Langkau ke kandungan utama

Selagi cintaku ada

1
“Sarah, kita dah lama berkawan. Sejak kita kecik lagi! Macam mana aku nak ubah dari jadi kawan kau kepada jadi suami kau, cuba kau cakap!” Marah Daniel meluap-luap kepada gadis yang sedang duduk di atas bangku mengadap laut luas Selat Melaka di hadapan mereka. Dia geram kerana sejak sampai di pantai Port Dickson kira-kira sejam yang lalu, hanya dia sahaja yang asyik bercakap. Yang asyik marah-marah, sedangkan Sarah hanya diam. Membisu seribu bahasa.
“Sarah, kau dengar tak ni? Dari tadi asyik aku aje yang dok pot-pet, pot pet bercakap. Naik kebas mulut aku ni dah!”
Sarah menoleh ke arah Daniel. Wajah lelaki itu ditatap sambil tersenyum. Wajah yang sedang kegelisahan. Wajah yang langsung tidak menunjukkan kebahagiaan walau tidak lama lagi mereka berdua akan disandingkan. Nampak jelas, betapa Daniel tidak mahu berkahwin dengannya.



Sarah mengeluh. Bukan dia tidak dia menyuarakan bantahan kepada ibu dan ayahnya juga kepada ibubapa Daniel, namun ke empat-empat orang tua itu bagaikan pekak tidak mendengar. Hujah dan alasan semua tidak diterima. Baik Daniel mahupun dirinya sudah berkali-kali menolak. Namun, semakin Daniel dan Sarah berkeras membantah, semakin nekad pula ibubapa mereka mahu mereka diijabkabulkan. Semakin mereka berkata mereka tak mahu, semakin beria-ia kedua-dua pihak orang tua mereka mahukan mereka disatukan.
Dia terpaksa mengalah. Dia sudah kehilangan kata-kata untuk menolak. Dia sudah pasrah. Namun sebaliknya dengan Daniel. Sehingga hari ini, lagi dua bulan tarikh kahwin mereka, Daniel masih merungut, masih enggan mematuhi kehendak ibu dan ayah. Masih berusaha menolak. Sehingga semalam, bila mamanya, Puan Zuraini merajuk dan menangis, barulah Daniel sedikit tersentak. Menyedari betapa bantahan kerasnya menyebabkan si ibu berkecil hati.
“Kau pun tahu yang aku dah ada Shasha, Sarah. Shasha asyik menangis sekarang ni. Nak jumpa aku pun dia tak mahu. Dia mintak putus. Gila betul! Macam mana aku sanggup nak putuskan hubungan kami sedangkan aku cinta dia sangat-sangat?” Daniel meluahkan rasa terkilan. Sungguh, Shashalah cintanya. Gadis yang amat disayangi. Gadis yang ingin dinikahi, yang ingin dijadikan ibu kepada anak-anaknya.
Bukan Sarah! Sarah hanya gadis sebelah rumah. Gadis yang dari kecil bersama-sama dengannya. Gadis yang sudah dianggap macam adik dia. Emaknya tahu, ayahnya juga tahu. Namun mengapa mereka masih memaksa dia mengahwini Sarah? Hendak dikatakan keluarganya terhutang budi dengan Pak Cik Sani, ayah Sarah, pun tidak. Jadi, mengapakah?
“Daniel, meh duduk sini. Aku nak bagi kau idea.” Pelawa Sarah sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya di atas bangku itu.
Daniel mengerutkan dahi lantas segera dia duduk di sisi gadis itu. Wajah Sarah ditatap. Dia benar-benar ingin tahu apa pendapat Sarah. Apa yang Sarah ingin katakan.   
“Kita suruh kak long kau pinang Shasha. Tak usah tunang lama-lama. Dalam tempoh sebulan, korang berdua kahwin....”
“Habis tu, kau? Aku?” Daniel mencelah.
“Aku tau kau tak nak sesangat kahwin dengan aku tapi kau terpaksa jugak, Daniel. Demi nak jaga hati emak bapak kita, kau kena berkorban. Shasha pun kau kena bagi tahu tentang ni. Aku tak nak esok-esok dia serang aku cakap aku ni perampas pulak.” ucap Sarah tegas.
“Maksud kau, kau suruh aku kahwin ngan Shasha dan lepas sebulan kahwin ngan kau pulak? Bagus betul cadangan kau, ya? Kau ingat, Shasha mahu berkongsi aku ngan perempuan lain? Kau ingat, aku sanggup nak madukan dia? Apa punya cadanganlah ni!” Marah Daniel.
Sarah mula menyinga. Geram dengan kata-kata Daniel. Sakit hati pun ada. “Habis, kau ada ke cadangan yang lebih baik?” Perlinya sambil merenung wajah kacak lelaki di sebelahnya itu.
Daniel diam. Wajah Sarah direnung sambil kepala digelengkan. Macam mana hendak berfikir dalam keadaan buntu begini? gumamnya di dalam hati.
“Aku tau, bukan senang kau nak terima aku, Daniel. Aku sedar siapa aku ni. Nak dibandingkan dengan Shasha kau tu, fuh..macam langit dengan bumi. Tapi, aku nak jaga hati emak bapak aku. Aku pun tak nak kecewakan harapan Pak Cik Amran dan Mak Cik Zuraini. Jadi, aku harap, kau sangguplah kahwin dengan aku, ya. Aku janji, aku tak akan ganggu rumah tangga kau dengan Shasha. Lepas kita kahwin, bila kita balik KL, kau boleh anggap yang aku ni tak wujud pun. Hanya aku mintak satu aje. Bila mak-mak, bapak-bapak kita datang KL, kau kena ada dan tunjukkan yang kau tu suami kesayangan aku dan aku ni isteri kesayangan kau. Itu aje. Aku rasa, kau boleh pujuk Shasha, kan. Dia tu baik. Dia tentu faham.” Sarah berkata dengan panjang lebar.
“Kau tak menyesal nanti, Sarah? Aku takut nanti bila kita dah kahwin, kau mula tuntut hak kau. Nak nafkah zahir batin. Nak itu nak ini. Sedangkan aku nak setia pada Shasha. Sekarang bolehlah, macam-macam kau cakap. Semuanya okey. Nanti kemudian hari bila kau tak puas hati dengan aku, mula kau pecahkan tembelang. Masak aku kena marah dengan mak, dengan ayah!” Bentak Daniel selepas lama mendiamkan diri.
“Kita dah lama kawan, Daniel. Kau dah kenal aku sejak kecik. Tak kanlah aku nak buat macam tu. Insya-Allah, demi kebahagiaan kau dengan Shasha, aku sanggup buat semua ni. Lagi pulak, apa yang kau nak susah hati sangat? Kalau plan kita ni berjaya, kau dengan Shasha yang happy. Dan aku pulak, dapat tengok muka mak bapak kau, mak bapak aku seronok, dah. Aku dah cukup puas hati. Lagipun, rahsia ni antara kau, aku dengan kak long aje. Kalau kita tak pecahkan rahsia, siapa yang akan tahu?” balas Sarah beria-ia.
2
Hari ini sahlah sudah Sarah menjadi isteri kedua Daniel. Wajah mereka berseri-seri di atas pelamin. Wajah kedua-duanya sangat ceria. Puas hati Puan Zuraini dan Encik Amran memandang. Puan Amira dan Encik Sani pula asyik tersenyum panjang. Memang mereka amat bahagia. Janji yang termetrai sejak kedua-dua anak mereka kecil dahulu sudah terlaksana. Hajat untuk menjodohkan Ahmad Daniel bin Amran dengan Siti Sarah binti Sani sudah tercapai.
Sambil berpelukan mesra, Puan Zuraini sempat berbisik di telinga Puan Amira, “Mira, mintak-mintak, tak lama lagi dapatlah kita menimang cucu, ya.” Kedua-duanya terus ketawa. Sememangnya itulah hajat mereka. Melihat Daniel dan Sarah berkahwin dan kemudian menimang cucu pula.
“Aku kena balik sana malam ni.” Bisik Daniel di atas pelamin kepada Sarah.
Sarah tersentak. “Balik KL? Balik rumah Shasha? Habis, apa aku nak jawab kalau mak-mak dengan ayah-ayah kita tanya?” soalnya geram. Wajah Daniel ditatap dalam-dalam. “Daniel, kau dah janji dengan aku, dengan kak long dengan Shasha yang kita akan raikan majlis kita ni selama tiga hari dekat sini. Shasha pun dah setuju hari tu. Kenapa pulak tiba-tiba aje kau ubah fikiran? Tahulah dia isteri kesayangan kau tapi malam ni malam kita, malam emak, malam bapak kita. Kalau kau ada alasan yang kuat untuk kelentong dia orang, okey..aku ikut aje. Tapi, kalau kau nak gunakan aku, nak suruh aku pulak yang cipta alasan supaya kita balik KL malam ni, maaflah! Tak mahu aku. Kau nak marah, marahlah!” Ucapnya tegas di cuping telinga Daniel. Kalau yang melihat tersilap tafsir, pasti mereka menyangka bahawa saat itu Sarah sedang membisikkan sesuatu yang romantis kepada suaminya.
Kak Long Daniel, Danisya memerhati adik dan adik iparnya dari beranda. Dia merasa tidak sedap hati. Dia tahu mereka sedang bertengkar. Segera dia mengatur langkah menghampiri kedua-duanya dan mengiringi mereka ke bilik pengantin. Pengapit sudah membawa diri masing-masing ke dapur. Mereka ingin mengalas perut maklumlah jam sudah melewati angka 10 malam.
“Okey, sekarang cakap pada along, apa yang korang berdua tengkarkan?” Tegas dia berkata. Daniel dan Sarah saling berpandangan. Akhirnya Sarah pun memberitahu, “Daniel nak balik KL malam ni, kak long.”
Bulat mata Danisya merenung wajah adiknya. “Pasal apa? Shasha suruh?” soalnya. Melihat Daniel diam tidak menjawab, dia tahu tekaannya tepat. Dicapainya telefon bimbit Daniel dan terus sahaja dia menekan punat, mencari nombor telefon Shasha. Terkulat-kulat Daniel memerhati.
“Hah, Shasha. Listen. Untuk 3 hari ni, kita kan dah janji yang Shasha tak akan kacau Daniel dengan Sarah? Dah lupa? Baguslah kalau Shasha tak lupa. Kak long takut nanti kelam kabut kat sini disebabkan sikap Shasha yang tak matang tu. Jangan risau, Sarah tahu janji dia pada kamu. Dia tak akan lupa. Daniel pun! Ingat pesan kak long dulu. Shasha ngan Sarah berkongsi Daniel. Jadi jangan tamak, okey! Jaga diri tu. No, tak payah. Tak payah cakap dengan Daniel. Belajarlah bersabar sikit!”
Talian terus diputuskan. Telefon dikembalikan kepada Daniel. Wajah Daniel keruh, geram kerana kak long tidak membenarkan dia berbual-bual dengan Shasha walaupun sebentar.
“Kalau kamu nak rahsia terbongkar, kalau kamu nak tengok ayah masuk hospital sebab kena serangan jantung, kamu contactlah dia!” Ugut kak long sebelum melangkah keluar daripada bilik pengantin yang dihias indah antara warna ungu dan putih.
Sarah menarik nafas dalam-dalam. Dia kelegaan. Wajah Daniel yang sugul tidak dipedulikan. Dia ingin mandi. Dia ingin membersihkan diri. Terasa badan sudah melekit akibat terlalu lama memakai persalinan pengantin. 
3
Daniel tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerjanya. Fail yang melambak-lambak di atas meja berada dalam keadaan yang bersepah-sepah. Bagaimana berteraburnya fail-fail itu, begitulah juga berserabutnya kepala dia saat ini. Fikirannya bercelaru bila memikirkan kedua-dua orang isterinya. Yang seorang begini, yang seorang lagi begitu. Shasha terlalu manja dengannya sehingga dia naik rimas dengan sikap mengada-ada itu sedangkan Sarah langsung tidak mempedulikannya. Langsung tidak mahu dimanjai, tidak mahu dimesrai.
“Kenapa dia sanggup kahwin dengan aku kalau dia tak mahu aku?” dia bertanya kepada dirinya namun soalan itu dapat didengari oleh Badri, kawan baiknya yang kebetulan ingin masuk ke dalam bilik untuk membincangkan sesuatu.
“Siapa?” Badri menyampuk walaupun dia tahu soalan itu tentunya ditujukan kepada Sarah. Badri tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Daniel. Dia salah seorang saksi perkahwinan mereka. Malah sejak berkahwin, dia dapat melihat perubahan sikap Sarah yang juga bekerja di syarikat ini. Sarah bekerja di bahagian sumber manusia sedangkan Daniel penolong pengurus di bahagian kewangan.
“Aku pun nak tanya kau tentang Sarah.” Badri memberitahu bila Daniel tidak menjawab soalannya.
Daniel mengerutkan kening. Tiba-tiba dia rasa cemburu bila nama isteri disebut oleh lelaki lain. Aisy... kenapa pulak nak cemburu?
“Daniel, kau tak perasan ke yang isteri kau tu dah tak berapa ceria sejak korang kahwin? Dia dah tak banyak cakap. Aku selalu tengok dia termenung. Apa kena? Korang ada masalah ke?” soal Badri bertalu-talu.
“Mana ada? Kami okey aje!” balas Daniel.
“Huh, jangan-jangan kau ni suami yang tak adil, kut! Lebihkan si Shasha daripada Sarah. Tu yang dia rasa kecil hati tu. Tapi, biasalah! Takkan dia nak cakap pada kau. Dia takut nanti kau pulangkan paku buah keras pada dia. Aku tahulah kau tu! Tentu nanti kau akan cakap yang semua ni idea Sarah yang nak kahwin sesangat dengan kau.” bebel Badri.
Daniel memandang wajah Badri namun sebenarnya fikiran sudah melayang entah ke mana-mana. Wajah Sarah bermain di ruangan mata. Memang dia akui bahawa wajah itu sudah tidak seceria dahulu. Sememangnya Sarah sudah kurang bercakap berbanding dahulu. Perkahwinan ini bagaikan merubah hubungan baik mereka dahulu. Dari pasangan akrab sebagai sahabat baik, mereka kini bagaikan orang asing dalam mahligai yang baru dua bulan mereka bina. Sarah sengaja menjarakkan diri darinya. Sarah sengaja mencipta batas hubungan mereka!
“Aku tahu dia cintakan kau.”
Daniel tersentak. Wajah Badri yang sedang mengangguk-anggukkan kepalanya di tatap. Yang pasti, ayat yang baru Badri ucapkan itu tidak mudah untuk dicerakin maknanya. Tidak dapat untuk Daniel mencerna maksudnya. Sarah cintakan dia? Ah mengarut!
“Aku cakap yang benar, Daniel. Kau pun tahu aku sukakan dia, kan. Tapi bila aku cakap pada dia, dia kata dia dah ada buah hati. Bila aku teka yang dia suka kau, dia diam. Cuma dia cakap, dia tak layak untuk kau. Kau dah ada Shasha. Aku tahu, dia suka kau. Sayang kau. Cintakan kau. Tapi kau dungu sangat! Kau tak nampak! Tak sedar!” Tukas Badri beria-ia.
“Dia kawan baik aku, Bad. Jangan kau nak memandai!” Marah Daniel pula. Dia sebenarnya gugup bila mendapat berita itu. Bersama Sarah selama ini, dia tidak pernah tahu dan mengambil tahu tentang perasaan gadis itu terhadapnya. Yang dia tahu, kepada Sarah, dia mengadu kalau dia ada masalah. Yang dia tahu, Sarahlah penasihat utamanya jika dia mahukan pendapat yang bernas untuk dibentangkan dalam mesyuarat. Yang dia tahu, hanya Sarah yang tahu segala-galanya tentang dirinya. Apa yang dia suka dan apa yang tidak. Apa yang dia minat dan apa yang tidak. Ya, Sarah lebih banyak tahu tentang dirinya berbanding Shasha malah mungkin berbanding dengan dirinya sendiri.
“Aku tak memandai dan engkau pun bukan budak bodoh yang tak dapat nak meneka perasaan dia pada kau. Kalau tak ada cinta, kau ingat dia nak ke kahwin dengan kau? Kalau tak sayangkan kau, dia sanggup ke buat apa yang dibuatnya? Nak jaga hati mak bapak konon? Korang berdua ni sebenarnya dah terperangkap dalam perasaan masing-masing. Rungkaikan kekusutan cepat-cepat sebelum masalah jadi lebih rumit, Daniel!” Pesan Badri sebelum melangkah keluar. Dia tidak jadi hendak berbincang tentang hal pejabat bila melihat keadaan Daniel yang serba tidak terurus.      
4
“Ni, ais kacang yang Shasha mintak.” Sarah mengunjukkan bekas ais kacang kepada Shasha. Dia kemudian duduk dan cuba menikmati air Lai Chee Kang di hadapannya. Mereka kini berada di KLCC. Shasha mengajak Sarah berjalan bersama-sama sambil membeli belah.
“Shasha dah pregnant. Dah 6 minggu.”
Sarah tersedak. Rasa perit kerongkongnya. Shasha pula terus sahaja menggosok-gosok belakang badannya sehingga Sarah rasa selesa.
“Tahniah!” ucap Sarah bersama senyum yang cuba dimaniskan. “Daniel mesti gembira, kan?”
“Shasha tak bagi tahu pada dia lagi. Ingat malam nanti nak buat gempar.” Shasha memberitahu dengan riang. “Tapi...”
“Sarah tahu... giliran Daniel kat rumah Sarah malam ni. No problem, Shasha. Mintak fon, biar Sarah call dia sekarang.” Balas Sarah.
Shasha tersenyum lebar. Walau mereka berdua bermadu, dia menghormati Sarah kerana Sarah sering bertolak ansur dengannya. Sarah juga tidak pernah melawan kehendaknya.
“Hai, Daniel.”
“Sarah, berapa kali abang nak cakap yang Sarah dengan abang dah kahwin? Dan Sarah kena panggil abang selayaknya panggilan daripada seorang isteri kepada suaminya? Kenapa degil? Dan ni Sarah ngan Shasha, kan? Kenapa masa nak keluar tadi tak bagi tahu yang Sarah nak jumpa Shasha?” suara keras Daniel di hujung talian menyebabkan Sarah menjauhkan telefon. Bingit telinganya dengan bentakan demi bentakan Daniel. Satu keluhan dilepaskan. Daniel kalau dengan dia mesti garang sangat. Langsung tak boleh nak cakap dengan lembut. Dia selalu merasa kecil hati namun cepat-cepat Sarah memujuk diri. Dia perlu sedar bahawa dia hanya menumpang kasih pada yang tak sudi.
“Daniel, boleh tak kau datang kat KLCC sekarang? Naik teksi, ya. Nanti kau bawak Shasha balik rumah. Dia tak berapa sihat.” Sarah mereka-reka cerita.
“Kalau tak sihat, kenapa keluar rumah? Dahlah memang cuaca sekarang panas bukan main, yang dia tak ambik pot tentang kesihatan dia pasal apa? Tak kuasa! Sarah aje hantar dia balik.”
“Daniel, please... Kesian Shasha ni. I don’t care. Be here in 30 minutes!” Tegas Sarah memberi arahan sebelum mematikan talian.
Shasha tergelak-gelak. “Eeii, Sarah! Berani Sarah berkeras camtu pada abang? Patutlah dia selalu merungut cakap Sarah suka melawan dia. Abang selalu beritahu Shasha yang Sarah dah berubah. Tak macam dulu masa korang berkawan. Bila dah kawen ni, dia kata, Sarah suka sangat buat dia marah. Betul ke?” soal Shasha sambil memandang wajah madunya tepat-tepat. Dia memang hairan dengan sikap Sarah. Namun dia amat bersyukur. Sekurang-kurangnya, tidaklah dia risau memikirkan hubungan antara Daniel dengan gadis ini. Dia tahu, sehingga hari ini, dia bermadu atas kertas sahaja. Sarah dan Daniel telah benar-benar mematuhi janji mereka dahulu.
Sarah hanya mampu ketawa. Ketawa yang hambar. Hati rasa pedih bila mengenangi sikap suami yang tega menceritakan tentang dirinya kepada Shasha, madunya ini. Namun apakan daya. Dia tidak dapat hendak menutup mulut Daniel. Suka hati Daniellah untuk bercerita apa yang dia suka. Yang penting, Daniel tidak tahu tentang isi hatinya. Tentang perasaannya kepada lelaki itu.
Ya, memang mereka berkahwin kerana kehendak ibu dan ayah mereka masing-masing. Memang Puan Zuraini beria-ia mahukan dirinya menjadi menantunya. Begitu juga dengan Encik Amran. Namun sebenarnya, dia rela, kerana dia amat menyintai Daniel. Arghh, cinta???
Kalaulah dia tidak jatuh cinta pada Daniel, tentu semuanya akan menjadi mudah. Dia tentu boleh mencipta seribu satu alasan untuk menolak. Biar kecil hati ibu dan ayah, dia yakin, semua itu hanya sekejap sahaja. Tapi malangnya, kerana rasa cinta ini, kerana tidak mahu kehilangan Daniel, dia lupakan kemahuan akal. Dia turutkan kata hati. Dan kini, natijahnya ditanggung sendiri. Rasa sakit dirasai dan dialami bagai tidak berpenghujung.
Dia menderita bila Daniel melebihkan Shasha daripada dirinya. Dia sedih bila hanya nama Shasha yang bermain di bibir Daniel. Dia kecewa bila Daniel asyik memuji Shasha. Dia resah! Dia parah!
Rasa ingin dibelai Daniel namun ada sesuatu yang menahan. Rasa ingin didampingi Daniel namun diri tidak berupaya membenarkan. Ada rahsia yang tersimpan. Ada kenangan pahit yang tidak mahu dirungkai. Ada kisah silam yang tidak mahu dibangkitkan!
Semua orang tidak tahu. Tidak Daniel, tidak juga ibu dan ayahnya. Sebab itu, rahsia itu perlu terus menjadi rahsia. Untuk itu, dia tidak boleh membenarkan Daniel hampir dengannya. Tidak boleh membenarkan Daniel mendekatinya. Tidak boleh!
“Hello! Dah sampai mana?” Shasha menggoyang-goyangkan kedua-dua belah tangan di hadapan muka Sarah. Sarah tersentak. Aduhai, asyiknya dia mengelamun sehingga dia melupakan Shasha.
“Shasha nak anak lelaki ke perempuan?” Dia mengalih perhatian Shasha daripada dirinya.
“Perempuan lah! Cantik macam Sarah. Baik macam Sarah gak!” Balas Shasha manja.
“Ada pulak! Cantik, baik dan manja macam Shasha lah! Baru betul!” Sarah mencubit pipi madunya. Mereka ketawa. Bersama-sama mereka kemudian berjalan-jalan dan memasuki gedung menjual pakaian bayi. Masing-masing rasa teruja melihat barang-barang kecil dan comel di hadapan mereka. Namun bila sahaja Sarah ingin membelikan, Shasha pasti menarik tangan madunya.
“Awal lagi! Lain kali lah kita beli. Nanti bila dah scan dan dah tahu jantina, baru kita shopping sama-sama, ya!”
Telefon bimbit Shasha berbunyi. Sarah tahu, tentu Daniel yang menelefon. Sebaik habis Shasha menjawab panggilan, dia terus meminta diri untuk beredar.
“Tak nak jumpa abang dulu? Dia ajak kita makan sama-sama.”
“Tak nak lah! Kan kita dah makan tadi? Shasha kirim salam Sarah pada dia dan cakap, Sarah suruh dia jaga Shasha baik-baik, okey! Jaga baby!” Sambil memegang perut Shasha, dia tunduk dan berkata, “Baby sayang, jangan nakal-nakal! Kesian kat umi tau! Behave yourself, ya!”
Mereka ketawa dan bersalam sebelum masing-masing berpisah. Sarah membawa hati yang remuk ke kereta sementara Shasha dengan hati yang girang ingin menemui suami tercinta. 
5
“Tuhan, beri aku ketabahan! Beri aku kekuatan! Daniel suami yang baik. Dia tak pernah abaikan aku. Hanya aku aje yang tak mampu menerima dirinya walau aku cinta dia. Tuhan, tolonglah! Ampunkan dosa-dosa aku. Bukan aku tak mahu tapi bukankah lebih baik kalau dia tak tahu?”
Sehabis berdoa, Sarah bangun dan duduk di birai katil. Perlahan-lahan kain telekung dibuka dan dilipat. Perlakuannya menunjukkan dia tidak sedar bahawa Daniel ada di dalam bilik itu.
Sudah hampir ½ jam, Daniel menyandarkan diri di balkoni. Mulanya, dia memandang kepekatan malam. Sekarang perhatiannya tertumpu kepada Sarah pula. Sarah yang langsung tidak menyedari kehadirannya di dalam bilik itu.
“Sarah!”
“Tolonggggggggg!”
“Hey, abang ni!” Kata Daniel sambil mendakap erat tubuh Sarah. Mulut Sarah ditutup rapat oleh telapak tangannya. Sarah ketakutan. Dia menggigil. Wajahnya pucat.
“Tolong lepaskan saya. Jangan apa-apakan saya. Tolong! Tolong! Jangan! Jangan!” Sarah bagai kerasukan. Sehabis daya dia cuba melepaskan diri daripada dakapan Daniel. Dia meronta-ronta dengan kuat sekali. Dan sebaik sahaja Daniel melepaskannya, dia terus duduk berteleku di dinding bilik. Matanya liar memandang sekeliling.
“Sarah! Abang ni! Kenapa ni, sayang? Kenapa Sarah jadi macam ni? Kenapa takut sangat pada abang ni?”
Tubuh Sarah dipeluk sekali lagi, kali ini lebih erat lagi. Dia tidak mahu melepaskan. Dia bimbang melihat keadaan Sarah dan dia rasa lebih baik Sarah dibelai demi untuk menghilangkan ketakutan isterinya itu.
Sarah berusaha untuk menolak namun kudratnya tidak sekuat mana. Tenaganya amat sedikit berbanding tenaga yang dimiliki Daniel. Dia menangis meminta supaya Daniel meninggalkannya. Dia merayu supaya Daniel tidak menyentuhnya. Bagaimanapun, Daniel tidak mendengar. Kerana merasa diri berhak, dia ingin menjadikan Sarah miliknya malam ini.
Dan akhirnya, segala yang menjadi rahsia selama ini terbongkar.    
“Maafkan Sarah, Daniel. Sarah tahu, Daniel mesti benci pada Sarah sekarang tapi percayalah, Sarah memang nak beritahu cuma....”
“Cuma tak tahu macam mana nak mula, gitu? So, siapa dia sebelum aku, Sarah?” bentak Daniel keras. Patutlah selama ini, Sarah langsung tidak membenarkan dirinya disentuh. Sarah tidak mahu Daniel menjalankan tanggungjwab sebagai suami. Rupa-rupanya dia bukanlah gadis yang suci lagi. “Apa tujuan kau kahwin dengan aku, Sarah?”
“Daniel!”
“Apa? Kau tahu tak, Sarah, yang selama ini aku sangat hormatkan kau? Aku anggap kau yang terbaik malah dibandingkan dengan Shasha, aku lebih sukakan sikap kau berbanding dia. Aku letak kau kat tempat yang tinggi. Bila kita kawen, aku dah sedia terima kau walau perjanjian asalnya tak gitu. Tapi, aku betul-betul tak sangka. Aku ingat aku dapat permata rupa-rupanya kaca yang tak ada harga! Tak ada harga langsung!” marah betul Daniel malam itu. Bencinya kepada Sarah tidak terungkapkan. Penjelasan yang ingin Sarah beri tidak mahu didengari. Baginya, Sarah hanya seorang hipokrit.
6
“Abang kelahi dengan Sarah, ya?” tanya Shasha sambil mengelus tengkuk Daniel. Perutnya yang memboyot menyentuh belakang tubuh si suami. Dia tahu hubungan di antara Daniel dengan Sarah tidak begitu baik. Sudah lama Daniel tidak balik ke rumah madunya walau dia sudah menyuruh berkali-kali.
“Nanti abang baliklah.”
Shasha ketawa. Asyik-asyik, itu sahaja jawapan yang diberi suaminya.
“Apa yang berlaku sebenarnya, bang? Cuba cerita pada Shasha.” pintanya kepada suami.
Daniel diam. Malas mengenangi apa yang berlaku antara dia dengan Sarah. Hatinya sakit.
“Mesti rahsia besar, kan? Mungkin abang takut Shasha marah pada abang, kut? Percayalah, bang, Shasha bukan budak kecik. Abang suami Shasha, suami Sarah jugak. Tanggungjawab memberi nafkah, zahir batin, memang wajib atas abang. Memang dulu Shasha kalau boleh nak kawal abang. Nak abang jadi hak Shasha aje. Tapi, Sarah tu baik sangat. Dia asyik beralah ngan Shasha. Sebab tu Shasha rela abang dengan dia. Shasha tak kisah.” Shasha berterus terang.
“Tapi dia....” Daniel meraup wajahnya. Lama. “Shasha, abang ingat abang nak ceraikan dia.” ucapnya disambut dengan suatu kejutan oleh si isteri. Sungguh Shasha tidak menyangka itu yang akan Daniel ucapkan di hadapannya. Bulat sepasang mata menatap wajah Daniel.
“Kenapa? Apa salah dia?” Shasha duduk di hadapan Daniel. “Bagitahu Shasha, kenapa abang nak ceraikan dia. Jangan nak sorok!” tegas dia bersuara.
Daniel mengeluh. “Sebab dia...”
“Because she is not a virgin, right?”
Bulat mata Daniel memandang Shasha. “How do you know that?” tanya dia.
“Abang patut mintak penjelasan daripada Sarah. Mintak dia ceritakan pada abang apa yang berlaku pada dia. Bukan melarikan diri dan kemudian buat keputusan gila macam ni. Kalau Sarah mengandung anak abang macam mana? Nak ceraikan dia jugak?” Marah Shasha beria-ia.
Daniel bungkam.
“Bukan kehendak Sarah jadi camtu. Sarah dirogol abang sepupu dia yang datang menumpang tidur kat rumah dia masa umur Sarah 10 tahun. Esoknya, lelaki tu balik  dan accident. Mati. Sarah takut. Tak berani nak cerita pada sesiapapun. Sampailah masa kita nak kahwin, dia ceritakan semuanya pada Shasha. Dia kata, dia sanggup terima permintaan orang tua sebab dia tahu abang tak akan sentuh dia. Sebab abang dah cakap terus terang dengan dia yang abang nak setia pada Shasha. Jadi apa yang dia pernah alami, dia fikir akan tetap jadi rahsia diri dia.” Shasha menceritakan apa yang pernah Sarah beritahu kepadanya sewaktu gadis itu bertemu dengannya sebelum perkahwinannya dengan Daniel dahulu. “Sarah kata, dia tahu abang cintakan Shasha dan tak akan sanggup nodai cinta abang tu tapi...lelaki ni biasalah, kan bang? Macam kucing bila nampak ikan, iya tak?” Shasha menyindir suaminya.
Berubah air wajah Daniel. Kelu lidahnya untuk berkata-kata. Sindiran isteri membuat dia rasa malu. Mungkin benar dia adalah si alim-alim kucing.
“Alah, bang, Shasha tak kisah berkongsi kasih abang dengan Sarah. Sejak abang sanggup kahwin dengan dia, Shasha dah bersedia untuk hidup bermadu, bang. Lagipun Sarah tu baik. Kalau selama hari ni, dia buat perangai, dia jahat, dia nak rebut abang, huh memang! Tentu Shasha dah suruh abang ceraikan dia tapi dia tak macam tu. Abang, pergilah balik! Kesian Sarah. Dia isteri abang jugak. Dia pun perlukan abang.”     
7
“Geram betul Ani dengan si Daniel ni, bang. Sampai hati dia buat menantu kita macam ni? Sampai kurus kering si Sarah tu. Sampai tak larat nak buat apa-apa! Yang dia...eeii, nanti dia!”
Puan Zuraini memeluk tubuh besannya. Rasa malu dan sesal amat menebal waktu itu.  “Mira, maafkan Ani, ya. Tak sangka pulak nak jadi macam gini. Kalau si Danisya ni tak telefon, entahlah. Sampai mati kita tak tahu rahsia dia orang ni.” bisiknya hiba. Wajah mencerlung garang menatap wajah anak sulung membuat Danisya tertunduk. Takut...
“Kamu ni, Nisya, nama aje dah tua. Akal tak ada. Ikut aje cakap budak-budak dua orang ni. Sekarang cuba tengok akibatnya. Tengok! Sampai hati Daniel tinggalkan rumah tak balik-balik? Budak tu memang nak kena!”
“Assalamualaikum.”
Daniel memberanikan diri memberi salam sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Mata mencari wajah isteri namun kelibat Sarah tidak kelihatan. Yang ada di ruang tamu itu ialah ayah dan ibunya, ayah dan ibu mentuanya dan kak long. Mana Sarah? Dia tahu Sarah sudah berhenti kerja. Badri sudah lama memberitahu. Dan dia juga tahu, Sarah tidak pernah meninggalkan rumah itu. Ini kerana Shasha setiap hari akan bertanya khabar Sarah dan menelefon talian tetap di rumah.
“Sarah mana, kak long?” dia memecah kesunyian.
“Berapa lama kamu tak balik ke rumah ni? Asyik dengan bini lagi sorang sampai tak ingat pada Sarah?” Puan Zuraini menghambur kemarahan.
“Abang balik?” Sarah sudah berdiri di atas tangga. Dia ingin turun mendapatkan suaminya. Dia ingin memohon ampun.
“Sarah, jangan turun! Sarah tak sihat, nanti Sarah jatuh...”
Belum sempat Daniel menghabiskan ayatnya, Sarah sudah jatuh tergolek, berguling dari satu ke satu anak tangga. Semua yang ada terpempan. Terkejut. Daniel berlari memaut tubuh isteri yang berlumuran darah. Didakap erat-erat bagai tidak mahu berpisah.
“Maafkan abang! Maafkan abang, Sarah. Sarah, cakap dengan abang, sayang. Cakap dengan abang. Jangan pergi...”
8
“Papa, umi panggil. Umi suruh cepat sikit. Semua orang dah siap, tunggu papa...”  Petah Nurul Iman memanggil ayahnya untuk segera turun ke ruang tamu. Anak sulungnya itu sudah berumur 6 tahun dan amat bijak. Keletahnya sering membuat hidup semua orang di sekeliling mereka kegirangan, malah dia adalah buah hati atuk, nenek, opah dan wannya.
“Iman ke tadi tu, bang?”
“Ha, ah!” Sepasang mata bulat menatap wajah di hadapannya. “Amboi cantiknya dia? Macam dia pulak yang nak kahwin!”
Sarah ketawa kecil. Tubuh Daniel didakap erat-erat. “Ada pulak cakap macam tu? Kan Sarah ni isteri abang?” ujarnya.
“Amboi-amboi! Kita tunggu kat bawah, yang dia orang boleh memadu kasih kat sini, ya? Dah, jom turun. Kesian dekat kak long! Dahlah kawan tu berdebar-debar nak kahwin, risau pulak dia kalau kita lewat sampai kat masjid tu. Jom!” Shasha menghulurkan tangannya kepada Daniel. Bersama-sama, mereka bergerak menuruni anak tangga.
“Hai, untungnya orang ada dua isteri, ya!” Badri menggiat sebaik Daniel berdiri di sisinya. Daniel tersengih lebar. Sesungguhnya, memang dia rasa bersyukur yang teramat kerana memiliki Shasha dan Sarah. Dua wanita yang sanggup berkongsi susah dan senangnya. Dua wanita yang sanggup berkorban segala-gala untuk dirinya. Dua wanita yang amat dicintainya. Doanya, semoga perkahwinannya dengan kedua-dua orang wanita ini sentiasa diberkati Allah. Semoga hubungan yang terjalin sentiasa dilindungiNya. Sentiasa dalam barakahnya. Amin.
..........................................................................................................
hanya untuk menjadi tatapan, bukan niat mahu menunjuk pandai atau mengusik. tiada kaitan bagi yang hidup atau yang sudah pergi.
sofi.             

Ulasan

  1. hohoohoh....
    best r crta ni...
    x sngka cikgu sofi blh trfikirkan crta ni....
    bkn smua pmpuan snggup brkongsi kasih...
    'crta ni bnyk pngjaran....
    cnta sngt mluas mknaya....
    apa yg kita lakukan smstinya iklas...
    gud job cikgu sofi...

    BalasPadam
  2. terbaik pn sofi tahniah ye...troskn...cume gaya tulisan pn sofi da lain sikit hihi...any way still intersting pn sofi goooood jooooob

    BalasPadam
  3. salam epi elina
    terima kasih..tp jgnlah puji sgt, sofi biasa aje, ok. cuba berkarya utk kita sama-sama.
    buat kembara kehidupan,
    gaya tulisan dah lain? mmm..boleh jelaskan?

    BalasPadam
  4. aduh..sofi..tersentuhnyer hatiku..ralit sungguh baca...macam air sungai..smooth jer..byk idea sungguh la sofi ni..mcm2 cite ada..mana dpt idea unik ni?..anyway..congrates..anda mmg berbakat...Hidup org PERAK...

    BalasPadam
  5. salam lizz
    thanx atas pujian. ya..hidup perakians!!!
    hehe. mcm2lah awak nih..

    BalasPadam
  6. salam kak!
    lama tak jenguk di sini...
    tahniah kak atas novel pertama yang bakal diterbitkan.. saya dan geng2 Aksara gath di pesta buku 20/3 ni! Tpi insyaALLAH sya turun 28/3 utk bertemu penulis baru bernama ANA SOFIYA ini!
    oppss selagi cintaku ada ni best! tahniah sekali lagi!!

    BalasPadam
  7. salam miss nera,
    kak sofi pun teringin sangat nak jumpa pencetus watak ikhwan yg cool nih...hehe
    jumpa kat sana, ok!

    BalasPadam
  8. salam sofi,
    tiap kali masuk sini,
    teruja membaca cerita yg berbeza2
    tahniah! banyak idea no..

    cuma cerpen terbaru ni..
    macam ada rasa yg. hilang dari part
    7 ke 8; at least adalah babak yg. daniel ni minta maaf & sedar kesilapan diri..
    itu yg. saya rasa..

    TMKH tu siapa penerbitnya? senang nak cari; nak jumpa Ana Sofia mungkin x dpt., jadi nak dptkan buku sajalah...

    - pengunjung setia@PS -

    BalasPadam
  9. salam anonymous..thanx, bila sofi bc balik, mmg agak cpt dr 7 ke 8, kan. x pe lah utk cerpen yg lain akan cuba lebih berhati2.
    nnt, sofi war2 kan bila dah confirm semuanya, sbb skrg ni tmkh tgh q utk printing, hehe.

    BalasPadam
  10. hihihi..
    jarang ade kesah end nye cenggitu..
    cume kadang-kadang..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…