Follow Us @soratemplates

29.4.10

58. Tag lagi, layannnzzz

April 29, 2010 0 Comments



1) Adakah anda happy sekarang?
tentulah...


2) Kenapa anda happy?
bahagia kut...

3) Apakah benda yang boleh membuat anda happy?
macam2, depend pd situasi
4) Pernahkan anda menerima tag?
smlm..thanks akira
5) Nyatakan warna yang anda suka.
paling suka? yg lembut2

6) Berikan 6 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda tag supaya dapat respond. (klu nak lebih pown bley, kurang pown bley..)
pilih..yg kuranglah....   0 tag hehe

7) Nyatakan sifat orang yang tag anda. Buat dalam bentuk esei. Nak tulis panjang berjela pun takpe asalkan anda happy.

makkkkk? esei? ya ampunnnnn!

okey, nozi? 
hmm...
suka tgk wajah lembut dia
suka baca karya dia
suka gaya bahasa cerita2 dia
suka....sukalah semuanya...


8) Nie soklan cepu mas nieh. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?

ada suami hensem (cewah!) ada anak2 comel (mmm) ada novel dah terbit (alhamdulillah)
x de apa-apa lagi yg sofi nak...rasanyalah...
dah happy dah...

28.4.10

57....dah tua2 pun kena tag jugak...layan je lah!

April 28, 2010 6 Comments

salam..

sofi kena tag. alamak, terkejut sehh..sst yg x disangka-sangka. jd, nak kn jawab soalan nih..

layannnn...

1) adakah anda rasa HOT?

tak pun? tengah hujan lebat kat luar tuh.....

2) Upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang..?

sofi pilih 'none utk desktop. so 'none' lah kat sini, hehe..

3) Cerita pasal gambar nih...

kosong...x de benda, empty

4) Kali terakhir makan PIZZA...?

tak pernah makan, sekalipun sbb sofi x suka keju. 

5) Lagu terakhir anda dengar...?

dingin ~ ziana zain

6) Apa anda buat selain selesaikan tag nih...?

tengok bil. tetamu kat blog sofi hehe...ku kira, yeah..

7) Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa...?

cikgu sofi, mama, ana, 

8) Tag lagi 5 orang sape yer nak tag...?
Ok cuba kasi kat mereka. Tu pun kalau mereka respon ye. Tapi pastikan anda membaca respon mereka juga. Kalau tak sia2 saja mereka menjawab soalan tag ni.

payah nih...


9) Siapa orang no 1 pada anda..?

saya suka watak heroinnya yg lembut dlm pilihan hati

10) Katakan sesuatu pada orang no 5...?

saya suka bila anda beri komen....

11) No 3 ada hubungan dengan sape...?

tentulah dgn yg minatkan e novel dia, ya tak?

12) Bagaimana pulak dengan no 2....?

suka hasil tulisannya....terutama krn sayang

13) Kata-kata cinta dengan orang no 4...?

ilya...takkanlah 566 hari aje? cinta bukan utk selamanya?

14) Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda...?

kira? mmm, mestilah sejiwa ngan sofi, kan... lembut dan suka berangan wakaka..

yahoo!  google! apa lagi?
hehe merapulah pulak!
dah siap tag dah!
anyway, 
thanx to akira bita...

WISH YOU THE VERY BEST IN WHATEVER YOU DO.

27.4.10

55. Komen tentang novel TMKH

April 27, 2010 6 Comments
Di bawah ini disertakan beberapa komen yang telah sofi dapat dpd teman-teman yang sudah membeli novel TMKH. Bagi yang belum lagi memberi ulasan anda, sila berikan komen anda , k. Bukan apa, sofi amat-amat memerlukannya demi memperbaiki hasil penulisan sofi di masa akan datang.


1. Nora: "Salam kak, Nora dah baca novel TMKH, best la, kak. Harap kak akan terus berkarya. sy akan sentiasa menanti buah tangan terbaru dari kak."
1.50 pm Apr 11, 2010


2. Yati: "sofi, I pembaca baru di blog you. nak kirim novel you pada kawan yg balik ke m'sia. Tlg bagi tajuk novel yg dah dicetak, boleh?




  • 7.51 am Apr 9, 2010

    3. Cikgu lizz:"sofi... dah abis baca TMKH. tp ralat sbb sikit jer yg x bacanyer...yg lain2 baca on9...sofi buat la 1 colum...komen TMKH...senang nk buh komen
    12.39 pm Apr 1, 2010

    4. mizznza84: "memang syok kak...best. dah 2x katam cite kak sofi...ni tak sabar nak tunggu new novel plak dah..."
    9.13 am Apr 1, 2010

    5. shin: "saya dah baca tmkh mmg best. bila nak sambung cintaku satu?"
    11.15 pm Mar 30, 2010 

    6. mizznza: "salam...kak sofi saya dah baca novel akak...best gle..tak sabar nk tunggu new novel...suka gle..."
    11.18 am Mar 30, 2010

    7. rubisya said: cg sofi, jumaat ritu sy da bli tmkh kat pbakl, xsgke lam nvl 2 de detik perkenalan maria n hsym dr awal, mase dlm blog dorg trs kawen.. bc cite 2, geram pd hsym n salina







    overall, sy suke nvl ni, suke pada hsym time die romantik, suke pada maria yg tabah.. tp.... mmg rase mymph habis la ngn si salina 2.. n pada si hsym, salu wat maria terluka, lebey cayekan org lua dr isteri sndiri yg knn2 syg sepenuh hati.. mmg geram! tahniah cg sofi, t pasni.. terusla berkarya ea.. sy nantikan karya br cg sofi
    Hai sofi saya dah dptkan buku awak, jln cerita yang menarik.Teruskan menghasilkan karya yg lebih baik lg.





26.4.10

56. blog yg menarik?

April 26, 2010 1 Comments
salam.


buat lizz yg bertanya di mana aku dpt template baru ni. Hehe.... Noyod.com by Josh Peterson. 


Yg bestnya ttg template baru aku ni ialah sebaik aku edit html dia lepas tu di laman dashboard, aku click blogger draft. dari situ, aku ke layout dan cuba ikut arahan2 yg tertera. mudah dan tak perlu pening kapla nak fikir2 camne nak ubah2 template. semuanya tersedia dlm blogger draft. 


bg anda yg dah bosan ngan template msg2, bolehlah mencuba! seronokkkk...


jgn x tahu, rupa2nya blog kita ni memilih tau? macam blog aku ni ha..... foto slider yg beru aku masukkan tu, hanya bergerak bila aku bukak dgn firefox...mozilla lerrr tu! kl bukak dengan goggle chrome? dia statik aje.. mcm2 kan?


pd kwn2 yg ingin berkongsi idea, join me.. iyalah, mcm ari tuh..ada kwn yg tanya camne nak ubah....lihat di bawah:


[1]
[2]
[3]


menjadi


[1] [2] [3]


jd sbb aku tau sikit (bukan byk, k! sikit aje..), aku pun tolonglah... dan alhamdulillah dah berjaya pun dia mengubahnya. anda cuma perlukan sedikit aje peng ttg html.


cuma aku ingin meminta bantuan kwn2 yg tau camne nak bubuh background utk title kat sidebar ataupun post, boleh tak bg kod dia pd aku..alah, kita share ilmu, kan? berkat nnt....


okey,


x de apa-apa lg nak aku tulis , so...


cheerio.


senyum2 selalu, ya.

24.4.10

Izinkan Aku

April 24, 2010 13 Comments
1
Tahun 2007

Alwi masih lagi termenung. Hatinya sedang walang. Dia risau. Sungguh-sungguh risau!

Sejak dia menerima panggilan telefon daripada Insyirah sebentar tadi, segala peristiwa lama itu kembali menerjah mindanya. Fikiran melata nun jauh ke masa silam. Ingatannya berpusat kepada hubungan 4 orang sahabat, 2 lelaki dan 2 orang perempuan. Hubungan di antara dirinya, Adnan, Afiah dan Insyirah. Hubungan yang pada mulanya berlandaskan persahabatan, namun perlahan-lahan ia bertukar menjadi sebuah percintaan pelbagai penjuru. Mana tidaknya? Dia mencintai Afiah, Afiah pula cintakan Adnan. Insyirah juga cintakan Adnan namun cinta lelaki itu hanya untuk Afiah!

Memang sakit bila cinta tidak mendapat balasan. Didorong rasa sakit itu, dia mengambil kesempatan atas dasar persahabatan di antara keluarganya dan keluarga Afiah. Dia telah menyetujui hasrat ibu dan ayahnya, juga hasrat ibu dan ayah Afiah untuk menyatukan mereka berdua. Afiah terpaksa patuh kepada kehendak orang tua, terpaksa melepaskan cintanya untuk berkahwin dengan Alwi. Dan, Adnan? Adnan ada Insyirah untuk memujuk hatinya yang luka.

Itu sejarah dulu. Kisah yang sudah mencecah hampir 30 tahun. Namun kisah itu berkait rapat dengan kisah masa kini. Cerita yang dibawa oleh Insyirah kepadanya tadi tidak pernah dia menyangka akan terjadi. Kalau boleh, dia tidak mahu peristiwa itu terjadi. Tidak mahu!

“Youlah ni! Kenapa you biarkan aje anak you kawan dengan anak I? Sekarang you tau tak apa rancangan dia orang? Dia orang nak kahwin, Wi! Anak I nak kahwin dengan anak you! You faham tak ni?”

11.4.10

sinar cintamu

April 11, 2010 6 Comments
Prolog

“Aduhai, handsomenya si Asyraf ni, Reen. Machonya! Gentlemannya! Reen, aku nak dia! Nak dia!”

Nurin Izzati Abdullah tersenyum sinis mendengar suara mengada-ada yang sengaja dibuat-buat oleh teman serumahnya, Salwa. Kepala pula digeleng-gelengkan demi melihat telatah kawannya itu, yang begitu beria-ia memberi sepenuh perhatian ke kaca TV jenama BRAVIA bersaiz 52 inci itu.

Sepasang matanya turut memandang wajah tampan yang sedang berlakon dalam siri drama popular, IGAUAN, drama yang dikatakan bakal memberi peluang untuk Asyraf merangkul gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Layar, tahun ini.

Ah, siapalah yang tidak tergoda melihat jejaka yang kini sering sahaja memegang watak seorang hero itu. Renungan matanya yang redup, ketinggiannya, hidung mancungnya, malah, semua tentang lelaki itu menjadi kegilaan semua wanita di Malaysia barangkali. Lelaki berusia 29 tahun yang juga seorang model itu, amat popular, dan, Nurin yakin, Asyraf tentunya gembira dengan apa yang dikecapinya sekarang. Pencapaiannya kini adalah hasil usaha yang tidak mengenal erti penat atau jemu. Dan, tentu sahaja inilah apa yang dia mahu, sehingga…

5.4.10

54 kalau

April 05, 2010 3 Comments
salam,

sekarang ni cuaca x menentu,, panas, hujan, panas balik dan hujan balik.jadi, dlm kdn ini, jagalah kesihatan diri, terutama anda yg akan mendepani peperiksaan di universiti2. sbb takut nnt kalau2 anda demam. duduk kat u yg jauh dpd mak, ayah, susahlah kalau anda sendirian dan tidak sehat.

dulu,lama dulu...masa di sekolah, cikgu pernah suruh buat karangan bertajuk, kalaulah aku...masa tu, aku mana ada idea nak tulis pape? waktu 80 minit aku rasakan terlalu panjang dan hasilnya, aku kena marah dengan cikgu bm yang handsome tu sbb dapat tulis setengah muka surat aje. 

perkataan kalau ni kita selalu gunakan dlm kehidupan, betul tak? macam aku! antara ayat yg boleh aku tulis menggunakannya ialah...