Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

66.mcm mana dia buat, ek?

salam,


aku, mcm korang,  cuti 3 hari hujung minggu ni. cuti wesak, cuti sabtu dan cuti ahad. dlm kepala, dah siap draf apa nak kena buat spjg cuti ni. semak k3 fizik, tu yg utama. kl x, jenuh masa cuti sekolah nnt. di + dgn paper 2 and paper1 then, dgn paper maths 1/ 2, whoa... alamat penuhlah tugasan masa cuti dua minggu aku nnt!


oh ok! x nak citer pasal aku lah! ari ni aku nak share dgn korang ttg keistimewaan satu blog nih. blog nih bg aku mmg best, tersangat menarik. dr segi isinya. kl tengokkan dia punya design or layout , hmmm, biasa je.. hehe, jgn marah...


ni blog org muda yg kreatif dgn citer2 yg bagi aku, sangat hebat. tiap n3 dia, aku mesti tertunggu-tunggu. dan kl tgk kpd yg beri komen kpd tiap post yg dia masuk..aku yakin, mereka juga spt aku, sentiasa excited. 


istilah yg terbaik aku nak guna ialah...aku dah addicted dengan tulisan cik cucuratap. mula2 baca advidhaq, rasa pelik bin ajaib dengan tajuk dia. baca n3 7 terus gelak kekeh kekeh...then rewind n3 1 sambungggg ke 30. …

65. Bila Kau Bisikkan Cinta

Poll untuk memilih nama baru bagi TERASING sudah berakhir. Dan nampaknya, ramai suka kalau ia menjadi BILA KAU BISIKKAN CINTA.

Hmm, romantis tajuk baru ni, kan? Harap-harap, nama baru ini memberi keserasian kepada Sufiah dan Adif.

Insya-Allah, di blog ini nanti tajuk baru Bila Kau Bisikkan Cinta akan mula aku gunakan pada Terasing 19 nanti.

Dan, di bawah ini, kuselitkan lirik lagu Terlalu Cinta sbg lagu temanya. (ewah, ada lagu tema lagi!)

Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu
Kucoba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu Mengapa semua ini terjadi kepadaku Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia… Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu Mengapa semua ini terjadi kepadaku Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya
Namun apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu…

64. terlambat sudah

Ketika Perkawinan Rumah Tangga Anda Mulai Jenuh.. Mungkin cerita ini dapat menginspirasi Anda.. Ingatlah.. Kita tidak datang ke dunia untuk mencintai orang yang sempurna.
Ayat-ayat itu mengajakku untuk mengetahui lebih lanjut apa yg ingin penulisnya ceritakan. Tentulah aku ingin tahu krn usia perkahwinannku sudah menjangkau suku abad.
rumahtangga yg mulai jenuh, kata penulis itu.
Ceritanya berkisah tentang luahan hati seorang isteri yg mendapat seorg suami yg pendiam, yg merupakan  kekasihnya selama 6 tahun. Ertinya perkahwinan ini berasaskan cinta namun dingin kerana suami tidak pernah sama sekali menunjukkan rasa cinta terhadap isteri. Kehidupan seolah-olah menjadi suatu rutin.
Ditakdirkan si suami jatuh sakit, dan dlm kesakitan itu di mata terpancar cahaya bila seorang bernama Meisya muncul dengan ceria. Sinar itu menyebabkan siisteri terdera perasaannya. Oh ya, nama si isteri ini ialah Rima dan suaminya, Mario.
Hatiku terasa sakit, lebih sakit dari ketika dia membalikkan tubuhnya membe…

63. sayangnya....

salam...


hari ini aku bukak facebook kelab peminat novel.
sebenarnya, mmg tiap-tiap hari aku menjengah ke laman ni,
saja suka tengok pelbagai komen dan ada buku2 baru.
so, kenapalah hari ni jadi special pulak?
sebab....sebab....sob,sob,sob!!!!!
ada satu novel baru ni kan nama dia, kan......


TERASING


aduh..duh....duh....


lihatlah! rupa-rupanya, ada penulis lain juga yg sukakan tajuk TERASING ini.


maka, hati ini pun lantas tertanya-tanya...
masih bolehkah aku menggunakan tajuk serupa untuk 'TERASING' ku?


arghh, aku sedih dan keliru namun aku nekad.....
nekad untuk menukarnya.
aku mesti menukar tajuk itu.
dari TERASING menjadi????


nanti aku masuk dalam poll...
kawan-kawan tolong pilihkan, ya.


please!!!!!


sayangnyerrrrr..........


sofi

62. blogger in draft..memudahkan anda!

salam...
post ni khas utk akira bita dan sesiapa juga yg rajin dan suka tukar template tanpa kehilangan widget.

mula2 (ewah, mcm nak bg resepi memasak pulak, hehe!)
- pergi ke dashboard dan kat bawah sekali...cari Blogger in Draft kilk kat situ
pastu
-klik design/layout
pastu
-klik template designer
pastu
-anda dah boleh design template anda sendiri...ikut aje apa2 yg ada kat situ
mudah dan menawan dengan pelbagai background yg boleh anda pilih.

p/s: bukan semua template boleh diubahsuai...
kalau anda sayang pd template anda dan blogger notify yg dia x leh buat apa2 pd ur template...biar ajelah..

tp kalau anda berani dan nekad, macam sofi.. hehe

tukar aje...insyaallah widget/gadjet okey, x hilang

selamat mencuba...

ada kemusykilan...hantar komen, okey!

61. putih pulak kali ini...

salam...
bg anda yg sering ke mari, tentu terkejut. hehe...
aku tukar penampilan blog luahan ini lagi.
jangan marah, jangan pening..jangan keliru....
apa-apa pun..harap anda suka..

kpd lizz,
putih sekali ini...

dan,
kepada semua guru semalaysia,
sekali lagi
selamat hari guru.

p/s: kl ada yg x leh baca mana2 entri, buzz sofi okey!

60. SELAMAT HARI GURU, CIKGU

16 mei datang lagi. ntah apa signifikannya, aku x tahu tp mmg tarikh ini istimewa kpd semua guru di mana juga di serata dunia.


spjg menjadi guru, mmg meriah sambutan hari guru ini di semua sekolah yg aku pernah mengajar. dan paling istimewa, hari ini utk cikgu2 dr persediaan, permainan, persembahan, semua cikgu buat. makan pun guna duit kelab guru jugak.....hehe


aku tak kisahpun, dah mangli, kata org utara.


tp, tiap thn sambil nyanyi lagu Guru Malaysia, pasti, kutanamkan azam supaya aku adalah guru yg lebih baik hari ini drpd semalamku. dan supaya esokku lebih baik dpd hari ini. 


di zaman ini, menjadi guru bukan semudah dahulu. cabaran menghadapi karenah anak2 belasan tahun yg rata2 berpengetahuan internet ini amat mencabar. mereka > tahu dlm sesetengah perkara, jauh > tinggi pengetahuan mereka dpd guru yg mengajar. sbb tu, ada murid yg 'timing' > sikit dengan cikgu..


apa2 pun, aku ingin menyeru kpd golongan muda yg baru jadi cikgu. jgn malas2 ,okey! bila mengajar tu, berd…

Anugerah Kasihnya

bukan aku tajuk asal cerpen ini tp tiba2 rasa x best pulak. so ini tajuk barunya... Anugerah Kasihnya....baca, k! .................................................. 1
“Asyik menung aje sejak balik semalam. Kenapa?”
Aku menatap wajah nenek yang lembut. Aku memandang bibirnya yang sentiasa mengukir senyum untukku. Senyumnya kubalas. Kata-katanya juga kubalas menggunakan jari-jemari yang sudah terlatih membina ayat-ayat sejak aku kecil lagi. Bila nenek mengangguk-angguk, aku merasa lega. Itu bererti dia memahamiku.
Ah, sememangnya dia satu-satunya manusia yang dekat dengan diri ini. Dari sejak aku lahir lagi, aku cuma ada dia. Hanya dia! Kerana dia menggantikan istilah emak dan ayahku. Kerana dia….dialah ibu dan ayahku!
Pelik? Alah, mudah saja untuk korang fahami! Aku ni anak yang kelahirannya tidak diingini oleh emak dan ayahku! Anak tak sah taraf? Hey! No! Mujur tidak! Bukan! Aku ni anak halal, tahu! Tapi, aku ni cacat! Tak boleh bertutur dengan baik dan sedikit pekak. Ala-ala peguam yang n…

59. minggu blank...kosong

1 mei yg lepas ialah hari pekerja cuti. termasuk aku.

rupa2nya mood cuti ni berlarutan seminggu lamanya dah. kalau anda perasan, aku x byk msk pos sepanjang minggu ini. penyakit x tau apa nak tulis dah mai. penyakit x de idea dah menyerang.

payah! payah!

komputer dibukak 24 jam. taip bukan tak taip tp....ngeee....... all ideas gone with wind.

mungkin sbb aku sedih kut....

esok dah nak berpisah dengan anak keduaku.
buat pertama kali dlm hidupnya, dia terpaksa berdikari.
sebab?
sebab dia nak duduk jauh dpd mak dialah, iaitu aku!

hai anak,
lepas ni semua ko kena buat sendiri, k! makan, minum, pakai, tidur...ciannyerrrr...
tp nak buat mcm mn, kan?
x kan selamanya nak duduk bawah ketiak mak?

Cinta padamu

1
“Hoi, apa yang kau tengok tu? Sampai aku dah terpacak depan kau ni pun, kau tak peduli?” tanya Daniel. Dia kehairanan melihat tingkah sahabat baiknya, Zikri, yang sedari tadi asyik benar memerhati ke arah luar.
“Tu, cuba kau tengok tu!” Zikri membalas sambil memuncungkan bibir ke arah kolam renang.
Daniel menoleh ke arah yang Zikri tunjukkan. Dahinya berkerut-kerut.
“Apa ada kat kolam tu? Orang mandi-manda, kan? Biasalah tu!” katanya lalu duduk untuk menjamu selera. Nasi lemak yang masih panas itu sungguh menyelerakannya.
“Sebab ada yang luar biasalah, aku suruh kau tengok!” balas Zikri pula.
Daniel segera berkalih untuk mencari kelainan yang Zikri katakan. Apa yang dia nampak, masih sama. Kolam renang itu dipenuhi tetamu yang membawa anak-anak untuk bermandi-manda. Kanak-kanak...biasalah! Memang suka bermain air.
“Budak-budak tu ke yang kau maksudkan? Kenapa? Dah teringin nak ada anak? Ajak ajelah buah hati kau si Rahayu tu kahwin.” Kata Daniel sambil tergelak-gelak.
Zikri mendengus k…