apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.3.10

51. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

assalamualaikum.

mulai hari ini, semua peminat buku pelbagai kategori, pelbagai isu, pelbagai genre akan bersesak-sesak di pwtc. kl anda semua fikir pwtc hanya sesak semasa musim persidangan umno, anda silap! setiap tahun sewaktu pesta buku diadakan, pwtc macam nak rak...jauh lebih meriah, lebih hingar, lebih hidup berbanding semasa perhimpunan agung umno. tahun lepas aje, kunjungan orang ramai mencecah 400 ribu orang.
pesta buku ni diadakan sempena hari buku yang diadakan setiap tahun di peringkat antarabangsa. tujuannya tidak lain ialah untuk menggalakkan masyarakat dunia supaya suka atau minat membaca.
kata orang yang mengkaji selidik, masyarakat malaysia kurang suka membaca. kata mereka lagi, masyarakat malaysia amat sedikit membaca. daripada penduduk seramai 28 juta lebih kurang, yang membaca cuma 2%. 2% ni bilangannya ialah 560, 000 sahaja. betul ke? entahlah! dah org-org ni bg data segala, x kanlah x betul pulak, kan?

yg aku tertarik dgn org penyelidik ni bila depa kata, drpd 2% itu pulak, sebahagian besar suka baca bahan yg ringan seperti majalah, komik dan novel cinta yg tidak memberi manfaat kpd minda.

lihat, betapa negatif pemikiran! aku memang membantah kenyataan ini. bukan sbb aku ni penulis...harap anda semua faham tu..dr dulu mmg aku x sokong pendapat ni.. mmg, komik dan novel cinta bahan ringan tp pd fikiran akulah, yg mengaji x tinggi mana ni (setakat diploma aje) bukan pemegang phd... setiap buku apa juga kategorinya ditulis dengan misi dan visi tertentu oleh penulis. tentunya, penulis cuba selitkan unsur pengajaran dlm cerita rekaannya. x ada penulis yg menulis utk syiok sendiri. rasanyalah!!!


harap diingat bahawa mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang. sbb itu buku berbentuk hasutan yg bisa memporakporandakan masyarakat berbilang kaum, awal2 lg dah dicantas penerbitannya. sbb itu, buku tulisan salman al farisi yg jahat itu dikutuk seluruh dunia islam. sbb itu buku tulisan syed husin al atas laris mcm pisang goreng bila diterbitkan nak dkt pilihanraya.

so jgnlah ada golongan yg pandang rendah pd yg menulis novel cinta. jgn sinis pd novel cinta. buku2 cintan cintun ini ada diselitkan nilai-nilai murni. paling tidak pun endingnya mesti...buat baik dibalas baik, yg buat jahat..kl x mati pun akan menderita, hehe! pengajaranlah tu, kan?

jadi, mulai hari ini sehingga 28/3/2010, semua penerbit buku ada gerai mereka masing-masing. inilah waktunya yang paling sesuai untuk mempromosi buku-buku malah banyak buku baru yg diterbitkan khas pada pesta buku ini, pastinya untuk mendapat kadar jualan yg tinggi.

penulis novel cinta pula tentulah antara mereka yg sangat sibuk. inilah masa untuk peminat novel atau peminat penulis novel untuk meminta penulis menandatangani autograf/buku mereka. kalau anda rajin blog walk ke blog2 syarikat penerbitan, anda tentu perasan bahawa syarikat sudah menyediakan duty roster untuk penulis-penulis ini.

aku?

mungkin belum rezekiku tahun ini, kut. baby sulungku, Tak Mungkin Kuhindar mungkin sempat, mungkin tidak sempat dicetak. kl sempat, maknanya pd 28/3/2010, aku perlu berada di pwtc utk turut memeriahkan hari terakhir PBAKL 2010. tp, kl x sempat, tidak pulak aku terkilan... bg aku, Allah buat camtu ada rahmat yg aku x nampak. aku terima dengan redha. yg aku harap, agar baby sulung ini disukai dan dapat diterima oleh pencinta novel. agar yg membeli merasa puas apabila membacanya. agar nnt, komen2 yg aku terima dpt merangsang minat menulisku terus-terusan. aku rasa, aku sudah sedia utk menghadapi segala kemungkinan, hehe.

bg yg berminat utk membeli tak mungkin kuhindar, sila dptkan di kedai-kedai buku berdekatan anda bila ia mula diedarkan nanti. bg yg ingin membeli secara online, boleh memesan menerusi penulisan2u.my (buka blog ni dan anda boleh mendapatkan cara membuat pesanan di situ), jugak boleh pesan terus secara online gak kat fajar pakeer.

ok, aku cau dulu. 

3 ulasan:

  1. tak apa. kalau tak sempat beli di pesta buku. boleh je cari di kedai buku.

    BalasPadam
  2. tak apa. kalau tak sempat beli di pesta buku. boleh je cari di kedai buku.

    BalasPadam
  3. hohoho...
    best la pesta buku 2...
    tp sy x dpt gi..
    jauh dr tmpt 2....
    kan bgus klu bt kat tmpt sy...
    ni jrg nak bt...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.