Langkau ke kandungan utama

54 kalau

salam,

sekarang ni cuaca x menentu,, panas, hujan, panas balik dan hujan balik.jadi, dlm kdn ini, jagalah kesihatan diri, terutama anda yg akan mendepani peperiksaan di universiti2. sbb takut nnt kalau2 anda demam. duduk kat u yg jauh dpd mak, ayah, susahlah kalau anda sendirian dan tidak sehat.

dulu,lama dulu...masa di sekolah, cikgu pernah suruh buat karangan bertajuk, kalaulah aku...masa tu, aku mana ada idea nak tulis pape? waktu 80 minit aku rasakan terlalu panjang dan hasilnya, aku kena marah dengan cikgu bm yang handsome tu sbb dapat tulis setengah muka surat aje. 

perkataan kalau ni kita selalu gunakan dlm kehidupan, betul tak? macam aku! antara ayat yg boleh aku tulis menggunakannya ialah...





1. kalaulah aku menulis dari dulu, tentu dah banyak novel yg aku hasilkan. 
2. kalau aku dari dulu dah jadi novelis, tentu aku dah kaya sekarang
3. kalau aku ni rajin menulis dari dulu, tentu aku dah terkenal sekarang

wah....apa kesimpulan yang dapat dibuat?


mudah aje!


perkataan kalau itu melambangkan penyesalan.....ia menyatakan ketidakpuasan hati....ia menunjukkan bahawa aku insan yang tidak tahu bersyukur....ia menunjukkan betapa panjang angan-anganku...ia menunjukkan aku tak redha dengan kehidupanku 


sekarang...dan kalau itu juga memberitahu semua orang betapa menyesalnya aku dengan kehidupanku sekarang....


SEBAB ITU KITA HARUS BERHATI-HATI MENGGUNAKAN PERKATAAN KALAU ITU! 


bukan apa, dibimbangi kita menjadi manusia yang kufur nikmat. dibimbangi kita menjadi manusia yang tidak percaya kepada qada dan qadar. dibimbangi kita menyalahkan takdir.
kerana, kalau beginilah kita, SIAPA KITA NANTI DI SISI TUHAN? isk, isk...kalau lagi!!!
di pagi isnin ni, aku nak ingatkan diriku dan anda semua supaya jangan guna perkataan kalau, kalau hanya kerana kita menyesali diri. JANGAN SEKALI-KALI.


kalau x silap aku, dlm islam pun, perkataan kalau (yg = erti menyesal) memang tidak digalakkan penggunaannya. harap nik baca dan tolong jelaskan di blog nik, ya...
tapi kan kengkawan,


aku nak gunapakai perkataan kalau juga...hehe


satu pertanyaan, kalau aku hentikan novel cintaku satu sehingga bab 25 saja, anda semua marah tak?


mmm, mesti ada yg dah mengerutkan dahi, ya? alaaaaa...........


tp kawan-kawan, itulah yg akan aku lakukan, maaf ya, semua. 


mengapa?


sebab.... 


aku berniat nak jadikan cintaku satu, novel bercetakku yg kedua.
mohon maafkan hamba sekali lagi, okey!


sekali lagi, maaf.


cheerio 

Ulasan

  1. ala...pendeknye,,kalo nk cetak pon,biarlah lam blog byk gak cm tmkh...

    tp cedey... mesti lame nk tgu kua nvl cs t.. uwaaaaaaaa

    BalasPadam
  2. hoohhoho....
    adeh.....
    sdih lak bila novel cntaku 1 jd nvel brctak....
    ari ni dua nvel yg mnjd kgmranku akn mnjdi novel brcetak....
    huhuhuhuh....
    mst lama nak tnggu crta 2 trbit...
    pe pun gud luck...

    BalasPadam
  3. ok..sokong..kalo nk stop..baik stop sekrg..sbb belum klimaks..mcm TMKH..dah klimaks baru stop..so bila beli buku...baca yg ujung jer la..rasanya dlm 10 pg jer...cam x berbaloi beli..hsbn pun pelik..dia kata aikk sekejap jer dh abis...hehe...nk ulang x sempat la..teruskn berkarya...sofi mmg berbakat..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…