Langkau ke kandungan utama

52. sinopsis Tak Mampu Kuhindar

salam. 


akhirnya, Tak Mungkin Kuhindar akan berada di pasaran. pada bulan mei, 2010. 


bagi anda yang ingin ke PBAKL, anda boleh mendapakan buku hasil nukilan pertama sofi ini di booth Fajar Pakeer. baby sulung sofi ini sudah mula dijual petang semalam (mekasih rubisya atas maklumat yg anda beri). 


insya-allah, bagi anda yang ingin bersua muka dengan sofi (hehe, malu nih...), datanglah ke PBAKL pada hari ahad ini 28/3/10, bolehlah kita beramah mesra nnt.

dan sofi sangat-sangat berharap agar buah tangan pertama sofi ini mendapat tempat di hati anda. seandainya tidak seperti yang anda harapkan, sofi mohon maaf, hanya itulah yang terdaya sofi persembahkan, namun setiap komen dan kritikan anda amat dialu-alukan supaya sofi mampu melahirkan novel yang lebih mantap pada masa hadapan.
[Tak+Mungkin+Kuhindar..JPG]
di bawah ialah sinopsis bg TKMH.


Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.


Salina hadir menjada duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itulah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda tersendiri. 


Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

Penulis: Ana Sofiya
Penerbit: Fajar Pakeer
Semenanjung: RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90

Ulasan

  1. Sofi best nyer tak sabar akak nak baca citer ni dah lama tunggu..karya sofi best sangat...ka sari.

    BalasPadam
  2. kak,
    ada ke kat pesta buku nanti?

    BalasPadam
  3. yes..dh kuar!!!dpt tunaikn pmintaan my sis srh cr dis book.mmg jodoh ni.plan mmg nk g PBAKL hr ni pon..hehe..suka2..

    BalasPadam
  4. nsb baik ade td buku ni..hehe..klau x mau kna g lagi esok..neway, kak sofi, dh dpt buku ni..hehe.

    BalasPadam
  5. salam,
    sari, terimalah buah tgn pertama ini, baca dan kemudian komenlah, k!
    missnear, insya-allah akan ada di pbakl pd jam 11 - 3 ptg ahad 28/3/10 and to you, bibi, harap tmkh memberi kepuasan.

    BalasPadam
  6. salam bb,
    lepas baca, jgn lupa bg tau pendpt anda ttg buku sofi nih, ya!nak kritik pun okey... sofi terima.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. cg sofi, jumaat ritu sy da bli tmkh kat pbakl,

    xsgke lam nvl 2 de detik perkenalan maria n hsym dr awal, mase dlm blog dorg trs kawen..
    bc cite 2, geram pd hsym n salina
    overall, sy suke nvl ni, suke pada hsym time die romantik, suke pada maria yg tabah..

    tp.... mmg rase mymph habis la ngn si salina 2.. n pada si hsym, salu wat maria terluka, lebey cayekan org lua dr isteri sndiri yg knn2 syg sepenuh hati.. mmg geram!

    tahniah cg sofi, t pasni.. terusla berkarya ea.. sy nantikan karya br cg sofi

    BalasPadam
  9. Hai sofi saya dah dptkan buku awak, jln cerita yang menarik.Teruskan menghasilkan karya yg lebih baik lg.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…