jugak, sayang.” Lembut nenek memujukku.

Aku mengeluh. Malas hendak menangkis kata-katanya. Tiba-tiba nenek memandangku sambil tersenyum simpul. Mesti ada sesuatu ni.

“Cikgu Yusuf kirim salam pada Dira. Dia ada datang sini minggu lepas. Saja aje nak tengok-tengok kampung ni. Maklumlah, tempat jatuh lagi dikenang, kan.”

Hah! Kan dah! Aku dah agak dah! Kalau nenek senyum simpul saja, mesti ada cerita yang hendak disampaikannya. Hisy! Panas betullah!

“Dia datang sorang aje ke, nek?” tanya aku malas. Nama itu mem ‘fobiakan’ aku.

“Tak! Dia datang dengan isteri dan anak lelaki dia.”

“Isteri? Dia dah ada bini, nek?”

Ha, berita ini memang mengujakan aku. Tak sangka pulak, cempedak dah jadi nangka.

Nenek tersengih melihat keterujaan aku. Tentu dia tahu betapa aku rasa bebas kini. Betapa aku rasa bersyukur. Kini, aku tidak lagi menjadi perhatian cikgu itu. Ya, aku amat berterima kasih kepadamu Tuhan. Syukur, Alhamdulillah. Engkau makbulkan doaku selama ini!

“Dia datang bawak hajat.”

Bulat sepasang mataku. Oh tidak! Jangan! Aku tak mahu! Tak nak! Katakan tidak kepada Cikgu Yusuf!

Nenek semakin galak mentertawakan aku. Gelisahku melucukan dirinya. Geram pula rasa hati ini terhadapnya. Nenek, lebih baik nenek berhenti ketawa sebelum Dira....Dira cabut gigi palsu nenek!

“Kamu ni, Dira, pantang nenek sebut nama Cikgu Yusuf, dah buruk aje yang kamu fikirkan.”

“Ate, maunya idak! Duk terbayang-bayang kat ruang mata ni, nek, gaya dia masa dia ajak Dira kahwin dengan dia dulu tu! Ewah, mentang-mentang le Dira selalu luah perasaan pada dia, dia ingat Dira ni nak kan dia pulak! Dia ingat Dira ni tak kan laku agaknya! Maklum le, Dira ni kan ke pekak, bisu pulak tu!”

Dahi nenek berkerut-kerut. Tak faham apa aku cakaplah tu! Sebab, bila aku cakap laju-laju, suara aku dah jadi sengau. Memang susah nak faham. Kesian pulak aku tengok nenek. Tak patut aku lepaskan kemarahan aku pada Cikgu Yusuf, kepadanya. Lantas aku mengulangi semula apa yang aku katakan tadi menggunakan bahasa isyarat. Aku kelegaan bila melihat nenek kembali mengukir senyuman.

“Dia bukan nak jadikan kamu bini dia. Isy, kamu ni, Dira..Dia kan dah ada bini? Sebenarnya dia nak kahwinkan kamu dengan anak dia.”

Kata-kata nenek membuat aku menegakkan duduk di kepala tangga itu. Tak percaya betul aku dengan Cikgu Yusuf ni. Memang tak boleh blah lelaki ni. Tak dapat jadikan aku isteri dia, dah dia nak jodohkan aku dengan anak dia pula! Sewel sungguh! Nampaknya cikgu kaunseling aku dulu ni memang nak kena kaunseling pula!
.....................................

2

“Makan sorang-sorang tak ajak cikgu pun!”

Mataku bulat memandang wajah cikgu kaunselingku itu.

Memang selama ini aku makan sendirian, kenapa pula aku perlu mengajaknya? Sudah bertahun-tahun aku begini, apa yang dihairankannya sangat? Dari hari pertama aku mula menjejakkan kaki di tingkatan 1, hinggalah sekarang, aku sentiasa sendirian. Ada tidakpun kawan aku, hanyalah Heliza. Hari ini, Heliza tidak bersama-sama denganku kerana dia hendak balik cepat. Ada temujanji dengan pakwe, katanya.    

“Kamu makin sombong dengan cikgu sekarang.” Tuduhan cikgu itu menaikkan darahku.

“Saya tak ada apa-apa nak cakap atau nak cerita, cikgu.” balasku menggunakan bahasa isyarat.

Cikgu Yusuf mengeluh. “Dulu, bila kamu kena usik dengan budak-budak lelaki yang nakal, kamu mengadu dengan cikgu. Bila kamu kecewa dengan sikap ibubapa kamu, kamu cari cikgu, mintak pendapat. Bila cikgu-cikgu tak hiraukan kamu, tak ambil pusing dengan kebolehan kamu, kamu marah. Pada siapa kamu luahkan perasaan? Pada Cikgu Yusuf inilah! Tapi sekarang, cikgu jauh hati dengan sikap kamu ni. Kamu langsung tak nak kongsi apa-apa dengan cikgu dah! Sedih tau, bila anak murid kesayangan cikgu buat cikgu macam ni.”

Wajahnya kutatap dalam-dalam. Sedikit sebanyak memang aku tahu kesalahanku bukan kecil terhadapnya. Dia terlalu mengambil berat tentang diriku. Dia terlalu prihatin. Dia bagaikan ayah bagiku. Banyak yang ingin ku nyatakan. Banyak yang ingin ku beritahu.

Namun, aku sudah mengetahui sebab mengapa dia terlalu mengambil berat. Aku sudah faham mengapa sikapnya begitu berbeza terhadapku berbanding murid-murid lain. Dan aku jadi takut andai apa yang ku ketahui ini adalah kenyataan. Aku jadi resah bila memikirkannya.

“Syyy, cerita ni kita-kita aje yang tahu, orang lain semua tak tahu lagi.”

“Sensasi ni! Berita apa?”

“Cikgu Yusuf!”

“Kenapa dengan duda tu?”

“Dia nak kahwin dengan budak tak cukup sifat tu!”

“Apa?”

“Cikgu Yusuf dah pergi meminang Nadirah! Dia nak kahwin dengan budak tu!”

“Hah?”

Aku boleh membayangkan bagaimana terlopongnya mulut guru-guru perempuan yang suka sangat bergosip tu. Merekalah yang memeriahkan bilik guru SMKRMM dengan pelbagai cerita, seolah-olah mereka lebih tahu berbanding tuan punya diri. Ketika Heliza menyampaikan perkhabaran itu kepadaku, tentu sahaja mereka sedang tertawa terbahak-bahak di sana. Memang sensasi perkhabaran dari mulut manusia tak berinsuran itu. Dan, perkhabaran itulah yang menyebabkan aku tidak mahu rapat dengan Cikgu Yusuf lagi.

Hari itu, hari terakhir Peperiksaan STPMku. Aku tersangat lapar, sebab itu aku singgah di kantin untuk makan. Tidak disangka-sangka, Cikgu Yusuf masih berada di sekolah, maklumlah, sekolah sudah mula bercuti di hujung tahun. Sungguh, kalau aku tahu Cikgu Yusuf ada, pasti aku akan terus balik ke rumah! Tidak mahu aku menyinggah.

Cikgu Yusuf merenungiku dengan pandangannya yang lembut itu. Bergegar perasaan mudaku bila membalas tatapan matanya yang redup. Aku jadi keliru dalam resahku.

“Dira, habis STPM, Dira nak buat apa?”

Aduh, soalan cepumas itu ditanya padaku. Apa harus kujawab? Takutnya! Macam mana kalau dia melamar aku di sini? Malunya aku nanti!

“Saya tahu, Dira nak sambung belajar di universiti, kan?”

Aku angguk.

“Nak ambil jurusan apa? Akaun?”

Aku angguk lagi.

“Baguslah! Tapi, lepas kahwin pun boleh masuk U, Dira!”

Aduh! Dia dah buat dah! Apa yang aku bimbangkan, sudah terjadi! Apa yang disampaikan Heliza padaku sebulan dulu betul-betul menjadi kenyataan. Memang dia nak kahwin dengan aku! Sekarang dia melamar aku lah pulak! Nenek! Tolong Dira!

Aku tak mampu bersuara. Lantas kuhantarkan penolakanku dengan menggunakan bahasa isyarat. Aku harap dia mengerti.

“Dira tak nak kahwin dengan..” Tidak ku sebut namanya kerana aku yakin dia faham. “Dira nak masuk U, belajar, tanpa gangguan. Dira nak jadi pelajar universiti yang menyerlah. Kahwin-kahwin ni kemudianlah, cikgu. Tak nak fikirkannya lagi. Maaf, ya!”

Cikgu Yusuf kelihatan bingung. Air wajahnya berubah. Ha’ah, bukan salah aku, okey! Kau tu yang tak sedar diri. Umur kita punyalah jauh berbeza? Aku patut panggil kau ayah, tapi, kau? Kau nak suruh aku panggil kau, abang? Gelinya!

Aku terus pergi. Dia tidak kutemui lagi. Apa yang aku tahu, dia pencen pada umur 56 tahun, bulan Jun tahun berikutnya. Sejak itu, aku tidak pernah mengambil tahu tentang dirinya atau perkhabarannya. Sungguh, aku dah buang dia jauh-jauh daripada lipatan memoriku.
..............................................

3

Di pejabat. Selepas bercuti selama 3 hari, aku balik semula ke Kuala Lumpur. Hajat untuk berhenti kerja, terbantut, akibat halangan nenek. Nenek ikut aku balik ke sini. Hmm, senyumku meleret hari ini. Kenapa? Sebab, aku gerenti makan sedap bila balik kerja nanti. Tidaklah asyik nak kena beli bungkus aje. Letih anak tekak!

“Senyum tu tentu untuk I, kan?”

Sapaan lembut itu menusuk ke kalbuku. Wajahnya kutatap tanpa jemu. Saat ini, dia sedang membalas senyumku untuknya. Aduhai, tak sedar diri betullah aku ni!

Lantas senyumku mati. Wajahku, kualihkan ke lain. Aku malu. Aku tak sepatutnya tersenyum pada dia. Aku tak sepatutnya menatap wajahnya. Aku...

“Ifa ada kat dalam?”

Hah, itulah sebabnya. Sebab Nazifah, aku tidak boleh leka menatap senyuman lelaki di hadapanku ini. Dia milik orang lain dan orang lain itu ialah adik aku.

Kus semangat, jangan nak berebut dengan Cik Nazifah, Nadirah! Percuma aje kau dikutuknya nanti!

“Ada, Encik Zairi. Nanti saya buzz,ya.”

Berdebar jantungku bila tangannya berada di atas tanganku, untuk menghentikan apa yang ingin aku lakukan. Lebih mendebarkan bila senyumannya meleret melihat tangan kami yang bercantum. Puas kutarik namun genggamannya semakin erat. Ini tak boleh jadi ni!

“Encik Zairi, please let go of my hand!” Jegilan kusertakan agar dia takut padaku namun tawanya semakin menjadi-jadi.

“Have dinner with me tonight!”

“Apa?”

“Kalau you janji yang you nak temankan I makan malam, malam ni, I akan lepaskan tangan you yang lembut ni. Kalau tidak...”

“You dah gila, ya? Pergilah ajak buah hati you kat dalam tu. Yang ajak I ni buat apa?” Marahku.

“I nak cium jari-jari runcing you ni...”

Nenek, tolong Dira! Aku semakin bimbang bila dia semakin menundukkan wajah. Kenapalah dengan lelaki ini? Dah kena rasuk ke? Makin dekat! Makin dekat! Nenek, tolong!

Lantas aku menganggukkan kepala sambil berkata, “Baiklah!”

Encik Ahmad Zairi Husaini melepaskan tanganku serta merta. Wajahku ditatap semula. Serius wajahnya kali ini menambah kencang denyutan nadiku. Menambah laju degupan jantungku.

“Maaf, Nadirah binti Munzir. I ngaku salah sebab pegang tangan you sedangkan you dengan I bukan muhrim. Tapi, ikhlas I nak bagitahu yang I tak menyesal melakukannya. Tangan you tu lembut sangat. Nampak sangat yang you ni manja dan tak reti buat kerja. Selama ni, nenek you yang buat semuanya untuk you, ya?”

Aku mengerutkan dahi. Mana pulak mamat ni tahu tentang nenek? Aku tak pernah bercerita kepada sesiapa. Hanya Heliza aje, itupun, Liza tidak bekerja denganku di sini. Isk, saspen ni!

“Hey, you!”

Langkah untuk meninggalkan aku terhenti. Encik Zairi menoleh dan memandangku tajam. Kecut perutku. Dia marah ke?

“Nadirah, sekali lagi you jerit macam tu bila you panggil I, siap you! I will....”

Aku menekup bibir bila pandangannya melekat di situ. Pipiku? Usah ceritalah! Tentu rona kemerahannya masih berkekalan. Seperti seluruh diriku yang kini sedang beritma, semuanya terketar-ketar. Apa masalah dia ni sebenarnya, ya? Bukankah dia kekasih Nazifah? Yang tiba-tiba perangainya pelik bin ajaib terhadap diriku ini, mengapa?

“Eh, you ada kat sini, Z? You nak jumpa I ke?” Nazifah kemudian memandangku dengan pandangannya yang penuh kebencian, seperti selalu. Habislah aku! Dia tentu akan mengamuk padaku nanti.

Aku silap perhitungan. Nazifah tidak menunggu untuk memarahiku. Di hadapan Encik Zairi, dia terus menembakku dengan peluru kata-kata.

“You stupid woman! Dah lah cacat, tak sedar diri pulak tu! Ada hati nak mengorat boy friend orang! Weh, cermin diri tu dulu, tahu! Awak tu dahlah pekak! Nak kata bisu tidak tapi cakap tergagap-gagap! Guna bahasa isyarat segala! Tapi, masih ada hati nak tackle Zairi. Memang muka tak tahu malu!”

Aku tak tahan mendengar cemuhannya lagi. Geramnya aku mendengar tuduhan itu. Sesedap rasa dia memarahiku tanpa usul periksa. Dia ingat aku ni apa? Tunggul mati?

“Nazifah, jaga mulut tu! Aku ni lebih tua daripada kau, tahu! Jangan ikut sedap mulut kau nak mengata aku! Mentang-mentang aku ni macam ni, wah, bukan main kau menghina aku, ya? Hey, memang aku ni cacat tapi aku pun manusia macam kau jugak! Aku ada perasaan, tahu! Jangan kau nak hina hina aku lagi! Dan ingat ni! Lebih baik cacat macam aku ni daripada cukup sifat, sempurna macam kau, tapi tak tahu nak menghormati orang lain. Sekurang-kurangnya, aku ni taklah sombong macam kau. Sekurang-kurangnya, aku ni tak biadap dengan bapak aku, macam kau yang biadap dengan Datuk Mukhriz. Sekurang-kurangnya...”

“Z, you nak biarkan aje ke dia ni hina I?”

Aku memandang wajah Ahmad Zairi Husaini sekilas. Menyampah aku! Kerana sikapnya yang pelik hari ini, aku jadi mangsa kerakusan adikku sendiri. Kerana dia, aku dikutuk kaw kaw oleh Nazifah. Kerana dia, aku menghambur kemarahan yang selama ini dapat ku kawal. Kerana dia,”

“You yang salah, Ifa! I memang setuju sangat dengan Nadirah. I sokong 100% kata-kata dia. You ni terlalu angkuh! Untuk pengetahuan you, dan untuk pengetahuan semua orang, I tak pernah anggap diri I ni boyfriend you, Ifa. I cuma suka pada Nadirah sorang. Sejak lama dulu. So, kalau sesi soal jawab ni dah selesai, I nak bawak Nadirah balik. Boleh?”

Aku terkaku di tempat aku berdiri. Terkejutnya aku mendengar pengakuan lelaki itu. Dia bikin aku bingung. Dia buat deru nafasku laju seakan-akan aku diburu haiwan yang ganas, yang ingin menerkamku. Dia buat aku keliru. Tak ketahuan jadinya diri ini!

Ketika Encik Zairi menarik tanganku dan membawaku keluar dari pejabat itu, aku masih lagi kebingungan. Aku cuba mencerakin tiap patah perkataan yang lelaki ini lafazkan.  Aku cuba mencari-cari makna. Namun aku gagal. Aku tidak memahami, jauh sekali untukku mengerti.
.........................................................  

4

Zairi menghantarku sehingga di hadapan pintu rumah. Ketika nenek membuka pintu, aku menjadi pelik. Nenek memandang wajahku dan wajah Zairi bergilir-gilir.

“Kata nak ajak Dira makan malam sama-sama?”

Aik, macam mana nenek boleh tahu plan si Zairi ni? Yang lebih penting, macam mana nenek boleh kenal dengan Zairi? Bila? Bagaimana? Di mana? Kenapa duniaku semakin tak keruan ni?

“Cucu nenek, si Nazifah tu dah rosakkan rancangan saya. Dah hilangkan mood romantis saya, nek!”

Cewah! Cewah! Boleh dia cakap macam tu pada nenek? Dan, nenek pula ketawa mengekeh. Tak faham! Aku sungguh-sungguh tak faham!

“Nenek, cucu kesayangan nenek ni dah keliru. Nampak bingung aje tu. Kesian dia, kan, nek?”

Encik Zairi mengusikku dalam tawanya yang masih bersisa. Nenek memandang wajahku sebelum beralih menatap wajah lelaki itu semula.

“Macam nilah! Tak payahlah korang nak ber ‘candle lit dinner’ malam ni. Zairi, kamu telefon ayah dengan mak kamu, suruh dia orang datang sini. Kita makan ramai-ramai nanti. Lagipun, nenek dah masak banyak lauk tu. Entahlah, macam terasa-rasa pulak yang rancangan kamu ni tak kan jadi malam ni.”

Aku angkat tangan kananku. Mula-mula tu rendah sahaja tetapi bila kedua-dua mereka tidak mengendahkan, aku mengangkatnya  lebih tinggi lagi, sehingga akhirnya, seperti aku hendak menjawab soalan yang cikgu tanya pula.

“Nenek! Encik Zairi! Dira ada soalan nak tanya!”

Mereka akhirnya berhenti berbisik-bisik lantas memandangku. Tawa mereka meletus bila melihat tangan kananku yang masih tegak ku angkat. Aku memasamkan muka. Geram!

“Nak apa?”

Serentak mereka bertanya kemudian serentak juga meletus tawa mereka lagi.

“Dira nak tahu semuanya!” Suaraku mengharap simpati.

“Malam nanti, bila semua orang ada kat sini.” jawab nenek tegas.

Aku mencipta muncung itik nila. Tentu ia lebih panjang daripada muncung itik biasa. Namun cepat-cepat ku tutup mulutku ini apabila pandanganku bertembung dengan pandangan mata nakal si Zairi. Berani sungguh dia! Di hadapan nenek, dia menatap wajahku penuh...

Arghhh...........

Aku bersiap-siap seadanya. Memakai baju kurung berwarna ungu muda kesukaanku. Tudung yang kukenakan pun sedondon warnanya dengan baju yang kupakai. Gincu kularikkan ke bibir. Melihat wajahku di cermin, aku rasa, pasti mata Zairi akan terbeliak memandangku. Biarkan! Memang aku ingin menggodanya. Kerana, sepanjang hari ini, dia asyik menggodaku. Dia, yang aku kenali hanya di pejabat. Dia yang jarang kusapa. Dia yang aku tidak berani memandangpun mengaku bahawa dia sukakan aku. Cintakan aku. Sudah lama, katanya!

Entahlah.....

Kalau bukan dia yang tidak betul, mungkin aku yang sudah sewel. Kalau bukan dia yang gila, mungkin aku yang sudah hilang akal. Kalau bukan dia yang tidak waras, mungkin aku yang sudah keliru.

Apa-apapun, malam ini menjadi penentu. Entah apa rancangan dia dan nenek, aku tidak tahu. Yang pasti, akulah agenda mereka berdua.

Bunyi loceng pintu mengejutkan aku. Sekali lagi aku merenung cermin rias. Aku kemudian mengukir senyum. Langkah kuatur keluar untuk menyambut tetamu yang datang.

Senyuman di bibirku mati melihat dia. Sebaik mata kami bertembung, aku rasa bagai hendak menyembunyikan diriku. Tetapi ke mana?

Nenek menarik tanganku mendekati lelaki itu. Di sisinya, berdiri seorang wanita anggun yang memandang wajahku sambil tersenyum-senyum. Mataku mengerling ke arah kalendar. Hari ni hari apa, ya? Berapa hari bulan? Apakah hari ini “Hari Senyuman Sedunia?”

“Assalamualaikum, cikgu. Apa khabar?” Aku menyapa dia setelah aku tidak dapat menahan kesakitan akibat cubitan halus nenek di lenganku.

“Khabar baik, Dira. Dira sihat nampaknya.”

Aku mengangguk.

“Dira, cikgu kenalkan isteri cikgu, Hasnah. Nah, inilah anak murid kesayangan abang, Nadirah.”

Kami bersalaman. Aku tunduk mengucup jemari wanita itu. Lembut dan halus. Sejuk tangannya kugenggam erat.

“Dan, itu, yang sedang gelakkan kamu tu, anak cikgu!”

“Hah?”

Aku terkejut besar dibuatnya. Aku berpaling ke arahnya. Dia juga memakai baju berwarna ungu, ungu tua, warna yang menyerlahkan putih kulitnya. Warna yang amat sesuai dengan dirinya.

Zairi bangun mendekatiku. Di hadapanku dia berhenti, memanggilku mesra, 

“Assalamualaikum, Nadirah binti Munzir. Kenalkan, saya, Ahmad Zairi Husaini bin Yusuf. Saya anak Cikgu Kaunseling awak, Cikgu Yusuf, yang sangat-sangat sayangkan awak. Nama awak asyik bermain di bibirnya sehingga saya jadi cemburu pada awak. Mulanya, saya ingat dia tergila-gilakan awak. Saya sangka, dia nak kahwin dengan awak. Rupa-rupanya, saya silap! Cikgu awak ni sayang sangat pada awak sampai dipaksanya saya untuk ambil awak jadi isteri saya. Tak ada logika sama sekali, tapi saya ni anak yang baik. Saya patuh pada kehendak ayah saya. Saya ikut ke mana awak pergi walaupun awak tak pernah tahu. Saya,”

“Cop! Kejap!”

Zairi menjongketkan keningnya.

Aku menatap tajam wajah lelaki di hadapanku ini sebelum berpaling memandang wajah Cikgu Yusuf.

“Sejak bila cikgu nak kahwinkan saya dengan anak cikgu ni? Setahu saya, cikgu yang beria-ia nak kahwin dengan saya. Malah, Heliza sendiri bagitahu saya yang dia dengar semua guru perempuan kat bilik guru bercakap tentang cikgu yang nak kahwin dengan saya. Diaorang..”

Kata-kataku terhenti bila kulihat Cikgu Yusuf  beria-ia mentertawakanku. Gelaknya dia! Terbuka luas rahangnya membuat kurasa seperti hendak kusumbat mulutnya itu dengan kain buruk. Bencinya aku! Apakah kata-kataku itu tadi gurauan baginya? Dia ingat, aku ni peserta perempuan yang menyertai pertandingan Raja Lawak? Ah, sudah!

“Siapa suruh kamu percaya pada gosip? Kenapa kamu tak tanya pada saya sendiri?” soalnya bila ketawanya reda.

“Nak tanya cikgu? Malulah saya!” balasku geram.

Cikgu Yusuf masih ketawa kecil lagi. Dia menyebut, memandang ke arah nenekku yang sedang tersenyum manis. 

“Sekarang saya dah faham, mak cik! Dah faham kenapa Dira menjauhkan diri dia daripada saya di bulan-bulan terakhir masa dia di Tingkatan Enam tu! Dia ingat saya pergi merisik ke rumah mak cik sebab saya pergi meminang dia untuk saya.” Kepadaku dia menggeleng-gelengkan kepalanya. “Masya-Allah! Nadirah, Nadirah! Ada ke patut saya yang tua ni nak kahwin dengan budak mentah macam kamu masa tu? Memang tak masuk akal betul andaian yang kamu buat. Itulah! Percaya sangat cakap orang! Dira, dari dulu, hajat saya cuma satu. Saya nak kamu jadi menantu saya. Saya nak kahwinkan kamu dengan budak ni!”

Aku menjeling Zairi yang sedang tersenyum sinis kepadaku. Hari ini, aku betul-betul malu. Malu kepada Cikgu Yusuf. Malu kerana menuduhnya hendakkan diriku ini. Oh, ke mana muka harus kusembunyikan? Mengapakah aku berprasangka buruk kepada cikgu yang selama ini tidak jemu memberi sokongan moralnya padaku? Mengapakah seburuk ini sikapku? Siang tadi, aku begitu bangga memberitahu Nazifah bahawa sikapku jauh lebih baik daripada dirinya. Malangnya, malam ini...

Aduhai, kalaulah Nazifah mendengar keluhan Cikgu Yusuf, pasti dia mentertawakan diri ini. Lebih baik konon? Malunya! Maluuuu...

Aku rasa ingin menangis kerana sesungguhnya saat ini, aku rasa terlalu bersalah. Dan sudahnya, aku menangis juga di situ. Di hadapan cikgu kesayanganku. Teresak-esak aku menangis. Tangisanku penuh penyesalan. Mengenangi sikapku yang biadap kepadanya dan juga kepada nenek. Ya, nenek sering cuba memberitahuku bahawa Cikgu Yusuf bukan seperti yang aku fikirkan tetapi aku tidak pernah mahu mendengar. Aku degil! Aku sentiasa menegakkan benang basahku sehingga nenek putus asa dengan sikapku. Akhirnya? Hah, terimalah! Inilah balasan terhadap sikap negatifku itu!

Nenek akhirnya mencelah, “Dahlah tu, Sop! Semua dah okey hari ini. Tak ada rahsia lagi. Akhirnya Dira dah percaya bahawa kamu bukan haruan yang makan anaknya. Dira, mintak maaf pada cikgu!”

Aku mengangguk. Aku segera melutut di hadapannya yang sedang duduk di kerusi.

“Cikgu, Dira minta maaf. Dira minta ampun. Besarnya dosa Dira pada cikgu. Dira tak mengenang budi. Dira ni jahat. Dira....”

Puan Hasnah yang bersuara. Lembut dia memujukku, meletakkan tangannya di atas bahuku. 

“Sudahlah tu, Dira. Jangan dikutuk diri sendiri. Yang lepas tu, biarkanlah. Jadikan tauladan, okey!”

Aduhai, patutlah Cikgu Yusuf memilih dia sebagai isterinya. Suaranya yang lembut, begitu memukau. Terpesona aku dibuatnya.

“Hasnah, mana boleh camtu? Hisy, pandai-pandai aje awak ni. Dira, cikgu tak boleh maafkan kamu. Tak boleh!”

“Sampai hati, cikgu!” Aku menangis lagi. Ya, sampai hatinya menolakku. Keras sungguh hatinya. Terluka sungguh dia rupa-rupanya sehingga tidak sanggup memaafkan diriku ini. Sedihnya! Sedihnya aku!

“Cikgu tak akan maafkan kamu selagi cikgu tak dengar daripada mulut kamu sendiri yang kamu sudi terima anak cikgu, si Zairi ni, sebagai suami kamu.”

Aku terkesima. Wajah kuarahkan kepadanya. Memandang teman sepejabatku. Memandang Ahmad Zairi Husaini bin Yusuf.

Kami bekerja bersama-sama sejak setahun yang lepas. Waktu itu aku baru menamatkan pengajianku di Universiti Malaya. Dia? Zairi memang sudah lama bekerja di pejabat itu sebagai jurutera. Sudah hampir lima tahun. Selama ini, dia memang sering cuba mendekatiku namun, di mana ada dia, di situ ada Nazifah. Sebab itulah aku menyangka mereka berdua ialah pasangan kekasih. Manalah aku tahu yang dia sedang ‘usha’ diriku ini?

“Weh, apa tengok-tengok kat I? Jawablah soalan ayah I tu? Sudi tak you kahwin dengan I, Nadirah? Hah, jawab, jangan tak jawab!”

Ayah dengan anak sama sahaja perangainya. Otaknya, (1 – ¼).

Macam mana nak jawab, ya? Tak kan nak mengangguk. Malulah! Takkan nak menolak. Sayanglah pulak, kan? Hero yang nak dijodohkan dengan aku ni, hmm, handsome, baik, peramah, alim? Alim ke?

“Jangan risau, Dira. Insya-Allah, Zairi ni dah cikgu didik sebaiknya. Cikgu rasa, dia mampu memikul tanggung jawab sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab. Dia...”

Bla, bla, bla...

Hmm, kembanglah...dipuji si ayah. Itu yang tersengih-sengih bagaikan kerang busuk tu.

“Dira,” Suara nenek pastinya untuk mengingatkan aku bahawa jawapan perlu kuberi kepada mereka.

“Tapi, Dira ni tak cukup sifat. Telinga tak berfungsi dengan baik. Bertutur pun kena tengok mulut dan bibir orang kalau tak pun kena guna bahasa isyarat. Nanti, tentu Encik Zairi malu nak jalan sama-sama dengan Dira. Apa lagi untuk ke majlis-majlis. Sanggupkah orang yang sempurna seperti Encik Zairi menerima Dira yang cacat ni?” Aku mengeluarkan ayat ‘skema’. Meraih simpati mereka.

“Hah, kamu Zairi? Macam mana? Tu, Dira dah nyatakan kekurangan dia. Jangan di belakang hari, kamu kelahi dan cakap yang kamu kahwin dengan Dira sebab ayah paksa kamu. Sekaranglah masa untuk kamu tegaskan pendirian kamu.”

Wah, garangnya Cikgu Yusuf. Aku menoleh ke arah Zairi. Kini wajahnya serius sekali. Berapa umurnya, ya? Hati nakalku bertanya.

“Nenek, ayah, ibu, Dira. Saya hilang mak bila umur saya 6 tahun. Ayah bela saya seorang diri sampailah 3 tahun lepas, bila ayah jumpa ibu. Sepanjang hidup kami, tiap kali saya balik ke rumah masa cuti sekolah, nama perempuan yang selalu ayah sebut ialah Nadirah. Nadirah itu. Nadirah ini. Nadirah baik. Nadirah, murid yang cacat tetapi tingkahnya jauh lebih baik daripada murid yang sempurna. Kasihan Nadirah! Nadirah! Nadirah! Nadirah! Sehingga saya tertanya-tanya, kenapa ayah tak kahwin aje dengan budak Nadirah ni.”

Zairi berjeda seketika sebelum menyambung,

“Bila masa ayah pergi merisik Nadirah dengan nenek, saya tak tahu, tapi bila ayah tak kahwin dengan Nadirah sebaliknya ayah kahwin dengan ibu, saya jadi keliru. Lalu, saya tanya ayah, siapa Nadirah ni dalam hidup dia. Ayah jawab, bakal menantu ayah. Jadi, bakal menantu ayah bermakna isteri sayalah, kan, sebab saya anak tunggal ayah. Jadi, saya nekad untuk kenal Nadirah. Saya cari dia di UM. Saya intai dia dari jauh. Kat pejabat, saya cuba rapat tapi dia ingat saya hendakkan Ifa. Selepas saya yakin tentang hati dan perasaan saya, itu yang saya ikut ayah dan ibu jumpa nenek. Saya rasa, dalam usia yang mencecah 33 tahun ini, saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada Nadirah dan sebagai ayah kepada anak-anak kami nanti.”

Menitis air mataku mendengar pengakuan tulus Zairi. Lelaki sempurna itu memilihku yang serba kekurangan ini. Apa lagi mahuku?

Nenek tersenyum. Malah semua orang tersenyum kerana kini, jika diizinkan Tuhan, aku dan Zairi akan disatukan dalam ikatan perkahwinan.

Tiba-tiba terjengul kepala Datuk Mukhriz di pintu gril. Eh, siapa pula perempuan yang berdiri di belakangnya itu?

“Dira, pergi bukakan pintu.” nenek mengarahkanku.

Aku segera membuka pintu. Datuk Mukhriz, Nazifah pun ada, terus menonong masuk ke dalam rumah sewaku. Dan perempuan bertudung biru itu pastilah ibuku. Dia tidak masuk, hanya memerhati diriku ini dengan suatu pandangan yang ternyata penuh sendu. Terlalu sayu.

“Masuklah, Noriah. Buat apa tercegat di luar tu?” tanya nenek.

Entah kenapa, aku seperti terasa bahawa Datin Noriah ingin mendakapku. Segera kuelak. Aku tak layak untuk dipeluk oleh wanita hebat ini.

“Dira, apa lagi yang kamu fikirkan tu? Salam tangan ayah dengan emak kamu tu.”

Perlukah? Entah mengapa, kepada Zairi, soalan berupa isyarat mata itu kuhulurkan. Dan bagaikan mengerti, dia menganggukkan kepalanya. Aku akur. Aku segera menyalami tangan mereka, dan secepat itu juga aku menjauh. Takut ‘tulah’ mereka nanti dengan anak cacat ini.

Heliza juga baru sampai ke rumah. Dia kehairanan melihat rumah kami dipenuhi tetamu. Aku segera meminta maaf darinya. Nasib baik rakanku yang seorang ini amat memahami. Kebetulan, dia harus keluar. Keluarga bakal suaminya baru tiba dari Ipoh. Dia hendak berbincang dengan mereka.

Suasana hening seketika. Nazifah memandang diriku tanpa berkelip-kelip. Mungkin dia sudah tahu bahawa aku ini kakaknya.
............................................................................................................................................................

5

“Hmm, mata abang tu nak kena cucuk ke? Tak boleh ke abang tengok tempat lain? Bosan tau, asyik jadi habuan mata nakal abang tu!”

Dia ketawa. Aku sangkakan dia hendak marah tetapi tidak! Dia sebaliknya ketawakan aku. Apalah nasib dapat suami yang kuat gelak ini.

Aku berundur ke belakang bila dia mara mendekatiku. Alamak! Takutnya! Ni, mesti nak tuntut hadiahlah ni!

Hari ini, kami selamat dijabkabulkan sebagai suami isteri. Datuk Mukhriz menjadi waliku. Datin Noriah menjadi pengapitku. Oh ya, hubungan kami sudah semakin baik. Aku tidak pernah menyesal ditinggalkan oleh mereka untuk dipelihara oleh nenek.

Kerana nenek, aku hidup di kampung. Bertemu dengan Cikgu Yusuf yang amat menyayangi diriku dan akhirnya bertemu jodoh dengan anaknya ini. Bertuah kan, aku?

“Fikir apa tu?” Zairi yang kini berdiri betul-betul di hadapanku bertanya.

Aku ingin mengenakannya. Lalu, menggunakan bahasa isyarat, aku membalas, penuh yakin bahawa dia tidak akan mampu memahami apa yang ingin ku sampaikan. Bersama senyuman yang manis, aku melakukannya.

“Dira fikirkan abanglah. Abang nampak gemuk pakai baju Melayu kain songket warna biru laut tu. Perut abang buncit. Pipi abang tembam. Dah tu, tadi masa berdiri kat pelamin, abang jadi ‘ketot’ daripada Dira sebab Dira pakai kasut tumit tinggi 3 inci. Hmm, apa lagi?”

Aku sebenarnya hendak ketawa melihat dia mengerutkan dahi namun ku tahankan.

“Dahlah macam tu! Ada ke patut, asyik buat silap masa ijab kabul? Kalau lelaki lain, sekali lepas aje, abang tadi tu..5 kali, kan? Takutlah tu.... Eleh, konon macho! Tapi depan Datuk Mukhriz terus kantoi....”

Bahasa isyarat ku terhenti bila Zairi meraih pinggangku ke dalam dakapannya. Aku menjadi tidak keruan bila pertama kali berada dalam dakapan eratnya. Hilang segala skrip yang kuhafal untuk mengenakannya tadi. Gementar hatiku. Lemah jiwaku bila tangannya mula membelai.

“Lepaslah! Dira tak mandi lagi ni!” Aku meronta untuk melepaskan diri.

“Tahu takut! Sedap ya mengata abang tadi? Ingat abang tak faham? Abang dah pergi kursuslah, sayang. Nak kahwin dengan Dira, mestilah abang belajar semua yang ada kena mengena dengan isteri abang ni!”

Bahasa isyaratnya membuat aku terkedu. Dia memahami aku rupa-rupanya. Dia memang ikhlas mengahwiniku. Dia membuat aku rasa dihargai. Dia membuat aku rasa amat disayangi.

Dan, terima kasih, cikgu. Dira tak sangka, cikgu benar-benar sayangkan Dira dan mahu Dira jadi isteri kepada anak cikgu ini. Terima kasih, cikgu. Anugerah kasih cikgu ini akan Dira sayangi sampai sepasang mata ini tertutup rapat nanti.  

Ya, terima kasih cikguku, atas segalanya! 
........................................................................

Panjanglah pulak cerpenku kali ini.

Cerpen ini kutujukan khas kepada semua guru (termasuk aku) yang bakal menyambut Hari Guru pada 16 Mei nanti.

Jadilah guru yang diingati anak murid kerana keikhlasanmu mengajar mereka. Biarlah, tiada ucapan terima kasih yang kau terima. Biarlah, tiada hadiah yang kau dapat. Asalkan kau tahu bahawa sebagai guru, kau sudah memberikan yang terbaik kepada mereka.

ikhlas dr sofi. 
   

Ulasan

  1. tak semua yg cantik itu, jahat.
    dan tak semua yg sederhana tu baik...... allah jadikan semua makhluk sama rata, yg baik dan yg jahat.

    BalasPadam
  2. betul tu! sokong, qilah!

    BalasPadam
  3. Setia insan ada kelebihan dan kekurangan. Hargailah ia. Selamat hari guru kepada semua guru-guru ku dan semua insan yang bergelar guru.

    BalasPadam
  4. salam bba

    ya, slmt hari guru,cikgu2

    BalasPadam
  5. best! chegu sofi..
    kak..tamau wat sambungan??

    BalasPadam
  6. ini cerpen aje, may lin... rasanya, sampai di sini aje kut...

    cukuplah, ya!

    BalasPadam
  7. selamat hari guru! cerpen ini menarik. saya suka.

    BalasPadam
  8. terima kasih muna.

    seronok sofi bila ada org yg sukakan hasil penulisan sofi ini.

    BalasPadam
  9. kak sofi...sedih laa sy baca cerpen nih..walaupun ending nnya bahagia..huhuhuhu..berlinang gaklaa airmata..cian dira...

    BalasPadam
  10. salam shima,
    bukan tujuanku utk mengalirkan airmata di pipi mulusmu itu...
    wakaka...hehe jgn marah ya!

    BalasPadam
  11. bhagianya bertemu jodoh ngn lelaki yg terima kita seada...pe2 pun ucpan terima kasih mmang layak utk cikgu!!!

    BalasPadam
  12. Dira .. Dira , buat sya gelak pagi2 ..
    huhuhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…